TAJUK GERAK


widgets

Tuesday 31 July 2012

My Results 4 2nd year

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini hari yang agak penting bagi aku.Hari yang aku tunggu-tunggu.Hari ni result PJJ USM keluar.Bagi aku yang tahun ke 2,telah pon dapat mengikut apa yang aku usaha.Tapi naik lah pointer dari tahun lepas.Tapi tak pon cecah target aku 3.0.Tapi aku bangga la apa yang aku usaha aku dapat hasilnya.Tahun ni aku amik 10 subjek..may be terlampau berat kot.Nak tahu keputusan aku lihat kat bawah nie....Aku tak malu nak publish keputusan aku sebab ni adalah sebuah kejayaan aku...


Harap-harap tahun depan aku dapat kekal atau naikan pointer aku untuk keputusan yang lebih cemerlang.Walauapapun aku bangga menjadi pelajar USM kerana salah satu Universiti yang mendapat status APEC..dan memang cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran di USM,kerana dissinilah akak aku belajar dulu dan menjadi seorang pendidik.Thanks USM...

Monday 30 July 2012

Olimpik 2012

Salam sejahtera semua..Olimpik 2012 yang berlangsung di London dibuka dengan begitu gemilang dan meriah sekali.Pembukaannya cukup menarik dengan pelbagai persembahan,bunga api dan lain-lain.Kontijen Malaysia juga kelihatan semasa acara masuk padang.Olimpik tahun nie bermula 27 Julai 2012.Time pose kan.huhuhu..nak wat macam mana..dah tu tarikh pihak penganjur.Setakat ni,China sudah pon mendahului kedudukan pingat.Wah hebat jugak mereka.Kemana hilangnya kuasa barat ek yang kaya dengan senjata dan teknologi...huhuhu


Namun,nama Malaysia belum lagi tercatat dalam list diatas.Harap-harap atlit kita dapat membuatkan lagu negaraku dimainkan di stadium Olimpik nanti.Malaysia boleh..

Wednesday 25 July 2012

Bonus 1/2 gaji

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Syukur kerana kerajaan bersetuju memberi bonus sebanyak 1/2 gaji pokok kepada semua penjawat awam sempena hari raya ni.Selain penjawat awam,bayaran khas kepada pesara kerajaan juga diberi sebanyak RM 500.Oleh tu gunakanlah duit 2 secara berhemah dalam menguruskan perbelanjaan hari raya nanti.


Terima kasih PM..nak beli apa ek...jum bajet dulu sebelum beli..

Takdir atau Nasib?

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia.Apa yang anda tahu tentang negara SUDAN.pastinnya kemiskinan,kebuluran,kematian,kesihatan dan lain-lain lagi.Apa yang mampu kita lakukan selain menghulurkan bantuan.



Gambar diatas ini ialah gambar yang menggemparkan seluruh dunia. Kerana jurugambar ini,Kevin Carter memberitahu bahawa ketika dia melihat situasi yang mana seekor burung hering sedang menantikan makanannya( Ya betul..seorang budak yang lemah kelaparan) dan semestinya yang paling mengejutkan beliau hanya menanti budak ini mati selain dari membantu kanak-kanak malang ini. Mendapat anugerah Pulitzer Prize(anugerah dalam bidang foto). Namun yang mengejutkan, pada 27 Julai 1994 Carter membunuh diri kerana tekanan yang diberikan kerana mementingkan kerjaya dari kemanusiaan. Gambar ini diberi nama Vulture Stalking a Child – Hering yang menanti budak.
Gambar ini juga pernah menjadi topik tugasan aku semasa membuat PJJ di USM,bagi matapelajaran Psikologi.Apa yang kita boleh membuat kesimpulan dengan gambar diatas.3 poin utama iaitu burung,kanak-kanak itu dan jurugambar.agak susah jugak untuk membuat sebarang kesimpulan.
Cuba bandingkan antara yang mampu dengan yang tak mampu
Sepatutnya kita perlu berasa syukur dengan apa yang ada.cuba bayangkan mereka disana.Jika kita alami nasib yang sama,bagaimana pula kita..membawa keinsafan..Semoga dunia baru timbul bagi mereka.

Tuesday 24 July 2012

Wujudkah si Duyung?

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Wujudkah duyung?itulah persoalan yang bermain di fikiran manusia zaman sekarang kerana kita tidak pernah melihatnya.Namun sejak kecil lagi macam-macan citer aku dengar pasal ikan duyung nie.Masa kecik2 dulu aku pon percaya la..tapi sekarang?....menjadi persoalan.Tapi pelik sekiranya ia tidak wujud,bagaimana orang boleh mengambarkan reka bentuk ikan duyung dimana separuh manusia dan separuh ikan...Adakah ia hanya rekaan semata-mata.Bagaimana dengan penemuan bangkai-bangkai ikan duyung ini.bagi aku mungkin benda ni pernah wujud pada zaman dulu-dulu..dari kewujudan ia menjadi lagenda dan menjadi mitos sebab peralihan zaman.Nak percaya pon susah tak percaya pon susah..hanya orang yang pernah melihatnya dan penciptaNya sahaja yang tahu..

Adakah ini hanya rekaan manusia...

Ikan duyung ini di temukan di pantai Balambangan di utara pulau Borneo /Sabah Sekitar akhir tahun 2009.

Ketika di temukan ikan duyung ini sudah dalam keadaan mati kering di pinggir pantai.





videonya di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=7KrYtYc3Dy8

Pertemuan bangkai duyung berhampiran laut hitam di bulgaria.

Masih tertanya-tanya di fikiran...apa pandangan anda..sila beri pandangan di ruangan komen..



Sunday 22 July 2012

PERSAMAAN ISLAM DAN HINDU

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua.Apa kabar.Moga-moga semua sihat yer.Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog yang berpuasa.Urm entry kali ni mungkin sensitif sikit.Maklumlah pasal agama kan,Urm kalo ada apa kesalahan,atau membuatkan kamu rasa tak puas hati saya mintak maaf dulu ye.Ok entry kali ni aku nak citer pasal persamaan yang ada dalam agama Islam dan Hindu.

KONSEP TUHAN DALAM HINDU

Menurut orang Hindu awam, Tuhan boleh terdiri sebanyak 1, 10 ,100, 1000, atau mungkin sejuta. Tapi dalam kalangan Hindu yang terpelajar (umat Hindu yang mempelajari kitab suci & sejarah Hindu) akan mengatakan bahwa ajaran Hindu hanya percaya pada satu Tuhan.

Kitab Hindu terbahagi kepada 2 kategori besar, iaitu : Sruti dan Smiriti. Sruti ialah sesuatu yang diturunkan, yang didengar, yang dirasakan, dan yang dipahami. Inilah yang diakui oleh cendekiawan Hindu sebagai wahyu Tuhan dan derajatnya lebih tinggi dari kitab2x lain yang ada pada ketika itu. Sruti terbagi dua yaitu : Weda dan Upanishad.

Veda diambil dari kata sansekerta “ved” yg ertinya : pengetahuan. Jadi Weda ertinya : pengetahuan yg sangat mulia.
Veda dibahagi menjadi :
  • Rigveda –> inti weda
  • Yajurveda –> tentang mantra
  • Samaveda –> tentang melodi
  • Atharva veda –> formula magis

Ayat2x tentang Tuhan dalam kitab Hindu

Dalam kitab Upanishad :
  • Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 menyatakan bahawa Tuhan hanya ada satu.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 6 V. 9 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak punya ibu dan bapa, Dia tidak mempunyai tuan dan pelindung.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak ada sesuatupun yg menyerupai Dia
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat. Tidak ada orang yg mampu melihat dg mata.
Dalam kitab suci Hindu yang paling sering dibaca orang iaitu Bhagavad Gita :
  • Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 menyatakan bahawa Dia tidak dilahirkan, tak ada permulaan, Tuhan seru sekalian alam.
Dalam kitab utama Hindu, Veda :
  • Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah.
  •  Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
  • Yajurveda Ch. 40 V. 9 menyatakan bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yang menyembah benda/alam spt api, air, udara, telah masuk kedalam kegelapan
  • Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar
  • Pada Rigveda yang dianggap paling suci, pada Rigveda Bk. 1 Hymn 64. V. 46 dinyatakan : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dengan perbagai nama. Dalam Islam juga ada 99 nama untuk Tuhan yang satu.
  • Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dengan nama yang bermacam-macam
  • Pada Rigveda Bk. 2 Hymn 1 menyatakan bahawa ada 33 nama yang ditujukan kepada Tuhan, diantaranya : 
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya Choliq. Umat muslim tidak keberatan kalau Allah dipanggil dengan Khalik atau Creator, atau Brahama. Tapi kalau orang menyebutkan Brahama itu adalah Tuhan yg berkepala 4 dengan mahkota, umat muslim sangat tidak setuju.
    • Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 menyatakan tidak ada satu makhlukpun yg menyerupai Tuhan.
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) ertinya Sustainer (pemelihara alam), yg memberi rizki. Bahasa arabnya adalah “Rabb”. Orang muslim tidak keberatan Allah disebut Rabb, Vishnu, Sustainer, Cheriser. Yang jadi masalah adalah Vishnu adalah Tuhan yang punya 4 tangan, tiap tangan memegang cakra, tangan kirinya memegang rumah kerang, menaiki seekor burung garuda sambil bersandar pada gulungan ular. Umat muslim tidak boleh menerima itu.
  •  Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan
  • Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
  • Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”
  • Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yang kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali.


    KEHIDUPAN DAN KEMATIAN DALAM HINDU


    Umumnya umat Hindu percaya apa yang dinamakan “Samsara”, iaitu perputaran kelahiran & kematian berulang kali, yang dikenal dengan nama “Reinkarnasi”. iaitu orang yang sudah mati rohnya akan berpindah pada tubuh lain yang akan lahir kembali di dunia. Bila amalannya baik, maka ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang lebih baik, tapi bila amalannya buruk ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang buruk atau menjadi makhluk yang lebih rendah derajatnya. Begitulah terjadi berulang kali. Mereka mengatakan konsep Samsara inilah yang dapat menjawab mengapa ada orang yang lahir cacat dan miskin. Sebab untuk apa Tuhan menciptakan orang cacat dan orang miskin di dunia ini? Begitulah kepercayaan umum kebanyakan umat Hindu.
    Akan tetapi ternyata hal ini tidak terdapat dalam Weda. Yang disebutkan Weda hanya “Punarjanam” atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati. Para cendekiawan Hindu mengatakan bahawa tidak pernah ada konsep perpindahan roh / reinkarnasi dalam Weda.
  • Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 – 5 berbicara mengenai kehidupan sesudah mati, bukan perputaran hidup-mati.
  • Dalam Weda juga terdapat konsep surga dan neraka yang mirip dengan konsep dalam Islam. Surga digambarkan sebagai tempat yang sangat indah, banyak mengalir sungai susu, buah2xan bermacam-macam, tempatnya indah, dan lain-lain. Neraka juga digambarkan mirip dengan konsep dalam Islam, dimana neraka digambarkan dengan gambaran api, dimana di neraka orang akan mengalami penderitaan.
MINUMAN KERAS DALAM HINDU

Minuman keras dilarang dalam kitab2x Hindu :
  •  Manusmriti Ch. 9 V. 235, Manusmriti Ch. 11 V. 55, Rigveda Bk. 8 Hymn 2 V. 12, dan banyak lagi bagian yang lain
  • Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3
  • Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13
  • Hal2x yang berhubungan dengan meramal adalah dosa, mis : Manusmriti Ch. 9 V. 258
 POLIGAMI DALAM HINDU

  • Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama mempunyai 4 isteri
  • Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 istri
  • Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai isteri berapapun yang mereka mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang2x perkawinan pada tahun 1956 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
JIHAD DALAM HINDU

  • Hindu juga mempunyai konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang/berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 50 ketika Krisna menyuruh Arjuna untuk berjihad, “Berjihadlah engkau demi memperoleh “Yoga” (syahid). Jihad itu demi kebaikan kamu, Jihadlah!
  • Kalau di Al-Qur’an terdapat kisah2x tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yg berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
  • Bhagavat Gita –> adalah berisi nasihat Sri Krisna kepada Arjuna di medan pertempuran
  • Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 –> Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa)
  • Bhagavat GitaCh. 2 : 2 –> Krisna berkata, “Oh Arjuna kenapa pikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk surga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu.”
  • Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 –> Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk surga, mereka tidak.
RUKUN DALAM HINDU DAN ISLAM

  • Syahadat –> kesaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah (konsep Tuhan yang Esa) dan Muhammad adalah utusan Allah. Di atas sudah dibuktikan bahawa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan bagi Islam
  • Sholat –> kegiatan utama dlm sholat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut “Shastang” yg ertinya menyembah dengan 8 anggota badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dg 8 anggota badan, yaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam sholat.
  • Zakat –> Rigveda Bk. 10 Hymn 117 ayat 5 menjelaskan tentang berderma.
  • Puasa –> Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 6 ayat 24 menyebutkan tentang puasa
  • Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang “Ilaspad” yg artinya adalah juga baitullah. Dan juga dikatakan berada ditengah2x dunia “prathvi”. Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah dunia pada daerah garis Katulistiwa. Hal yg sama Juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1

PERSOALAN

Kalau ternyata banyak ajaran yang sama antara Hindu dan Islam, apakah itu bererti bahawa umat Hindu juga boleh disebut Ahlul Kitab? 

