TAJUK GERAK


widgets

Wednesday 25 December 2013

lawatan ke rumah yatim dan asnaf

Hai geng apa kabar...hope semua sihat yer...Apa yang kowang buat hari ini..hari nikan public holiday pasal hari krismas...Hari nie, aku dan kawan aku telah pergi jenguk adik2 angkat kat rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul al faeez di batu 9 1/2 gombak. ketibaan kami disambut oleh adik2 dengan raut wajah yang begitu ceria..yer la...las jumpa bulan 6 dulu...selama sehari semalam, kami disana telah mendekatkan diri kami dengan mereka..memang tersentuh dengan keadaan mereka yang serba kekurangan daripada kita yang ada...memang happy la dgn mereka..hope masa mengizinkan lagi untuk kami kesana bagi mencurahkan kasih sayang kami sebagai abang2 bagi mereka...

Monday 18 November 2013

2nd Grand TT Myvi 1.5 Owners Community

Salam sejahtera semua. Hope semuanya sihat yer.. Sory lama tak update blog yang tak seberapa femes nie.. Ok, Entry kali nie nak share pasal Grand TT Myvi 1.5 Owners Comunity. GTT ini adalah yang kali ke 2 dianjurkan. Kali pertama telah diadakan pada tahun lepas iaitu 08.12.2012 bertempat di Pantai Puteri,Melaka   .KLIK http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/12/grand-tt-myvi-15-owner-comunity.html

GTT ke 2 ini telah diadakan pada 16 & 17 November 2013 bertempat di Pantai Sepat, Pahang. Bayaran telah dikenakan sebanyak RM 100 seorang bagi yang tidur di dorm dan RM 120 yang tidur dalam bilik. Team pertama dari Melaka telah sampai di lokasi jam 5.30 pagi. Kami disambut oleh 2 orang wakil tuan rumah dari Masjid Pekan ke lokasi. Team Melaka sebanyak 4 kereta telah bergerak pada Jumaat jam 11.30 malam. setelah sampai di lokasi, masing-masing dok tido dalam kereta...mengantuk sangat-sangat time tu.

Lebih kurang jam 11.30, wakil-wakil tuan rumah pula tiba dilokasi, dan menunggu kehadiran konvoi dari negeri-negeri Selatan yang bermula dari Tol Gombak. Lebih kurang sebanyak 50 buah kereta terlibat dalam konvoi berkenaan. 

Sesi pendaftaran telah diadakan, dan makan tengahari disediakan. Selepas itu, peserta-peserta diagihkan dorm dan bilik bagi tujuan penginapan pada hari berkenaan. Jam 4.30, acara sukaneka telah diadakan. sebanyak 4 acara telah dijalankan, dan acara sukanneka tamat sekitar jam 6.45 petang.

Jam 9.malam, makan malam disediakan. Turut disediakan BBQ. Tema makan malam HAWAI . Program diteruskan dengan acara lucky draw, pertandiangan karaoke dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang acara sukaneka.

Program tamat sekitar jam 12.30 malam.

Hari kedua, Sarapan disediakan, selepas sarapan, sempat gak mandi kat swimming pool.. Lepas tu sibuk-sibuk kemas barang untuk cek out. Sebelum bertolak pulang, semua peserta sempat bergambar beramai-ramai. Lepas sesi bergambar, masing-masing bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

TEAM MELAKA DAH SAMPAI AWAL PAGI

SEBELUM GERAK DARI MELAKA



SUKANEKA 1

SUKANEKA 2

SUKANEKA 3


KARAOKE


TEAM SOUTHERN





MORE PIC KLIK https://www.facebook.com/jeya.prakash.16/media_set?set=a.633357960036210.1073741833.100000860361082&type=3





