TAJUK GERAK


widgets

Saturday 18 August 2012

Tahun pertama berpuasa

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam berpuasa.Setelah 29 hari berpuasa,esok merupakan hari sambutan bagi puasa yang telah dilakukan.Hari raya aidilfitri.Dalam umat Islam menunaikan rukun Islam ke 4 itu,aku juga tak ketingalan untuk turut berpuasa.Memang seronok berpuasa ini.Dulu masa keje kat Johor,kadang-kadang ada la puasa,tapi kali ini aku berjaya berpuasa selama 28 hari.Cuma tertinggal 1 hari sahaja.memang pelabgai cabaran yang aku hadapi masa puasa ini,tapi aku lawan jugak dan tutup telinga.Banyak persoalan yang kawan-kawan tanya,yang aku boleh jawab,aku jawab

Antara persoalan yang timbul:
1) Kenapa kau puasa?
    -kerana Tuhan
2) Kau puasa dapat ke pahala kerana ini untuk Islam sahaja
    -aku puasa kerana Tuhan,dosa pahala bukan ditangan kita,biar Tuhan tentukan

Dan macam-macam lagi.terima kasih kepada kawan-kawan yang berikan aku semangat untuk berpuasa.Walaupun berbuka puasa seorang diri setiap hari,ada 1 hari kwan aku yang belanja aku berbuka di restoran Arab MITC kerana dia tertarik aku berpuasa.

Sok dah raya kan,so di kesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan aku.Semoga anda ceria ye...






SORY PIC 5 TAHUN LEPAS

Friday 17 August 2012

Harta ke 3

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Helo semua..apa kabar..sory lama tak update sebab masalah broadband..Hari ni hari bermakna bagi aku sebab aku dapat beli harta ke 3 menggunakan gaji aku.Harta pertama sebuah motosikal yamaha lagend,harta kedua sebuah motosikal yamaha LC dan yang ke 3 sebuah rumah.Tapi aku tak da lah beli rumah besar pon.Aku beli rumah kecil je.Rumah pangsa je.Nilai Rumah tu RM 34500.00.Keluasan nya lebih kurang 715 kaki persegi dengan 3 bilik tidur,ruang tamu,dapur,bilik mandi,tandas dan balkoniKedudukannya dipekan Masjid Tanah Melaka berhampiran Kolej Komuniti Masjid Tanah.Aku pilih tingkat 3 kerana tingkat 1 dan 2 bernilai RM 42000.00 tapi full mozek.Tp 2 pon da habis jual.Dalam perancangan buat masa ini may be dapat kunci pada September 2013.So de lagi 1 tahun.Rumah ni aku beli cash dengan buat loan personel di Agro bank dengan faedah 3.85%.Pagi tadi g sain agremennt..sain je kat 127 sain..lenguh tangan.Apa-apa pun ni salah satu benda paling berharga pada aku...

SURAT AGREMENT

RESIT DOWN PAYMENT
BLOK AKU


Next harta...Kereta...

Sunday 12 August 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ni aku dikejutkan dengan seekor tetamu yang tak diundang.Aku bangun-bangun tidur je,kuar bilik akak aku cari aku dan bagi tau ada kucing asing masuk dalam rumah dan dok kat bilik air.Aku pon cakap la kenapa tak halau memandangkan umah aku ada 2 eko kucing yang malas.Pas tu akak aku kata die garang.So aku pon pergilah tengok.Teperanjat aku pas tengok kucing tu.Memang garang sangat-sangat.Akak aku siap tunjuk ngan aku yang tangan die kena cakau.Akak aku memang minat kucing dari kecik.Sebelum ni kucing pendatang lain pon die le tangkap macam 2 je.Yang ni memang liar.Mana tak nya kucing hutan.Aku pon tangkap die guna baldi.cekup die.Pas tu masuk kandang.Tapi memang garang sangat-sangat.May be ni satu tuah yang datang kat umah aku.Tuhan hantar die kat umah aku tuk tengok apa aku buat.Aku nak try bela la..nak jumpa Perhilitan mintak lesen..






