Hai
semua. Hari ini nak kongsi pengalaman bercuti ke Miri, Sarawak. Pada 7 Mac
2014, saya telah bercuti ke Miri. Saja-saja untuk berhibur. Penerbangan
mengambil masa selama 2 jam lebih dari LCCT ke MIRI. Sampai di LTA MIRI, amik
teksi dan cek in hotel di Bandar miri.
Sampai
di hotel, rehat dulu hingga dan tunggu seorang kawan yang lama kenal di
facebook. Jadi tak susah la berda disana. Pada 8 Mac 2014. Jam 8 pagi, kami
telah bergerak ke gua niah untuk melihat sendiri tapak sejarah itu. Dalam
perjalanan, singgah di Bekenu untuk ambil seorang lagi kawan kepada kawan saya
itu. Dia seorang guru di Bekenu. Selepas sarapan, perjalanan diteruskan. Masa
perjalanan dari Miri ke Gua Niah mengambiil masa selama 1 ½ jam.
SEJARAH
GUA NIAH
Gua Niah merupakan sebuah gua yang
terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di
dunia. Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.Gua Niah
juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai
tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium
Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu
karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang
mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan
dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola
sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan
lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang
Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun. Gua Niah juga
merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting
dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu
tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu
jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak
kaji purba terpenting di dunia.Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar
kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia
diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November
1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari
1975
PENGALAMAN
Selepas sampai di Taman Negara Niah, kami membeli tiket
masuk yang berharga RM 10.00. Perjalanan kami bermula dengan menaiki sebuah bot
kecil untuk menyeberagi sebatang sungai yang lebarnya lebih kurang 60 meter
(tak sampai 1 minit naik bot) dengan harga RM1.00. selepas menyeberangi sunagi
itu, perjalanan kami bermula. Perjalanan sejauh 3.5 km berjalan kaki ke Gua
Niah memang seronok. Track telah disediakan. Macam-macam bunyi binatang yang
kami dengar.
Sebelum sampai Gua Niah, kami perlu melalui Gua Dagang.
Perjalanan kami diteruskan selama 15 minit dan berjaya sampai ke Gua Niah.
Terdapat sebuah kawasan yang telah dipagar untuk dijaga sejarahnya.Perjalanan
dalam gua memang seronok dengan keadaan yang gelap dan dipenuhi dengan burung
layang-layang dan kelawar. Nasib baik sempat sewa lampu suluh sebelum masuk.
Dalam Gua dah disediakan track untuk
jalan. Keindahan dalam gua amat menakjubkan dengan bentuk-bentuk batuyang
cantik. Dalam gua je mengambil masa sejam. Tak ketinggalan juga, kami sempat
melawat ke kawasan yang mempunyai lukisan dinding yang dipercayai dilukis oleh
manusia yang tinggal dalam gua berkenaan.
Selepas selesai hingga ke Gua painting( gua yang dinding
ada lukisan) kami berpatah balik untuk pulang. Masa diambil selama 2 jam untuk
sampai semula ke parking kereta kami. Masa sejam untuk teroka gua niah tidak
mencukupi. Kami hanya ikut jalan yang dah disediakan. Jika nak teroka seluruh
gua, rasanya 2 hari pon tak cukup.
Ini satu pengalaman yang menarik bagi saya. Dulu hanya
belajar dalan sejarah. Now dah merasai sendiri pergi ke tempat sejarah itu.
|
tiket masuk |
|
papan tanda ada buaya |
|
sungai |
|
dinding gua.. perhatikan ada bentuk muka org hutan |
|
peta gua |
|
pemandangan cantik dalam gua |
|
gua dagang |
|
3 of us |
|
perahu..dlm muzium |
|
tempat minyak pertama di Malaysia |
|
lukisan dinding |
|
keranda purba |
|
tengkorak |