TAJUK GERAK


widgets

Sunday, 30 December 2012

Pulau Besar Pulau Keramat?

Hai semua..Apa kabar..Urm lagi 2 hari je nak melangkah masuk ketahun 2013...Semua orang pasti ada azam baru kan...okey-okey hari nie Jeya nak citer pasal Pulau Besar..Tau tak kat mana..Pulau ni terletak di negeri Melaka..Dah lama nak pergi..tapi tak ketersampaian..Tapi minggu lepas dapat gak jejak kaki kat pulau keramat nie..Opss..keramat ke?..Minggu lepas,Jeya g sana dengan famili..Naik feri dari jeti Anjung Batu Umbai dengan kos RM 14 pergi dan balik..Kalo naik bot laju RM 12...Perjalanan dari feri mengambil masa dalam 15 minit..Sampai disana,ada lah van yang tunggu..ala-ala kereta sapau..sorang di cas RM 2 dan die orang hantar sampai ke makam Sharifah Rodziah..Kat sana kami menjiarahi makam-makam yang ada..banyak gak..Antaranya makam Sultan Syeikh Ariffin.(keterunan ke 18 Nabi Muhammad),makam 7 beradik,dan lain-lain lagi..Lepas tu,kami berjalan ke arah belakang menuju ke makam nenek kebayan..Makam nya terletak bersebelahan padang golf....Terdapat sebuah perigi yang dikenali perigi nenek kebayan..Dalam perjalanan kearah belakang iaitu ke kawasan bunian,kami terjumpa sebuah keluarga yang bercuti disana.Mereka kerap ke pulau itu kerana menarik dan mereka berkhemah disana bersama anak-anak..Menurut mereka jika ingin kepulau itu,perlulah berniat baik...Pada jam 1.30 tengahari,sempat kami makan di pulau itu.Biasanya mereka masak kambing yang disedekahkan oleh orang kerana niat mereka tercapai..Menurut seorang imam disana,majoriti pelancong yang hadir kesana adalah berbangsa India samaada beragama Islam mahupun bukan...Selepas makan,kami menuju kejeti pulau itu untuk pulang...

KAMBING YG DIHANTAR SELEPAS TERCAPAI NIAT

FERI DI JETI ANJUNG BATU

MAKAM SHARIFAH RODZIAH.

TELAGA NENEK KEBAYAN

REKAHAN BATU

MAKAM NENEK TEMPAYAN

MAKAM 7 BERADIK

MAKAM SYEKIH ARIFIN

MAKAM KELUARGA SYEIKH ARIFIN

KELUARGA YANG DIJUMPAI


PEMANDANGAN LAUT



Walaubagaimanapun,banyak tempat yang kami tak dapat jejak kerana bawa budak-budak kecil..may be next time..Antara tempat yang tak sempat pergi...Gua Yunus,batu belah,tapak kaki,kolam biawak dan lain-lain lagi...

Sunday, 23 December 2012

KISAH:Abang tunggu mak di Syurga ya


 

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Entry kali ni Jeya nak kongsikkan 1 citer kat kamu semua.Kisah ini adalah kisah benar.Menang sedih la masa baca sampai titisan air mata keluar.Selepas baca di salah satu laman web asal citer ni,saya ada hubungi pemilik blog berkenaan untuk mendapatkan maklumat famili untuk saya berjumpa.Tapi pemilik blog berkenaan tidak setuju dan apa-apa pun mesti melaluinya kerana dia adalah rakan ibu mangsa kisah ini...sama2 kita baca..

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Thursday, 20 December 2012

TEROPONG:Pandangan Jeya mengenai filem Hobbit




 



Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Pada segmen TEROPONG kali ini,aku nak cite pasal citer The Hobbit An Unexpected Journey.Citer ni telah memulakan tayangan pada 13 Disember 2012.Pada hari pertama aku telah g tonton kat pawagam besama member (Tukang belanje) di GSC Aeon jusco Bandaraya Melaka.Urm tengok versi 2D je..Cite ni nampak menarik dengan aksi-aksi yang sungguh menarik.Aku tak faham sangan jalan citer ni sebab die bersangkut paut dengan citer The Lord Of The Rings.Tapi aku layan je la.Durasinya 2jam 50 minit.

Malam semalam (19/12/2012) aku g semula menontong versi 3D pula.Kali ni aku g dengan member opis dan famili mereka.10 orang.Sekali g tengok hanya adabaris 4 dari skrin..Aduh depan lak.Nak wat mcm ner..terpakse la..Lokasi GSC Dataran Pahlawan.

Menang menarik sangat dalam versi 3D.Membe yang 1st time tengok 3D pon le terkejut..hahahha.
Apa2 pun x nak komen banyak2.Nak tau g la tonton selagi masih berada dipawagam.....