Thursday 17 October 2013

GALANG DAN JACK HILANG

Hai semua...Ni entry ke dua hari ini...nak story pasal GALANG dan JACK...
cerita lanjut baca disini

http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/08/jack-galang.html

Selepas setahun lebih mereka bersama kemana jua, tiba-tiba si Galang menghilangkan diri..tak tahu mana die pergi...Halingnya die, Jack sedih sangat. makan pon tak mata die berair jer. Mak cakap die asyik duk mencari jer. mengiau2 sekeliling rumah... selepas lebih kurang dua minggu, Jack pula hilangkan diri. Tak tahu mana die pergi. Mungkin die pergi mencari Galang atau pergu jauh-jauh atau pergi buat selamanya.. Apa-apa pun selama die berada dirumah kami, mereka memang baik sangat.. Cuma kuat tido... hope dua-dua nye baik-baik sahaja...

SUGAR GLIDER

Hai semua... apa kabar semua..hope semuanya sihat yer..entry kali nie nak story pasal teman umah saya yg baru...Bukan manusie tapi haiwan yang bernama SUGAR GLIDER.. ada yang tak tau kan apa die binatang nie..so le tengok picture die kat bawah ini..Sebenarnya niat nak beli die nie tercetus apabila Pengarah saya ada bela haiwan ini. So dari sana, saya try search kat google pasal die nie...Ramai yang story die ni seronok dibela. So saya pon ajak membe saya g uptown cheras cari die..nasib baik ader..so beli jela..harga nye 150.00 seekor..so beli seekor je... balik je cube angkat-angkat die..mula-mula die marah..pas tu ok jer...

Hari ini balik keje amik die..habis 1 badan saya die pusing...seronok gak..pas tu g mydin putrajaya belikan epal tok die..balik-balik bagi sepotong epal..abis die belasah..time makan epal, try angkat...die marah sangat-sangat siap gigit lagi...so baru teringat ada baca kat blog, kalau time die makan atau bad mood, klo kita nagkat die, dia akan marah.. walaupun tuan dia sendiri..ni time update entry nie die tgh membuta...hahha...jantina belum dikenalpasti, nama pob belum bagi..setakat ini just panggil BUBU...ok...ni pic die...

 






Sunday 6 October 2013

Pertandingan bunga api Putrajaya


Salam sejahtera semua. Kali ini nak share sikit pasal pertandingan bunga api antarabangsa Putrajaya 2013.
Pertandingan ini  melibatkan beberapa negara pada hari-hari berlainan. setiap pertunjukan berlangsung selama 25 minit di Marina Bay, Presint 5 Putrajaya. Malaysia mendahului dahulu membuat pertunjukan semperna ambang merdeka iaitu 30 Ogos 2013, diikuti Korea pada 1 September 2013. Perancis pula pada 13 Sept,China 14 Sept, Usa 15 Sept dan akhir sekali Dubai pada 2 Oktober 2013. Yang aku dapat tengok dari Negara Malaysia, China, Usa dan Dubai.. Bagi aku, Usa Palaing cantik sekali diikuti China... Jom Tengok gambar-gambar yang ada...

USA
USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

USA

CHINA

CHINA

CHINA

CHINA
DUBAI
DUBAI
DUBAI
DUBAI
DUBAI
DUBAI
DUBAI

CHINA

Reunion bekas pelajar SMKR 2003

Salam sejahtera semua..Apa kabar..Hope semua sihat ya..Entry kali ini nak story sikit pasal reunion bekas pelajar Sek Men Keb Rahmat batch 2003. Setelah 10 tahun melepasi SPM, kami berkumpul semula ntuk berjumpa dan bertanya kabar. Lokasinya di pantai Pengkalan Balak Melaka. Kehadiran dalam 15 bekas pelajar. Turut hadir bersama suami, isteri dan anak-anak yang sudah berumah tangga. Program die x la banyak sangat, just makan-makan jer sebab plan last minit dan suka-suka ja..Tapi plan nak wat besar-besaran pada mac tahun depan sempena 10 tahun menerima sijil SPM..tapi tengoklah persetujuan member lain...