TAJUK GERAK


widgets

Tuesday 11 March 2014

Bercuti ke Miri & Gua Niah



Hai semua. Hari ini nak kongsi pengalaman bercuti ke Miri, Sarawak. Pada 7 Mac 2014, saya telah bercuti ke Miri. Saja-saja untuk berhibur. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam lebih dari LCCT ke MIRI. Sampai di LTA MIRI, amik teksi dan cek  in hotel di Bandar miri.
Sampai di hotel, rehat dulu hingga dan tunggu seorang kawan yang lama kenal di facebook. Jadi tak susah la berda disana. Pada 8 Mac 2014. Jam 8 pagi, kami telah bergerak ke gua niah untuk melihat sendiri tapak sejarah itu. Dalam perjalanan, singgah di Bekenu untuk ambil seorang lagi kawan kepada kawan saya itu. Dia seorang guru di Bekenu. Selepas sarapan, perjalanan diteruskan. Masa perjalanan dari Miri ke Gua Niah mengambiil masa selama 1 ½ jam. 

SEJARAH GUA NIAH

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun. Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975

PENGALAMAN

Selepas sampai di Taman Negara Niah, kami membeli tiket masuk yang berharga RM 10.00. Perjalanan kami bermula dengan menaiki sebuah bot kecil untuk menyeberagi sebatang sungai yang lebarnya lebih kurang 60 meter (tak sampai 1 minit naik bot) dengan harga RM1.00. selepas menyeberangi sunagi itu, perjalanan kami bermula. Perjalanan sejauh 3.5 km berjalan kaki ke Gua Niah memang seronok. Track telah disediakan. Macam-macam bunyi binatang yang kami dengar.
Sebelum sampai Gua Niah, kami perlu melalui Gua Dagang. Perjalanan kami diteruskan selama 15 minit dan berjaya sampai ke Gua Niah. Terdapat sebuah kawasan yang telah dipagar untuk dijaga sejarahnya.Perjalanan dalam gua memang seronok dengan keadaan yang gelap dan dipenuhi dengan burung layang-layang dan kelawar. Nasib baik sempat sewa lampu suluh sebelum masuk. Dalam Gua  dah disediakan track untuk jalan. Keindahan dalam gua amat menakjubkan dengan bentuk-bentuk batuyang cantik. Dalam gua je mengambil masa sejam. Tak ketinggalan juga, kami sempat melawat ke kawasan yang mempunyai lukisan dinding yang dipercayai dilukis oleh manusia yang tinggal dalam gua berkenaan.
Selepas selesai hingga ke Gua painting( gua yang dinding ada lukisan) kami berpatah balik untuk pulang. Masa diambil selama 2 jam untuk sampai semula ke parking kereta kami. Masa sejam untuk teroka gua niah tidak mencukupi. Kami hanya ikut jalan yang dah disediakan. Jika nak teroka seluruh gua, rasanya 2 hari pon tak cukup.
Ini satu pengalaman yang menarik bagi saya. Dulu hanya belajar dalan sejarah. Now dah merasai sendiri pergi ke tempat sejarah itu.


tiket masuk
papan tanda ada buaya

sungai


dinding gua.. perhatikan ada bentuk muka org hutan

peta gua

pemandangan cantik dalam gua

gua dagang

3 of us



perahu..dlm muzium

tempat minyak pertama di Malaysia

lukisan dinding

keranda purba

tengkorak


1 comment: