Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia
Hai semua.Apa kabar.Moga-moga semua sihat yer.Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog yang berpuasa.Urm entry kali ni mungkin sensitif sikit.Maklumlah pasal agama kan,Urm kalo ada apa kesalahan,atau membuatkan kamu rasa tak puas hati saya mintak maaf dulu ye.Ok entry kali ni aku nak citer pasal persamaan yang ada dalam agama Islam dan Hindu.
KONSEP TUHAN DALAM HINDU
Menurut orang Hindu awam, Tuhan boleh terdiri sebanyak 1, 10 ,100, 1000, atau mungkin sejuta. Tapi dalam kalangan Hindu yang terpelajar (umat Hindu yang mempelajari kitab suci & sejarah Hindu) akan mengatakan bahwa ajaran Hindu hanya percaya pada satu Tuhan.
Kitab Hindu terbahagi kepada 2 kategori besar, iaitu : Sruti dan Smiriti. Sruti ialah sesuatu yang diturunkan, yang didengar, yang dirasakan, dan yang dipahami. Inilah yang diakui oleh cendekiawan Hindu sebagai wahyu Tuhan dan derajatnya lebih tinggi dari kitab2x lain yang ada pada ketika itu. Sruti terbagi dua yaitu : Weda dan Upanishad.
Veda diambil dari kata sansekerta “ved” yg ertinya : pengetahuan. Jadi Weda ertinya : pengetahuan yg sangat mulia.
Veda dibahagi menjadi :
- Rigveda –> inti weda
- Yajurveda –> tentang mantra
- Samaveda –> tentang melodi
- Atharva veda –> formula magis
Ayat2x tentang Tuhan dalam kitab Hindu
Dalam kitab Upanishad :
- Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 menyatakan bahawa Tuhan hanya ada satu.
- Shvetashatara Upanishad Ch. 6 V. 9 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak punya ibu dan bapa, Dia tidak mempunyai tuan dan pelindung.
- Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak ada sesuatupun yg menyerupai Dia
- Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat. Tidak ada orang yg mampu melihat dg mata.
Dalam kitab suci Hindu yang paling sering dibaca orang iaitu Bhagavad Gita :
- Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 menyatakan bahawa Dia tidak dilahirkan, tak ada permulaan, Tuhan seru sekalian alam.
Dalam kitab utama Hindu, Veda :
- Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah.
- Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
- Yajurveda Ch. 40 V. 9 menyatakan bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yang menyembah benda/alam spt api, air, udara, telah masuk kedalam kegelapan
- Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar
- Pada Rigveda yang dianggap paling suci, pada Rigveda Bk. 1 Hymn 64. V. 46 dinyatakan : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dengan perbagai nama. Dalam Islam juga ada 99 nama untuk Tuhan yang satu.
- Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dengan nama yang bermacam-macam
- Pada Rigveda Bk. 2 Hymn 1 menyatakan bahawa ada 33 nama yang ditujukan kepada Tuhan, diantaranya :
- Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya Choliq. Umat muslim tidak keberatan kalau Allah dipanggil dengan Khalik atau Creator, atau Brahama. Tapi kalau orang menyebutkan Brahama itu adalah Tuhan yg berkepala 4 dengan mahkota, umat muslim sangat tidak setuju.
- Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 menyatakan tidak ada satu makhlukpun yg menyerupai Tuhan.
- Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) ertinya Sustainer (pemelihara alam), yg memberi rizki. Bahasa arabnya adalah “Rabb”. Orang muslim tidak keberatan Allah disebut Rabb, Vishnu, Sustainer, Cheriser. Yang jadi masalah adalah Vishnu adalah Tuhan yang punya 4 tangan, tiap tangan memegang cakra, tangan kirinya memegang rumah kerang, menaiki seekor burung garuda sambil bersandar pada gulungan ular. Umat muslim tidak boleh menerima itu.
- Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan
- Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
- Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”
- Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yang kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali. KEHIDUPAN DAN KEMATIAN DALAM HINDUUmumnya umat Hindu percaya apa yang dinamakan “Samsara”, iaitu perputaran kelahiran & kematian berulang kali, yang dikenal dengan nama “Reinkarnasi”. iaitu orang yang sudah mati rohnya akan berpindah pada tubuh lain yang akan lahir kembali di dunia. Bila amalannya baik, maka ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang lebih baik, tapi bila amalannya buruk ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang buruk atau menjadi makhluk yang lebih rendah derajatnya. Begitulah terjadi berulang kali. Mereka mengatakan konsep Samsara inilah yang dapat menjawab mengapa ada orang yang lahir cacat dan miskin. Sebab untuk apa Tuhan menciptakan orang cacat dan orang miskin di dunia ini? Begitulah kepercayaan umum kebanyakan umat Hindu.Akan tetapi ternyata hal ini tidak terdapat dalam Weda. Yang disebutkan Weda hanya “Punarjanam” atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati. Para cendekiawan Hindu mengatakan bahawa tidak pernah ada konsep perpindahan roh / reinkarnasi dalam Weda.
- Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 – 5 berbicara mengenai kehidupan sesudah mati, bukan perputaran hidup-mati.
- Dalam Weda juga terdapat konsep surga dan neraka yang mirip dengan konsep dalam Islam. Surga digambarkan sebagai tempat yang sangat indah, banyak mengalir sungai susu, buah2xan bermacam-macam, tempatnya indah, dan lain-lain. Neraka juga digambarkan mirip dengan konsep dalam Islam, dimana neraka digambarkan dengan gambaran api, dimana di neraka orang akan mengalami penderitaan.
MINUMAN KERAS DALAM HINDU
Minuman keras dilarang dalam kitab2x Hindu :
- Manusmriti Ch. 9 V. 235, Manusmriti Ch. 11 V. 55, Rigveda Bk. 8 Hymn 2 V. 12, dan banyak lagi bagian yang lain
- Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3
- Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13
- Hal2x yang berhubungan dengan meramal adalah dosa, mis : Manusmriti Ch. 9 V. 258
POLIGAMI DALAM HINDU
- Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama mempunyai 4 isteri
- Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 istri
- Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai isteri berapapun yang mereka mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang2x perkawinan pada tahun 1956 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
JIHAD DALAM HINDU
- Hindu juga mempunyai konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang/berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 50 ketika Krisna menyuruh Arjuna untuk berjihad, “Berjihadlah engkau demi memperoleh “Yoga” (syahid). Jihad itu demi kebaikan kamu, Jihadlah!
- Kalau di Al-Qur’an terdapat kisah2x tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yg berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
- Bhagavat Gita –> adalah berisi nasihat Sri Krisna kepada Arjuna di medan pertempuran
- Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 –> Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa)
- Bhagavat GitaCh. 2 : 2 –> Krisna berkata, “Oh Arjuna kenapa pikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk surga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu.”
- Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 –> Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk surga, mereka tidak.
RUKUN DALAM HINDU DAN ISLAM
- Syahadat –> kesaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah (konsep Tuhan yang Esa) dan Muhammad adalah utusan Allah. Di atas sudah dibuktikan bahawa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan bagi Islam
- Sholat –> kegiatan utama dlm sholat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut “Shastang” yg ertinya menyembah dengan 8 anggota badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dg 8 anggota badan, yaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam sholat.
- Zakat –> Rigveda Bk. 10 Hymn 117 ayat 5 menjelaskan tentang berderma.
- Puasa –> Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 6 ayat 24 menyebutkan tentang puasa
- Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang “Ilaspad” yg artinya adalah juga baitullah. Dan juga dikatakan berada ditengah2x dunia “prathvi”. Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah dunia pada daerah garis Katulistiwa. Hal yg sama Juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1
PERSOALAN
Kalau ternyata banyak ajaran yang sama antara Hindu dan Islam, apakah itu bererti bahawa umat Hindu juga boleh disebut Ahlul Kitab?
Jawaban ini mungkin boleh mewakili : “Dalam
pandangan Islam, mungkin saja kitab Hindu adalah dari Tuhan dan
tokoh2xnya adalah nabi utusan Tuhan. Tapi andaikata itu benar, itu hanya
untuk masa lalu, setelah nabi Muhammad datang dengan ajarannya, itulah yang
harus diikuti..”. Dalam ajaran Islam jelas menyatakan bahawa pada
masa sebelum Al-Qur’an dan nabi Muhammad, sudah terdapat ajaran dan
kitab2x suci dari Tuhan, tetapi setelah nabi Muhammad dan Al-Qur’an
muncul, itulah versi terakhir dan terlengkap untuk menyempurnakan semua
ajaran2x Tuhan yang telah diturunkan sebelumnya.
KESIMPULAN
Banyak persamaan yang terdapat dalam agama Hindu.Cuma ia telah ditelan zaman dan masyarakat kini sudah lupa mengikutinya.Bukan agama hindu sahaja malah agama lain juga sudah mula kurang diikuti penganut-penganutnya seperti yang perlu diamalakan.
Sekali lagi saya minta maaf jika ada pihak yang tersinggung perasaan dengan entry ini..
Rujukan:http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/10/14/hindu-dan-islam-ternyata-punya-kesamaan/
No comments:
Post a Comment