Helow semua.. Apa kabar.. Hope semua sihat yer. Entry kali nie nak share sikit tentang kewujudan Danau Toba di Medan Indonesia mengikut kepercayaan masyarakat setempat disana. Story ni diceritakan oleh supir saya ketika saya meloncong ke Danau Toba.
Rajah disebelah kanan ini merupakan Danau Toba manakala sebuah pulau di tengah itu dikenali sebagai Pulau Samusir.
Menurut kepercayaan masyarakat kampung, pembentukan danau Toba ini terjadi akibat seorang lelaki yang berna Toba memungkiri janjinya yang dibuat bersama isterinya.
Toba ialah seorang lelaki yang amat malas ketika itu. Dia kaki pancing. Tiada seorang pun penduduk kampung yang nak nikahkan anak permpuan mereka kepada Toba. Pada satu hari, Toba pergi memancing ikan. Rezeki dia pada hari itu, dia dapat seeor ikan yang besar lalu dibawa pulang untuk dimasak dan diberikan kepada penduduk sekitarnya. Apabila sampai dirumah, ikan itu diletakan di dapur dan dia keluar untuk cari bahan untuk masak ikan itu. Pada masa itu, ikan itu bertukar menjadi seorang gadis. Apabila Toba pulang, dia terkejut tengak ikannya dah tak ada. Die dok pi mencari dan tak jumpa. Pencarian dia membuatkan dia terjumpa gadis berkenaan. Gadis berkenaan menceritakan apa yang berlaku pada Toba. Perkenalan mereka membawa mereka berkhawin. Sebelum berkahwin, gadis berkenaan telah meminta Toba berjanji bahawa seapa sulit pun dan seapa susah pun, Toba tak boleh membocorkan rahsia yang bakal isterinya itu adalah seekor ikan pada asalnya. Jika bocor makan akan berlaku satu mala petaka yang besar. Toba pon setuju dan mereka kahwin. Hasil perkhawinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Samusir.
Pendekan cerita, suatu hari, isteri Toba meminta anaknya menghantar makanan kepada bapanya di kebun. Anaknya lewat hantar membuatkan Toba berasa marah. Berlaku pertelingkahan mulut antara bapa dan anak. Dengan keadaan tidak sedar, Toba mengeluarkan kata DASAR ANAK IKAN kepada anaknya Samusir. Samusir dengan rasa marah lari dan bertanyakan kat ibunya tentang benarkah dia anak ikan. Ibunya terkejut dan mencerikan hal sebenarnya. Ibunya menuruh anaknya lari ketempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri kerana akan berlaku sebuah mala petaka. Hujan lebat mula turun selama beberapa lama dan menyebabkan separuh kawasan berkenaan ditenggelami air. Pulau ditengah itu adalah Pulau samusir dimana tempat tinggi yang anaknya pergi untuk selamatkan diri.
Supir jiga maklum pada saya bahawa dalam tasik yang besar itu, tiada seekor ikan yang besar. Semunya ikan bersais sederhana seperti saiz ikan siakanp yang kita makan.
klik MOVIE DANAU TOBA
Cerita ini adalah ditulis atas apa yang dicerikan oleh supir saya ketika saya berada disana. Tempatnya amat menarik dan sejuk sangat.