Sunday, 9 December 2012

GranD TT Myvi 1.5 OwneR coMunity

Salam sejahtera semua.Penat sangat hari nie sebab tajuk kat atas 2..hehhe pelik ke?Semalam (8.12.2012)merupakan tarikh sejarah bagi team myvi (Myvi 1.5 owners comunity-MOC) kerana telah berjaya menganjurkan program pertamanya di Melaka.Lokasinya di pantai Kundur.
Memang sebuag program yang mendapat sambutan dari ahli-ahli group MOC sebab sangup datang dari jauh.Ada yang datang dari Pahang,JB,KL dan sekitar.
Sebanyak 50 kenderaan berkonvoi dari cek point ke 3 iaiutu di perkarangan masjid MITC Air Keruh Melaka.
Sampai dilokasi lebih kurang jam 1 tghari,sesi penerangan diadakan,ucapan wakil tuan rumah dan sesi pengenalan diri masing-masing.Then makan2,solat.

Selepas solat,aktiviti sukaneka bermula.Sebelum tu kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.Antara sukaneka yang diadakan:

1) bawa bola pimpong guna chopstik
2) bawa bola pimpong guna sudu di mulut
3) baling belon berisi air ke belakang tanpa toleh belakan
4) pasing gelang getah dari straw ke straw yang ada pada mulut ahli kumpulan
5) isi air laut kedalam botol menggunakan span
6) membuat mumia guna kertas tisu gulung
7) mencari stiker Grand TT yang disorokan
8) memnyambung semua benda2 yang ada pada badan menjadi panjang


Walaupun sukaneka ni macam untuk budak2 kecik,tapi memang seronok giler la.Pas 2 sesi cabutan bertuah pula dan penyampaian hadiah.

Last sekali kami semua konvoi ke perkarangan masjid MITC Melaka.Disana ada yang pergi mandi,ada yang buat aktiviti sendiri.Sebelum bertolak pulang,kami g makan kat Taman Tasik Utama.

Sebuah kenangan telah terukir.Enjoy sangat2.Thanks to all yang terlibat secara langsung dan x langsung.Wait to 2nd TT lak...







TEAM DR JB



DI LOKASI

MAKAN MALAM


PERKARANGAN MASJID MITC

MAYAT MUMMY



Sunday, 2 December 2012

MY KOMEN PASAL CITER LAGENDA BUDAK SETAN 2



Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Today i want story about legend of the demon boy 2..Wah speaking sikit.Hahah..rasanya da tau kot pasal citer per..da ader kat tajuk 2..Sebelum ni Jeya menang 2 tiket menonton citer ni bersama pelakon cite ni pada 26 Nov 2012 di Pavillion.Tp x amik pon tiket sebab jauh nak g..x pulang modal..

30 Nov,Jeya g tonton citer ni kat wayang AEON Jusco Bandaraya Melaka dengan membe.Ye la nak tau kisah die part 2.Novel dah dibaca so nak tau gak cite die mcm ner pulak.So kami g show 11.45 malam
Komennya..cite ni rasanya hanya 30 persen je adaptasi dari novel.Banyak babak penting x da.Cite ni pon slow sikit dari part 1.Yang terasa sangat hati ni masa lagu Hilangnya Cinta dimasukan pada awal cite time maya karin dalam bilik 2..Memang sedih teringat part 1 kisah cinta meraka.

Tapi x tau nape Fazura tak diteruskan dalam filem ini.Tapi cite ni le la layan mcm 2 jer.Bab kesilapan ader 1 bahagian iaitu time farid digoda ppuan upahan bapa maya 2.Dalam filem Farid akan tolak dia.Tp bila babak 2 ditontonkkan pada maya melalui rakaman cctv,farid diam je..so nampak kesilapan.

Apa-apa pon tunggu part 3.Nak tengok ending dia macam mana.Sapa-sapa yang lom tengok,g la tengok.


Tuesday, 27 November 2012

Wayang Melalui Tirai Air

Salam sejahtera semua.Apa kabar..hope sihat sejahtera..sory lama x update blog...Bz la geng..Sibuk dengan Deepavali.

Pernahkah dengar pasal Wayang melalui tirai air?Melaka telah mencipta sejarah dengan pembianaan sebuah wayang yang dapat ditonton melalui tirai air iaitu 5D.Biasanya kita tonton 2D dan 3D dekat pawagam kan..Yang ni 5D.Projek pelancongan terbaru ini dinamakan Alive Bahtera Merdeka 5D.Ia dibina berhampiran Dataran Pahlawan Megamall..Sebelah belakang.

Projek ini telah menelan belanja sebanyak 21 juta yang dibangunkan diatas sebuah kapal yang dinamakan bahtera merdeka.Ia adalah pertama di Asia mengunakan gabungan teknologi dari United kingdom,Itali dan Amerika Syarikat

Wayang yang akan ditayangkan adalah berkisahkan kemerdekaan dan kesultanan melayu Melaka.Ia juga dilengkapi dengan kesan khasseperti bunyi letupan,percikan api,tiupan angin,asap,gegaran dan sebagainya.Teknologi bunyi jugak dibantu sistem audio teknologi tinggi dari Itali.Boleh memuatkan 320 penonton bagi setiap tayangan.

