TAJUK GERAK


widgets

Wednesday 25 July 2012

Takdir atau Nasib?

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia.Apa yang anda tahu tentang negara SUDAN.pastinnya kemiskinan,kebuluran,kematian,kesihatan dan lain-lain lagi.Apa yang mampu kita lakukan selain menghulurkan bantuan.



Gambar diatas ini ialah gambar yang menggemparkan seluruh dunia. Kerana jurugambar ini,Kevin Carter memberitahu bahawa ketika dia melihat situasi yang mana seekor burung hering sedang menantikan makanannya( Ya betul..seorang budak yang lemah kelaparan) dan semestinya yang paling mengejutkan beliau hanya menanti budak ini mati selain dari membantu kanak-kanak malang ini. Mendapat anugerah Pulitzer Prize(anugerah dalam bidang foto). Namun yang mengejutkan, pada 27 Julai 1994 Carter membunuh diri kerana tekanan yang diberikan kerana mementingkan kerjaya dari kemanusiaan. Gambar ini diberi nama Vulture Stalking a Child – Hering yang menanti budak.
Gambar ini juga pernah menjadi topik tugasan aku semasa membuat PJJ di USM,bagi matapelajaran Psikologi.Apa yang kita boleh membuat kesimpulan dengan gambar diatas.3 poin utama iaitu burung,kanak-kanak itu dan jurugambar.agak susah jugak untuk membuat sebarang kesimpulan.
Cuba bandingkan antara yang mampu dengan yang tak mampu
Sepatutnya kita perlu berasa syukur dengan apa yang ada.cuba bayangkan mereka disana.Jika kita alami nasib yang sama,bagaimana pula kita..membawa keinsafan..Semoga dunia baru timbul bagi mereka.

2 comments:

  1. manusia lebih suka melihat menggunakan mata,
    tetapi bukan hati.

    ReplyDelete
  2. sekiranya gunakan hati mungkin keadaan ni berubah..sama-sama doakan kesejahteraan mereka

    ReplyDelete