 Jawaban ini mungkin boleh mewakili : “Dalam pandangan Islam, mungkin saja kitab Hindu adalah dari Tuhan dan tokoh2xnya adalah nabi utusan Tuhan. Tapi andaikata itu benar, itu hanya untuk masa lalu, setelah nabi Muhammad datang dengan ajarannya, itulah yang harus diikuti..”. Dalam ajaran Islam jelas menyatakan bahawa pada masa sebelum Al-Qur’an dan nabi Muhammad, sudah terdapat ajaran dan kitab2x suci dari Tuhan, tetapi setelah nabi Muhammad dan Al-Qur’an muncul, itulah versi terakhir dan terlengkap untuk menyempurnakan semua ajaran2x Tuhan yang telah diturunkan sebelumnya.

KESIMPULAN

Banyak persamaan yang terdapat dalam agama Hindu.Cuma ia telah ditelan zaman dan masyarakat kini sudah lupa mengikutinya.Bukan agama hindu sahaja malah agama lain juga sudah mula kurang diikuti penganut-penganutnya seperti yang perlu diamalakan.

Sekali lagi saya minta maaf jika ada pihak yang tersinggung perasaan dengan entry ini..

Rujukan:http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/10/14/hindu-dan-islam-ternyata-punya-kesamaan/


Friday 20 July 2012

Hadirnya Ramadhan

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Hai semua...apa kabar..sihat tak..Pasti sihat kan sebab nak start puasa.Urm...esok 21 Julai 2012 bermulalah 1 bulan mulia bagi penganut agama Islam.Ramadhan...bulan yang mulia...tak sangka cepat sangat hadirnya bulan nie.rasanya baru je puasa da datang lik.Walaupun aku tak puasa tak puasa,tapi Nampak macam laju sagt.hehehehhe....Dulu masa aku kat JB ada gak puasa..sebab malas masak..dok bujang..Tapi sekarang ni banyak naw godaan.X mampu den...Tapi dari pengalaman aku berpuasa,memang seronok lebih-lebih lagi time buke..perh! lagi dekat nak buka lagi terasa lak...Memang mencabar gak..Kepada yang beragama islam,saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa.Setahun sekali je,30 hari je...aku akan try berpuasa tahun ni..tgk larat ke tak....




Tuesday 17 July 2012

Result tak rasmi

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia 

Helow semua.,.apa kabar...hari nie,dah pon keluar keputusan exam final PJJ USM tahun ke 2 aku.Keputusan nie adalah keputusan tak rasmi,Keputusan rasmi 31 Julai baru diumumkan.Exam ni bermula pada 4 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012.Exam final 60%,Mid year 20% dan tugasan 20%.Tahun ni aku amik 10 subjek....dan ni la hasil usaha aku selama setahun nie.. 



Keputusan rasmi beserta poin akan diketahui 31 Julai nie...tak sabar lak..Arap-arap lebih dari tahun lepas...



Thursday 12 July 2012

KarYa Aku

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Halow semua.harap-harap semua sihat yer.Baru-baru ni aku leh lak jadi kaki novel.Aku pon tak tau kenapa dan macam mana aku leh jadi kaki novel ni..Dulu masa zaman sekolah aku selalu tengok budak-budak perempuan ni asyik dok baca novel kat kelas.Tebal pulak tu.Ngeri lak aku tengok die orang baca.

So baru.baru ni,aku dapat baucer buku.So aku pon try la beli novel.Antara novel yang aku beli lagenda budak setan,katerina,untuk tiga hari,jodoh kau dan aku.Lepas aku baca novel-novel ni,macam bes lak nak baca novel.Macam da gian lak.Pas habis baca novel ni aku beli lak novel kasyah dan andai itu takdirnya.Serius,novel andai itu takdirnya berjaya menitiskan air mata aku.Walaupun laki,aku pon ader perasaan gak kan...So daripada pengalaman-pengalaman tak seberapa ini,aku da macam minat karang 1 cerpen sendiri.Ala saja-saja je.guna ayat,ayat kampung.

