Salam sejahtera semua..hari ini nak share tentang pengalaman g melancong ke medan. Aku pergi Medan pada 10 Januari hingga 12 Januari 2014. Aku pergi berdua dengan member baik aku. Flight kami jam 7.50 pagi dari LCCT melalui Air Asia. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaNamu, Medan iaitu lapangan terbang baru yang terbesar di Indonesia. Sampai di sana, kami melepasi pemeriksaan keselamatan (Imigresen, Kastam). Ketibaan kami ditunggu oleh seorang supir yang dah ditempah. Kosnya Rm 450.00 untuk 3 hari 2 malam. Lokasi pertama adalah ke Danau Toba. Perjalanan lebih kurang 6 jam dari Airpot. Jalan yang bengkang bengkok dengan pemandangan yang cukup menarik, Sampai di Danau Toba, kami cek in bilik dengan harga RM 85.00 Semalam siap sarapan. Petang tu kami naik feri pergi ke pulau Samusir yang dikatakan mempunyai kisah tersendiri. Sampai di pulau berkenaan, macam biasalah bergambar. Pulau berkenaan diduduki oleh suku kaum Batak dari pelbagai jenis. Kami singgah di gerai jualan barangan seperti pakaian dan survineor. Hujan pulak datang. So kami tak dapat pusing pulau berkenaan dan terpaksa pulang ke Danau toba etan feri terakhir jam 6.60 petang, Sampai di danau toba, supir bawa kami makan malam di sebuah kedai makan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia bila melancong sana. Aktiviti malam tido sebab keadaan sana sejuk sangat-sangat hingga hotel pon tak da air cond.
|
PETA DANAU TOBA DAN PULAU SAMUSIR |
|
MONUMEN ORANG BATAK |
|
GERAI-GERAI |
|
PEMANDANGAN DARI HOTEL |
Hari kedua, selepas sarapan kami bertolak ke destinasi ke 2 iaiutu Berastagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Danau Toba. sepanjang perjalanan, pemandangan cukup menarik dengan keindahan alam semulajadi. Dalam perjalanan, kami singgah di kawasan air terjun. Kami turung kebawah dalam 30 minit. Menang tinggi sangat. Nak naik tu tak larat dah sampai member tolong angkatkan. Memang tinggi gile. Perjalanan kami diteruskan. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kawasan pentadbiran raja purbakala. Kat sana masih ada istana yang perbuat daripada kayu-kayu. Seram tengok. Kami sampai di Berastagi jam4 Petang. Kami dibawa ke kawasan pelancongan dan sempat gak aku naik kuda.Hehehhe. Dari kawasan tu, kami nampak Gunung berapi Sinabung yang pada paginya telah meletus dan korbankan 11 nyawa. Lepas pusiang-pusing, kami ke hotel dan cek in. RM 95.00 bertaraf 4 bintang siap sarapan. Pada malam, kami pergi sekitar pekan Berastagi untuk makan malam. Harga makanan lebih kurang je dengan harga kat Malaysia.
|
TASIK DANAU TOBA |
|
ISTANA RAJA PURBAKALA |
|
ISTANA RAJA PURBAKALA |
|
ISTANA RAJA PURBAKALA |
|
ALAT MUZIK RAJA PURBAKALA |
|
AIR TERJUN |
|
NAIK KUDA |
|
GUNUNG SINABUNG |
|
DEBU AKAIBAT LETUSAN GUNUNG SINABUNG |
Hari Ketiga, kami berangkat ke Bandar Medan. Dalam perjalanan, kami singgah di Istana Maimun. Sampai di Medan kami sempat lah beli baju dan seluar yang dikatakan murah. Murah tu memang murah, tapi kene pandai tawar. Orang sana kalau tau kita orang luar, harga memang akan letak tinggi-tinggi. Kita kena pandai tawar. Tapi kain puas hati la. Jam 3 supir hantar semula kami ke lapangan terbang KualaNamu. Flight kami jam 5.50 petang melalui Air Asia.
|
ISTANA MAIMUN |
|
PULANG |
Pemandangan kat sana memang cantik sangat. Teruja juga dengan keindahan alam semula jadi. Begitu cantiknya ciptaan Tuhan kepada penduduk Bumi ini. Walaupun tak puas, tapi memang satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Plan nak pergi lagi jida modal ada. Pergi ramai-ramai save sikit.
Next entry akan cite pasal kisah Danau Toba,Pulau Samusir dari 2 aspek iaitu sainstis (geologi) dan kepercayaan penduduk setempat.