Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..hope u all sihat yer..urm hari ni aku nak update tentang pengalaman aku menyertai kursus transformasi sukarelawan sahabat belia Malaysia peringkat zon tengah.Kursus ini telah diadakan pada 19-21 Oktober 2012 bertempat di Warisan Bernam Heritage Agro & Country Resort Hulu Bernam,Selangor.
Setelah mendapat kelulusan dari pengarah negeri,aku siap-siap untuk join kursus ini.Khamis malam Jumaat aku telah gerak ke KL dan stay di rumah kawan aku.Pada Jumaat pagi,aku telah jemput 3 orang kawan di stesen LRT Bandar Tun Razak.
Kami gerak ke Lokasi.Dalam perjalanan kami singgah sarapan di restoran jejantas Sungai Buloh.Kat sana kami tunggu Abang Awie untuk gerak sama-sama kerana kami tak tau lokasi kursus ini.
Perjalanan ke tempat kursus ini amat mencabar...Dalam 6 Km dari jalan Utama.Kedudukannya dalam hutan dan jalan yang tidak elok dengan lopak-lopak air.Sampai di lokasi kami diberi tag peserta dan masuk ke asrama.Kedudukan asrama terletak diatas bukit..76 anak tangga.
|
LOKASI PENGINAPAN |
|
KAD PESERTA |
Setelah makan malam,program bermula.memang menyerokan program tu..Selepas itu program 20 minit bersama misi kemanusiaan bersama En Rizan hassan.
|
AKTIVITI 1 |
|
AKTIVITI 1 |
Pada hari kedua senaman pagi membuka tirai.Selepas senaman pagi,aktiviti kumpulan diadakan iaitu kami diberi 1 situasi yang perlu dilakukan dengan menggunakan bahasa asing selain BM,Bi dan lain-lain bahasa nusantara.Group aku telah menggunakan sebuah bahasa iaitu semua vokal akan digantikan dengan i.Contohnya saya makan nasi ditukarkan kepada siyi mikin nisi..memang sukar la nak buat.tetapi semuanya ada kepentingan tersendiri iaitu bagaimana kita nak sesuaikan diri di tempat yanh kita tak tahu bahasa mereka ketika kita berada ditempat mereka.Pada jam 11.30,kami ditontonkan sebuah filem yang amat menarik iaitu Laskar Pelangi.
|
AKTIVITI 2 |
|
AKTIVITI 2 |
|
AKTIVITI 2 |
Pada sebelah petang,aktivi lapangan telah diadakan.kami dibawa ke sebuah kawasan perumahan untuk membuat kerja-kerja pembersihan rumah penduduk disana.memang menyeronokan.Penduduk kampung sana memang mesra sangat.sebelum itu kami dibekalkan sehelai vest sukarelawan untuk dipakai.Selepas itu,kami pulang ke tempat penginapan dan diberi peluang mandi sungai di berhampiran penginapan kami.
|
KERJA LAPANGAN |
|
KERJA LAPANGAN |
|
KERJA LAPANGAN |
|
KERJA LAPANGAN |
|
KERJA LAPANGAN |
|
KERJA LAPANGAN |
|
SELESAI KERJA LAPANGAN |
Di sebelah waktu malam pula,sesi soal jawab bersama Presiden belia Wilawah Persekutuan,Selangor dan Perak diadakan,Pelbagi isus telah dijelaskan oleh penceramah.Selepas itu minum malam dan aktiviti seterunya adalah membuat kertas kerja mengikut kumpulan yang telah dipecahkan.Tajuknya,kami perlu sediakan sebuah kertas kerja untuk sebuah aktiviti sukarelawan.Kumpulan aku telah membuat tajuk perancangan awal misi bantuan banjir di Kelantan.Sukar juga nak buat kertas kerja ini.Sampai pukul 4 pagi buat kertas kerja ini.
|
SOAL JAWAB |
|
SOAL JAWAB |
Pada hari ke 3,jam 8.30,kami membentangkan kertas kerja kami.Macam-macam topik la.Selepas itu majlis penutupan kursus diadakan dan pemberian hamper dan sijil kepada kumpula-kumpulan.Kumpulan aku tempat ke 3.Selepas itu makan tengahari dan bertolak pulang.
|
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA |
Banyak input yang aku dapat dalam kursus ini.Cara-cara menyelesaikan masalah,cara nak sesuaikan diri dengan orang asing dan semangat berpasukan.Memang happy sangat aku kat kursus ini.Aku ingat lagi sebuah kata dari filem Laskar Pelangi iaitu Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya.Sebuah kenangan lagi terukir di sini dengan memdapat sebuah keluarga baru.Keluarga ke 2 selepas keluarga yang aku jumpa semasa Himpunan Jutaan Belian di Putrajaya.
|
MY GROUP |
|
MY NEW FAMILY |
|
KORBAN TENAGA PASANG BANNER |
|
2 DIA..... |
|
No comments:
Post a Comment