Salam sejahtera semua...Hari ini nak share seba sedikit tentang kemudahan imigresen bagi warganegara Malaysia yang ingin membuat perjalanan Antarabangsa. Hari ini genap 7 tahun menjadi seorang Pegawai Imigresen so, nak share sedikit ilmu yang ada bagi kemudahan anda semua.
Untuk pengetahuan anda, Sebelum memulakan perjalanan anda ke Luar negara, anda perlukan Pasport antarabangsa. Kadang-kadang ada yang nama yang tersenarai hitam dalam sisitem Jabatan Imigresen Malaysia dimana terdapat sekatan ke Luar negara. Sekatan yang biasa adalah sebab tak bayar PTPTN, tak bayar INCOME TAX, BANGKRAP, KES JENAYAH adan sewaktunya. Ramai yang beranggapan Imigresen yang blacklistkan nama mereka. Sebenarnya, yang blaklistkan nama anda adalah agensi yang anda mempunyai masalah. Contohnya PTPTN, mereka yang akan blacklistkan nama anda dalam Sistem Imigresen Malaysia dan bukannya Imigresen. Imigresen hanya menahan anda di pintu masuk sahaja kerana nama anda akan keluar pada skrin komputer dan akan diminta untuk rujuk ke agensi berkenaan. Anda boleg semak nama anda di sini sebelum memulakan perjalanan. http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx. Jika keluar tiada halangan, maka anda boleh keluar negara tanpa sebarang sekatan. Jika nama anda ada sekatan, akan keluar perkataan SILA RUJUK KEPADA PEJABAT IMIGRESEN YANG BERDEKATAN.
Bagi yang nama ada dalam senarai hitam dan perlu membuat perjalanan keluar negara, berikut adalah caranya.
1. Pergi ke agensi yang anda ada masalah.. Contohnya jika bangkrap, sila pergi ke Jabatan Insolvensi.
2. Dapatkan surat kebenaran dari mereka untuk anda ke luar negara.
3. Ambil surat itu, pergi ke bahagian keselamatan Imigresen untuk mendapatkan surat KEMUDAHAN IMIGRESEN. Surat itu akan ada tempoh sahlaku.
4. Bagi yang dah ada pasport, anda bawa surat kemudahan dan pasport itu, serahkan kepada pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk.
5. Bagi yang belum ada pasport, bawa surat kemudahan inu, surat dari agensi berkenaan ke bahagian pasport untuk mohon pasport.
Berikut adalah harga dan syarat-syarat permohonan pasport baru dan gantian
UMUR
|
2
TAHUN
|
5
TAHUN
|
DOKUMEN
|
BAWAH 12 THN
|
RM 80
|
RM 150
|
SURAT BERANAK
IC PENJAGA
GAMBAR
BORANG W JIKA LAHIR DI LUAR NEGARA
DOKUMEN IBU/BAPA WIKA SALAH SEORANG WARGA ASING
|
12-60
|
RM 100
|
RM 300
|
SURAT BERANAK (PERMOHONAN KALI PERTAMA)
SALINAN IC
SALINAN IC PENJAGA
GAMBAR
BORANG W JIKA LAHIR DI LUAR NEGARA
DOKUMEN IBU/BAPA WIKA SALAH SEORANG WARGA ASING
|
60 KEATAS
|
RM 80
|
RM 150
|
SALINAN IC
GAMBAR
|
OKU
|
GRATIS
|
GRATIS
|
SALINAN IS
SALINAN KAD OKU
GAMBAR
|
PELAJAR TAJAAN
|
GRATIS
UMUR BWH 21 THN
|
GRATIS UMUR BWH 21 THN
|
SALINAN IC
SALINAN SURAT TAWARAN
GAMBAR
|
BAWAH 18 TAHUN PENJAGA HARUS HADIR BERSAMA...IBU ATAU BAPA SAHAJA...ADIK BERADIK TAK BOLEH
PERHATIAN: Pastikan tempoh sahlaku pasport masih ada 6 bulah sebelum memulakan perjalanan. Jika tak cukup 6 bulan, anda tak boleh keluar negara.(PERATURAN ANTARABANGSA)
Tempoh siap pasport... 1 jam selepas bayar
Pembaharuam pasport boleh dibuat melalui mesin kiosk jika anda berumur 18 tahun keatas, bawa pasport lama keluaran 2008 keatas, cip ic masih elok dan tiada masalah pada ibu jari.
Hope maklumat ini dapat membantu perjalanan anda.
i very like this post. thumbs up
ReplyDeleteNak tanya? memang kalau senairai hitam ptptn x boleh lepas imigresen ke?
