TAJUK GERAK


widgets

Sunday 30 December 2012

Pulau Besar Pulau Keramat?

Hai semua..Apa kabar..Urm lagi 2 hari je nak melangkah masuk ketahun 2013...Semua orang pasti ada azam baru kan...okey-okey hari nie Jeya nak citer pasal Pulau Besar..Tau tak kat mana..Pulau ni terletak di negeri Melaka..Dah lama nak pergi..tapi tak ketersampaian..Tapi minggu lepas dapat gak jejak kaki kat pulau keramat nie..Opss..keramat ke?..Minggu lepas,Jeya g sana dengan famili..Naik feri dari jeti Anjung Batu Umbai dengan kos RM 14 pergi dan balik..Kalo naik bot laju RM 12...Perjalanan dari feri mengambil masa dalam 15 minit..Sampai disana,ada lah van yang tunggu..ala-ala kereta sapau..sorang di cas RM 2 dan die orang hantar sampai ke makam Sharifah Rodziah..Kat sana kami menjiarahi makam-makam yang ada..banyak gak..Antaranya makam Sultan Syeikh Ariffin.(keterunan ke 18 Nabi Muhammad),makam 7 beradik,dan lain-lain lagi..Lepas tu,kami berjalan ke arah belakang menuju ke makam nenek kebayan..Makam nya terletak bersebelahan padang golf....Terdapat sebuah perigi yang dikenali perigi nenek kebayan..Dalam perjalanan kearah belakang iaitu ke kawasan bunian,kami terjumpa sebuah keluarga yang bercuti disana.Mereka kerap ke pulau itu kerana menarik dan mereka berkhemah disana bersama anak-anak..Menurut mereka jika ingin kepulau itu,perlulah berniat baik...Pada jam 1.30 tengahari,sempat kami makan di pulau itu.Biasanya mereka masak kambing yang disedekahkan oleh orang kerana niat mereka tercapai..Menurut seorang imam disana,majoriti pelancong yang hadir kesana adalah berbangsa India samaada beragama Islam mahupun bukan...Selepas makan,kami menuju kejeti pulau itu untuk pulang...

KAMBING YG DIHANTAR SELEPAS TERCAPAI NIAT

FERI DI JETI ANJUNG BATU

MAKAM SHARIFAH RODZIAH.

TELAGA NENEK KEBAYAN

REKAHAN BATU

MAKAM NENEK TEMPAYAN

MAKAM 7 BERADIK

MAKAM SYEKIH ARIFIN

MAKAM KELUARGA SYEIKH ARIFIN

KELUARGA YANG DIJUMPAI


PEMANDANGAN LAUT



Walaubagaimanapun,banyak tempat yang kami tak dapat jejak kerana bawa budak-budak kecil..may be next time..Antara tempat yang tak sempat pergi...Gua Yunus,batu belah,tapak kaki,kolam biawak dan lain-lain lagi...

3 comments:

  1. Pernah sampau pulau ni and bermalam kat sana memang best tapi agak sepi..

    ReplyDelete
  2. HUHU..NAK GAK G SANA BERMALAM..TP X DE GENG YG SPORTING

    ReplyDelete