Nak bagi nama apa ek.....

Thursday 9 August 2012

Jack & Galang

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ni aku nak citer pasal Jack dan Galang.Nak tau sapa tu..mereke adalah 2 ekor kucing peliharaan aku..ala kucing kampung je..Tu la nama kucing aku.






Yang membuta tu Galang dan yang tengok camera tu Jack.Pembierian nama Galang 2 terjadi sebab masa yu aku tengok sinetron Nada Cinta.Watak Ricky oleh Randy tu masa kat drama Cinta Kirana ialah Galang.So aku bagi la Galang.Yang Jack pula sebab mase 2 citer Titanic 3D ditayang semula.So aku letak nama hero 2 kat kucing aku.

Sejarah kucing ni,aku jumpa si Galang dulu kat area aku kerja..pas beberapa bulan aku jumpa si Jack pula.Masa awal-awal,mereke ni pantang jumpa.bergaduh je..ye la 2 2 kan jantan..pas tu lama-lama da jadi kawan baik.Dimana ada galang di sistu ada Jack.Yg pelik nya,Jack ni suke menyusu kat galang walaupun galang ni jantan.Si galang lak diam je..syok kot..hehhe

Asalkan mereka bahagia dah...

Wednesday 8 August 2012

BERBUKA PUASA DI RESTORAN ARAB

Salam sejahtera semua..Semalam aku telah diajak oleh seoarang kawan facebook aku untuk berbuka puasa bersamanya.Dia terharu tengok aku pun berpuasa.Selalunya aku berbuka seorang diri kat rumah atau kedai.Oleh tu semalam dia ajak aku berbuka bersama di restoran Arab yang baru dibuka di MITC Melaka.Lokasinya betul-betul di tingkat bawah kompleks MIBC.Kawan aku suruh oder je apa yang nak makan sebab dia yang nak belanja..so aku pon oder nasi Arab kambing,air oren dan dia pon nasi Arab kambing dan jus buah.Tambahan buah-buahan bg cuci mulut.Buah kurma juga turut disediakan.Bagi aku tu la kali pertama aku makan nasi Arab.Semuanya menelan kos RM 51.50..terperanjat gak aku tengok bil.Ye la biasa makan kedai biasa je kan...huhuhu


Terima kasih kepada beliau dan aku doakan beliau dimurahkan rezeki..

Sunday 5 August 2012

EmAs BaDmInt0N miLik ChiNa

Salam sejahterasemua..hari ni telah berlangsung perlawanan akhir badminton perseorangan olimpik London 2012.Malaysia dan China bertanding untuk mendapatkan pingat emas.Malaysia diwakili oleh Datuk Lee Chong Wei dan China diwakili Lin Dan.keputusannya China mendapat pingat emas selepas menddapat 21 mata di pusiangan ke 2 manakaala 19 mata bagi malaysia.Apa-apa pun tahniah kepada datuk LCW atas pingat pertama kepada Malaysia.Beliau juga perna mendapatkan pingat pperak bagi acara sama semasa sukan olimpik 2008 di Beijing,China.



Sekiranya dapat emas..inilah bakal yang diterima Datuk LCW

1. RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN)..

2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings
Sdn. Bhd.

3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai lebih RM 2juta
ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk
Seri Andrew Kam dan...

4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang
emas olimpik.

* Manakala rakyat Malaysia, akan mendapat ice cream percuma
yang ditawarkan oleh Baskin Robbins pada esok hari 8 Ogos 2012
di semua outlet dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan...

* Pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan
percuma kepada pelanggan iaitu Restoran Original Kayu Nasi
Kandar Sdn Bhd, Pulau Pinang
 
 
 
Apa-apa pun kini nama Malaysia berada dalam carta pingat olimpik London 2012..Tahniah datuk...