ReplyDeletexboleh
Deletemy husband work in singapore. insolvency kata pihak imigresen yg sekat
ReplyDeletemy husband work in singapore. insolvency kata pihak imigresen yg sekat
ReplyDeletethe link is dead !
ReplyDeleteboleh kongsikan tak jika ada yang tahu bagaimana cara cara untuk menyemak warga asing yang hendak datang ke negara kita samada namanya disenarai hitam atau tidak. jika ada tolong share apa langkah-langkah yang perlu dia buat bagi meghapusakan namanya disenarai hitam tersebut
ReplyDeleteSorry i nak tanya u dah clearkan ke nama blacklist...boleh i th caranya
DeleteSalam.. If nama blacklist dari bank, masih boleh ke luar negara ke?
ReplyDeletelet sya kita neak ke luar Negara hari sabtu, tapi kita check status pelepasan hari khamis dan status tiada halangan, adakah status itu valid sampai hari sabtu?
ReplyDeleteContohnya kita hendak ke luar Negara pada bulan January 2016, dan status pelepasan pada bulan December 2015 menunjukkan tiada halangan, adakah status itu masih valid sehingga bulan januari 2016?
ReplyDeleteThanks for this info.
ReplyDeleteTumpang tanya . Kalau cthnya saya ada bil tertunggak dgn yes sbb dh dpt surat lawyer... act sy tak tahu ada kontrak 2 tahun . Tp sy guna just setahun shj . Baki lpas tu sy xbyr ( syarikat telco ) still boleh ke luar negara ?
ReplyDeleteTak payah susah2. Check jer no ic korang pada link yang diberikan di atas samada korang boleh keluar negara atau tidak. Terima kasih diucapkan kepada tuan empunya blog di atas info yang sangat berguna ini.
ReplyDeletestatus blacklist imegresen ada tertulis SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN TERDEKAT .. adakah saya akan dihalang keluar dari KUCHING (KIA) dan masuk KL (LCCT)? Mohon pencerahan..
ReplyDeleteperjalanan domestik dlm negara malaysia xde masalah..
Deleteperjalanan domestik dlm negara malaysia xde masalah..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteseseorang telah didapati bersalah dan telah dipenjara di negara brunei darulsalam selama 11tahun, 04bulan dengan 6 kali sebatan. dia telah dibebaskan dan telah dihantar pulang ke negara asal pada 15.09.2016. bagaimana cara utk saya memohon pasport terhad brunei untuk masuk ke negara brunei darulsallam untuk melawat isteri dan anak2 saya kerana dia telah disenarai hitam. dia telah mendapat surat kebenaran masuk ke negara brunei dan telah dibenarkan membuat lawatan ke Bunei Darulsalam. apakah yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan pasport?
ReplyDeletekawan saya telah didapati bersalah dan telah dipenjara di negara brunei darulsalam. dia telah dibebaskan dan telah dihantar pulang ke negara malaysia pada 15.09.2016. bagaimana cara untuk dia memohon pasport terhad brunei untuk masuk ke negara brunei darulsallam untuk melawat isteri dan anak2 kerana dia telah disenarai hitam oleh pihak imigresen. dia telah mendapat surat kebenaran masuk ke negara brunei dan telah dibenarkan membuat lawatan ke Bunei Darulsalam. apakah yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan pasport?
ReplyDeletesaya telah didapati bersalah dan telah dipenjara di negara brunei darulsalam saya telah dibebaskan dan telah dan telah dihantar pulang ke negara asal pada 15.09.2016. bagaimana cara utk saya memohon pasport terhad brunei untuk masuk ke negara brunei darullsalam untuk melawat isteri dan anak2 saya kerana saya telah disenarai hitam. Saya telah mendapat surat kebenaran masuk ke negara brunei ill dan telah dibenarkan membuat lawatan ke Bunei Darulsalam. apakah prosedur untuk memudahkan saya mendapat pasport untuk melawat keluarga saya?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteKalo ada sekatan semasa berada di luar negara, ada halangan x bila nak masuk imigresen klia?
Thanks for writing this blog, very very useful. God bless
ReplyDeleteHi nk tnya link ni http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx mmg 100% tepat ke?
ReplyDeleteHi..contoh kalau pernah bayar ptptn, tetapi still blacklist dekat imigresen ,boleh tembus tak imigresen ke Brunei?
ReplyDeleteHelo.....kalau nama blacklist dkt singpura, macam mana kita mahu cek nama..?
ReplyDelete