So sekarang aku da start karang sebuah cerpen.Urm tak setiap hari aku tulis.Bila ada mood abru aku tulis.X de mood x tulis kang cite tah kemana lak...setakat ini baru 4 page A4.aku juga ada rujuk seorang penulis novel.Iaitu penulis novel jodoh kau dan aku.Dia pun ada tunjuk ajar kat aku.

So aku arap,aku berjaya merialisasikan mencipta sebuah cerpen sendir untuk koleksi aku bukannya dipasarkan.Minat aku dari sekolah dalam karangan akan aku teruskan dalam penulisan cerpen ini.Setelah selesai cerpen aku,aku akan update dalam blog aku part by part.Kadang-kadang ada gak aku letak sikit ayat-ayat cerpen aku kat facebook aku..so nantikan dan doakan kejayaan aku yer.


Sunday 8 July 2012

P3rtaNdinGaN KoiR

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Helow semue..pe kabar..arap2 semuanya sihat yew...7 julai lepas team koir aku telah join pertandinga koir.Pertandingan ini dianjurkan oleh MBSB iaitu sebuah syarikat koperasi kewangan.Pertandiangan ni diadakan di Dataran Pahlawan.Team aku dari Jabatan Imigresen.Pasukan lain yang turut sertai ialah PERZIM,SMK Bukit Baru,dan SMK Tinggi Perempuan Melaka.Agak terkejut juga kerana ingatkan antara jabatan-jabatan kerajaan tapi sekolah pon join.Yg seramnya seklolah yang join tu sekolah yang mewakili negeri Melaka.Mereka memang ada persatuan muzik sendiri dan guru yang terlatih.Yang kami ni 1 hari je latihan sebab surat lambat sampai.Tapi kami join pon sebab nak enjoy2 jer

Tepat pukul 3 pertandinagn bermula.Team aku no 2 kena wat persembahan.Lagu pilihan kami adalah lagu Nyalakan tekad dan lagu 1 Malaysia.Selepas 4 pasukan membuat persembahan,keputusan diumumkan.

1) SMK BUKIT BARU...RM 1000,TROFI,SIJIL
2) SMK TINGGI PEREMPUAN...RM 700,TROFI,SIJIL
3) PERZIM...RM 500,TROFI,SIJIL
4)JIM...BAUCER

Apa-apa pun bangga kami terlibat walaupun last minit dapat surat.Ada gak beberapa agensi yang tarik diri kerana tak sempat...

Memang enjoy.....


Wednesday 4 July 2012

PriHatiN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helow semue...apa kabar...lama x update...maklumlah sibuk sikit...Hari nie aku nak kongsi pengalaman aku bersama kengkawan aku membantu NGO mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.Program nie diadakan pada 30 Jun 2012 jam 11 malam hinggi 3 pagi.Program nie diadakan seorang berbangsa asing bernama Peter.So kami just tolong beliau untuk mengedarkan makanan kepada gelendangan.Kawasan yang kami pergi adalah Kota Raya,masjid Negara,Masjid India dan beberapa kawasan lain.Team aku (Kelab Belia Hebat) seramai 20 orang telah menyertai program ini..

Kehadiran kami amat menggembirakan folongan gelendangan ini.mereka begitu gembira apabila kami memberi nasi,roti dan air.Ada yang terus buka dan makan.Amat sedih lihat mereka makan seperti berada dalam keadaan kelaparan yang begitu amat.Terpancar kegembiraan mereka diraut wajah masing-masing..

Kediamana mereka hanyalah di kaki lima deretan kedai,kawasan lapang,tepi jalan,dan bawah jambatan.Amat sedih melihat nasib mereka.Yang sedih sekali ada baby berusia 6 bulan berasam ibunya di bayah jambatan..pilu hati melihat keadaan..En Peter akan datang semuala pada keesokan harinya untuk menghantar ibu dan baby itu ke pusat kebajikan.Mereka menjadi seperti ini sebab banyak faktor.Antaranya diusir anak-anak,datang ke KL cari kerja tapi gaji x cukup untuk sewa rumah,dan lain-lain lagi...
TEPI KAKI LIMA


DERETAN KEDAI
KEADAAN MEREKA


Selepas pengedaran makanan selesai.kami pun bersurai pulang...

Kita disini senang dengan apa yang ada..tapi diluar sana masih ramai yang memerlukan bantuan daripada kita...ringan-ringankanlah beban mereka setakat kita mampu...