Tidak hanya menonton wayang dengan air menjadi layar tetapi ia turut dilengkapi dengan kesan khas seperti bunyi letupan, percikan api, tiupan angin, asap, gegaran dan sebagainya.
''Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan jaluran cahaya digital yang akan mengikut rentak filem yang ditayangkan serta dibantu oleh sistem audio termoden menggunakan teknologi dari Itali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Suffian Afendi berkata, bahtera yang sedang dibina itu mampu memuatkan kira-kira 320 penonton untuk setiap tayangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm#ixzz2DO776D1k
© Utusan Melayu (M) Bhd
Aku dah pon tengok layar ni masa mereka testing..Memang cantik giler la..Sampaikan pelancong-pelancong yang melancong area sana semua datang tengok...Urm tak sabar nak g tengok tayangan die nanti.

MELAKA tempat bermulanya semua....




Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm#ixzz2DO6A5NaV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm#ixzz2DO6A5NaV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, 10 November 2012

Menjelang Deepavali...AMPAU

Salam sejahtera semua..Deepavali tinggal 2 hari je lagi.Tp sok kene tugas..Urm.Hari ni akak n famili dia dah lik dr Kedah.Adik pon da lik.suasana mule ceria.Ni kene la sediakan ampau tok anak-anak buah,mak ayah semua..ooo...pokai...da cecah RM 900 perbelanjaan tahun nie...

JEMPUT DATANG RUMAH YER KENGKAWAN.


Wednesday, 7 November 2012

Kegunaan Pasport

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Hai apa kabar semua..Lama x update..sory lor sibuk sangat..dekat-dekat majlis perasmian RTC ni sibuk sikit la..Macam-macam nak buat..Ok hari ni nak update pasal permohonan pasport Malaysia.Semua tau kan pasport adalah 1 dokumen yang digunakan untuk warganegara sesebuah negara untuk keluar negara.Sama juga di Malaysia pasport digunakan bagi tujuan keluar negara.Bagi ke Sabah dan Sarawak,jika nak tinggal lebih 3 bulan perlu ada pasport walaupun kita warganegara Malaysia (Semenanjung).Ia tertakluk dalam 20 peraturan Imigresen semasa Sabah Sarawak bergabung dengan semenanjung Malaysia.Kalu nak pergi Sabah Sarawak kurang 3 bulan,masih boleh pakai IC.

Kita perlu tahu pasport adalah bukan milik kita kerana ia adalah milik kerajaan Malaysia,tetapi kita hanya pembawa sahaja.Sekiranya kita menyimpan atau membawa pasport orang lain tanpa orangnya,ia 1 kesalahan dibawah akta imigresen 1959/63.

Harganya pula RM 100 bagi 2 tahun dan RM 300 bagi 5 tahun untuk orang dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak,percuma bagi OKU dan pegawai imigresen.Pasport perlu diperbaharui 6 bulan sebelum tamat tempohnya kerana ia adalah peraturan yg dibuat oleh antarabangsa.Kelebihan pasport 5 tahun,selepas tempohnya mencapai 4 tahun 6 bulan,apabila diperbaharui,baki 6 bukan akan diberikan dalan pasport baru.Contohnya 5 tahun 6 bulan.Jika paspot 2 tahun,ia tidak dapat apa-apa kerana ia dah murah.Oleh itu jagalah pasport dengan hati-hati.

permohonan pasport..me
borang permohonan pasport online



Thursday, 1 November 2012

Menjelang Deepavali -- Biskut/kuih-muih

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Deepavali tinggal lagi 12 hari sahaja lagi..Banyak persiapan yang belum dibuat.Urm ye la sebab adik beradik semua dok asing kan..so kenalah buat sowang-sowang.Urm,pakaian diri sendiri dah settle..Ni time wat kuih pulak..

Mak da start wat kuih.Biasa kalau deepavali paling Femes Muruku la..hehehe..mesti kamu perna mkn kan..urm ni la persiapan yang sedang berjalan...

MURUKU

BISKUT KACANG

BISKUT KACANG



DEEPAVALI NAL VALTUKAL

Wednesday, 31 October 2012

Menjelang Deepavali..Pakaian

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ni nak update pasal deepavali lak..ye la da tinggal 2 minggu je.Sibuk pon yer.huhu.Semalam aku g shopping beli bj n seluar.Semalam just beli seluar jeans dan jaket hitam..kat RM 250 gak melayang

Sebenarnya aku jarang beli barang branded ni..kadang-kadang aku beli yang biasa-biasa je.Sebelum ni beli baju branded dan seluar branded pada deepavali 2008.Tahun 2009-2011 beli yang biasa je..Tp memang puas la.da 4 tahun,seluar jeans yang aku beli memang tahan dan tak pudar warnanya.

Pilihan tahun ni..


Seluar RM 130
Baju jaket RM 120
Baju hitam RM 50 beli di katalog
Baju kuning RM 25 beli di katalog
Baju hijau RM 25 beli di katalog
Baju biru RM 50 beli di bazaar hari raya puasa

cuma kasut je

apa-apa pon nk enjoy gile2 la thn ni...