TAJUK GERAK


widgets

Sunday 13 January 2013

Makan Manusia...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia..topik hari ni pelik sikit...masih ada manusia mcm ni lagik...
jum baca...

Tiada maklumat lanjut mengenai nama suku kaum ini, Namun menurut maklumat suku kaum ini mempunyai kegemaran memakan daging manusia dan meningalkan tulang-tulangnya untuk di simpan sebagai peringatan tentang berapa jumlah manusia yang telah mereka makan. 
Jika dilihat dari foto-foto ini mangsa adalah manusia luar dari perkampungan mereka, Mungkin juga orang-orang yang tersesat ke tempat tersebut misalnya pemburu atau pendaki gunung, Ataupun pelajar-pelajar universiti yang sedang membuat kajian di kawasan hutan ini.
























 

Friday 11 January 2013

Kenapa India Tak Makan Lembu?

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Entry kali ni nak citer sikit pasal kenapa india tak makan lembu.




Ramai dari kita termasuk penganut agama Hindu mempercayai bahawa lembu tidak di makan oleh penganut agama Hindu kerana lembu adalah salah satu Tuhan bagi penganut agama hindu. Tetapi ini suatu tanggapan yang salah….

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu “Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Apabila seorang bayi lahir ke bumi ini, hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu , bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina di hormat sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan. Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan di hormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan sebuah binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Saturday 5 January 2013

6 Jahanam

Salam sejahtera semua..Pelik dengan tajuk entry ke...2 la sesuai bagi 6 perogol di India yang merogol seorang gadis secara bergilir-gilir.Gadis berkenaan seorang pelajar perubatan.magsa yang berusia 20 an bersama teman lelakinya berada dalam sebuah bas dimana kejadian itu berlaku.Walaupun teman lelakinya menghalang,namun dia dipukul sekumpulan lelaki dan teman wanitanya dirogol bergilir-gilir.Selepas merogolnya,mereka berdua dicampak dari bas berkenaan yang sedang bergerak.mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk bahagian dalaman dihantar ke Singapura untuk menerima rawatan dan akhirnya meninggal dunia....

Kes ini mendapat liputan hangat dunia...ahli-ahli politik menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhan hukuman mati dan memberi suntikan kimia pada alat sulit perogol.

MANGSA ROGOL

Tuesday 1 January 2013

Bye-Bye 2012...Welcome 2013

Selamat sejahtera semua..Selamat tahun baru 2013 kepada pembaca dan pelanggan kedai kopi Jeya nie.Ini adalah entry pertama blog CKK bagi tahun 2013..Banyak suke duka yang telah berlaku pada tahun lepas...Namun yang da lepas tetap lepas...yang baru perlu ditempuhi..Pada tahun ni J menyambut tahun baru bersama kawan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur..1st time la sambut kat sana...sanggup amik cuti..hehhe..Sambutannya memang meriah dengan kehadiran artis tempatan..VIP..YAB Tim PM dan menteri penerangan...Mula-mula memang susah la cari paking..pusing-pusing dekat sejam setengah las-las paking kat line kuning..(sbb da tau klo de event x kene saman)..Sambutan thn baru kat DM turut diselit denagn majlis rumah terbuka hari krismas...Pelbagai pertunjukan dan persembahan yang dapat disaksikan..yg paling bes joget oppah gannam stlye..mcm nak join gak..tp malu...Detik jam 12 tgh malam,mcm biasalah pertunjukan bunga api selama 5 minit....Mula-mula target menara KL...da siap kemera nak rakam..las-las bunga api ni datang dari arah tiang bendera dataran itu...Abis je gerak balik..memang jem la..ramai..diangarkan 130000 orang yang hadir..Enjoy nigth for me...
HAPPY NEW YEAR..hope semua azam anda tercapai dengan berjaya....







program rtm