TAJUK GERAK


widgets

Monday 18 November 2013

2nd Grand TT Myvi 1.5 Owners Community

Salam sejahtera semua. Hope semuanya sihat yer.. Sory lama tak update blog yang tak seberapa femes nie.. Ok, Entry kali nie nak share pasal Grand TT Myvi 1.5 Owners Comunity. GTT ini adalah yang kali ke 2 dianjurkan. Kali pertama telah diadakan pada tahun lepas iaitu 08.12.2012 bertempat di Pantai Puteri,Melaka   .KLIK http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/12/grand-tt-myvi-15-owner-comunity.html

GTT ke 2 ini telah diadakan pada 16 & 17 November 2013 bertempat di Pantai Sepat, Pahang. Bayaran telah dikenakan sebanyak RM 100 seorang bagi yang tidur di dorm dan RM 120 yang tidur dalam bilik. Team pertama dari Melaka telah sampai di lokasi jam 5.30 pagi. Kami disambut oleh 2 orang wakil tuan rumah dari Masjid Pekan ke lokasi. Team Melaka sebanyak 4 kereta telah bergerak pada Jumaat jam 11.30 malam. setelah sampai di lokasi, masing-masing dok tido dalam kereta...mengantuk sangat-sangat time tu.

Lebih kurang jam 11.30, wakil-wakil tuan rumah pula tiba dilokasi, dan menunggu kehadiran konvoi dari negeri-negeri Selatan yang bermula dari Tol Gombak. Lebih kurang sebanyak 50 buah kereta terlibat dalam konvoi berkenaan. 

Sesi pendaftaran telah diadakan, dan makan tengahari disediakan. Selepas itu, peserta-peserta diagihkan dorm dan bilik bagi tujuan penginapan pada hari berkenaan. Jam 4.30, acara sukaneka telah diadakan. sebanyak 4 acara telah dijalankan, dan acara sukanneka tamat sekitar jam 6.45 petang.

Jam 9.malam, makan malam disediakan. Turut disediakan BBQ. Tema makan malam HAWAI . Program diteruskan dengan acara lucky draw, pertandiangan karaoke dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang acara sukaneka.

Program tamat sekitar jam 12.30 malam.

Hari kedua, Sarapan disediakan, selepas sarapan, sempat gak mandi kat swimming pool.. Lepas tu sibuk-sibuk kemas barang untuk cek out. Sebelum bertolak pulang, semua peserta sempat bergambar beramai-ramai. Lepas sesi bergambar, masing-masing bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

TEAM MELAKA DAH SAMPAI AWAL PAGI

SEBELUM GERAK DARI MELAKA



SUKANEKA 1

SUKANEKA 2

SUKANEKA 3


KARAOKE


TEAM SOUTHERN





MORE PIC KLIK https://www.facebook.com/jeya.prakash.16/media_set?set=a.633357960036210.1073741833.100000860361082&type=3