TAJUK GERAK


widgets

Saturday 18 August 2012

Tahun pertama berpuasa

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam berpuasa.Setelah 29 hari berpuasa,esok merupakan hari sambutan bagi puasa yang telah dilakukan.Hari raya aidilfitri.Dalam umat Islam menunaikan rukun Islam ke 4 itu,aku juga tak ketingalan untuk turut berpuasa.Memang seronok berpuasa ini.Dulu masa keje kat Johor,kadang-kadang ada la puasa,tapi kali ini aku berjaya berpuasa selama 28 hari.Cuma tertinggal 1 hari sahaja.memang pelabgai cabaran yang aku hadapi masa puasa ini,tapi aku lawan jugak dan tutup telinga.Banyak persoalan yang kawan-kawan tanya,yang aku boleh jawab,aku jawab

Antara persoalan yang timbul:
1) Kenapa kau puasa?
    -kerana Tuhan
2) Kau puasa dapat ke pahala kerana ini untuk Islam sahaja
    -aku puasa kerana Tuhan,dosa pahala bukan ditangan kita,biar Tuhan tentukan

Dan macam-macam lagi.terima kasih kepada kawan-kawan yang berikan aku semangat untuk berpuasa.Walaupun berbuka puasa seorang diri setiap hari,ada 1 hari kwan aku yang belanja aku berbuka di restoran Arab MITC kerana dia tertarik aku berpuasa.

Sok dah raya kan,so di kesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan aku.Semoga anda ceria ye...






SORY PIC 5 TAHUN LEPAS

3 comments:

  1. taniah berjaya puasa :)
    goodluck utk tahun akan datang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...hope thn depan dapat pose penuh...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete