TAJUK GERAK


widgets

Tuesday 28 May 2013

Festival Belia Putrajaya 2013

Salam sejahtera semua. Aku tak tau masih ada lagi tak orang yang baca blog aku.Tak per janji aku tulis blog aku ni untuk ceritakan pengalaman hidup aku kepada yang membaca blog aku nie.Entry kali ni nak story pasal Festival belia putrajaya 2013.Tahun lepas dikenali himpunan jutaan belia.Ni adalah pengalaman aku ke 2 menjadi sukarelawan dalam program ini.Program ni berlangsung 4 hari 3 malam bermula 23 mei hingga 26 mei 2013.walaupun kurang 2 hari daripada tahun lepas,tapi banyak pengalaman yang dapat.

22 Mei.Aku telah pergi ke pejabat Majlis belia Malaysia di Cheras bersama kawan aku.Kat sana jumpa semula kawan-kawan aku yang dah angap 1 keluarga.Tugas utama uruskan kupon bagi peserta perkhemahan.Lepas tu,kami ke Putrajaya dan ada sedikit taklimat daripada abang awie,salah seorang pemberi semangat kepada kami.

23 Mei.Pukul 11 pagi aku da stanby di khemah urusetia.Tahun nie aku dan kawan-kawan aku menjadi urusetia dalam menguruskan beberapa hal dengan peserta.Peserta mula sampai dan kupon diagihkan.1 hari 12 ringgit.Peserta diagihkan juaga khemah-khemah penempatan.Balik rumah jam 3 pagi.

24 Mei.Jam 8 mula agihkan kupon.Ada peserta yang lapor diri.pas tu adalah bende yang dibuat.Malam ada mesyuarat antara urusetia dan pegawai dari majlis belia malaysia.Balik jam 2 pagi.

25 Mei.Macam biasa agihkan tiket.Petang ada taklimat berkenaan Majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri.Pas tu jalan-jalan ke booth pameran.Malam lead team-team peserta ke majlis perasmian.Balik ada mesyuarat.Balik rumah jam 3

26 Mei.Pagi agihkan tiket.Pas tu ada acara sukaneka untuk peserta.Petang ada majlis penutupan bersama Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaludin.Malam peserta mula bersurai.

Pengalaman dan Kenangan

1) Menjadi urusetia dah handle beberapa tugas.Nampak senang tapi memang rumit.Apa-apa pun berjaya di laksanakan.
2) Dapat berjumpa semula kawan-kawan lama dan dapat kawan baru.
3) Dapat adik-adik baru (anak2 yatim).Kesiang tengok die orang.Setiap orang ada kisah masing-masing.
4) Jadi MC untuk majlis penutupan.
5) Ditemuduga secara live oleh RTM untuk slot berita semasa jam 11
6) Menghadapi pelbagai cabaran dengan awan-kawan dengan tabah
7) Tangisan kawan yang buatkah hati sedih.Sebuah tangisan kerana ada perasaan sayang antara kami.Kami sebagai 1 keluarga.

Banyak lagi pengalaman yang aku dapat dan x le dilupakan.Hope tahun depan aku berpeluang sekali lagi untuk menyertai program macam ni.Hapy sangat-sangat.

WITH INTAN

KUPON

TAG

BAJU YANG DAPAT

ME

WITH HANTU

MEMBE WITH ANTU

TEMURAMAH RTM 1

MY FRIEND

BERGAMBAR

URUSETIA BERSAMA KJ

LIVE DI TV 1

1 comment: