Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Apa nk update ek...tu la ku pikir..pas tu terpikir pasal seorang student IPTA kat Bangi inbox aku tanya tentang adat perkawinan masyarakat Hindu..so aku update jela kat blog aku ni..Ader la info bagi yang tak tahu...
MERISIK
Dalam masyarakat india terbahagi kepada banyak suku bangsa..Contohnya tamil,malayalam,telugu.dan lain2..Di Malaysia yang ramai adalah Tamil.OK sekarang ambil contoh masyarakat tamil.Pada mulanya adat merisik akan dimulakan.Biasanya merisik ni hanya dihadiri ahli keluarga yang terdekat sahaja.Pihak lelaki akan pergi kerimah pihak perempuan untuk merisik.
Pihak lelaki akan bawa 1 @ 3 @5
biasanya 1 atau 3 dulang berisi sirih,pinang,buah-buahan ke rumah perempuan.Dalam majlis merisik mereka akan mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dan
mereka akan membincangkan tarikh pertunangan.Apabila semua setuju maka
tarikh pertunangan akan dicadangkan dan memilih tarikh yang sesuai.Biasanya
mereka akan merujuk kepada sami di kuil...kalau dulu-dulu.mereka akan tengok
bintang serasi antara pengantin perempuan dan lelaki..kalau ok baru mereka
akan dikawinkan..Tetapi pada zaman sekarang ia dah kurang mengamalkan amalan tu kerana ramai yang
bercinta dan kurang percaya akan serasi bintang itu.
PERTUNANGAN
Pertunangan pula pihak lelaki akan mengalami
perbelanjaan yang besar..Biasanya pertungangan akan dibuat di rumah
pengantin perempuan atau kuil atau tmpat mengikut kehendak pihak
pengantin perempuan.Dalam pertunangan,pihak lelaki akan membawa
hantaran dalam dulang..biasanya mengikut bilangan ganjil seperti 1,3,5,7 dan seterusnya..Tengao kemampuan..kalau orang kaya sampai 21 dulang pon ada..Hantaran
utama adalah Emas,sari tunang,bunga kalung,set kosmetik dan lain lain
lagi..Yang penting kelapa,buah sirih pinang.lagi barang-barang lain seperti gula-gula,kek,dan lain-lain lagi.Emas pula tengok kemampuan pihak lelaki...pihak perempuan akan
beli 1 cincin sahaja untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.Rombongan pengantin lelaki akan pergi ke rumah perempuan dengan membawa dulang-dulang hantaran.Selepas itu, mereka akan susun dan upacara akan dimukalan..Upacara biasanya
dijalankan oleh sami.Jika sami tiada pon boleh..Lepas itu, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan
akan duduk bertentangan.Selepas itu bacaan pertunagan akan dibaca...Selepas itu,adik laki
atau abang kepada mak pengantin perempuan akan mengambil hantaran iaitu
sari,emas,kosmetik dan menunjukkan pada orang yang hadir.Ia bagi memberitahu
hantaran pihak laki kepada perempuan kepada hadirin.Selepas itu, pengantin perempuan dibawa
keluar dan akan mendapatkan restu kepada para hadirin iaitu menunduk
kebawah.Selepas itu,set dulang sari,emas akan dberi kepada pengapit
untuk dipakaikan kepada pengantin perempuan.Biasanya pengapit perempuan adalah adik atau kakak pengantin
lelaki.
Selepas buat salinan denagn pakai sari tunang dan emas,pengantin
perempuan akan dibawa semula keluar iaitu ke tempat pertunangan itu untuk
mendapatkan persetujuan..Selepas itu pengantin lelakii pun dibawa
masuk..Mereka akan ditanya persetujuan dan mereka akan menyarungkan
cincin sebagai tanda pertunangana..selepas itu,mereka akan mendapatkan
restu dari ibu bapa.saudara mara.Selesai itu,majlis makan akan diadakan.Biasanya akan disajikan makanan vegiterian.
|
Rombongan pengantin lelaki dengan hantaran |
|
Hantaran disusun |
|
Hantaran utama,emas,sari |
|
Pengantin perempuan |
|
Persetujuan ibu bapa |
|
Pengantin dengan sari tunang |
|
Tukar cincin |
|
Minta Restu |
|
pengantin |
|
Jamuan makan |
MAJLIS INAI (MUGURTAKAL)
Sebelum majlis kawin,majlis inai akan diadakan
di kedua-dua pihak.Masa ini pengantin tidak dibenarkan keluar
rumah..Upacaranya sama..kadang-kadang ada yang panggil sami kadang-kadang tidak.Terpulang pada keluraga masing-masing.Hari pertama inai,,pengantin akan dibawa dengan pakai sari dan pengantin laki pakai dhoti.Sebuah kayu yang atasnya bentuk Y akan dibuang kulit..Golongan perempuan yang masih
bersuami akan membasuh kayu berkenaan dan menyapukan kunyit,kum kum,abu
suci.Pada kayu bentuk Y tu mereka ada ikat daun mangga dan lain-lain dan 1
bungkusan biji bijian yang dibungkus dengan kain kuning..Setelah itu kayu itu
ditanam dalam 1 kali dan sejeliling kayu itu meraka akan taburkan bijirn
seperti kacang hijau dan lain2 lagi.Sebuah pelita akan dinyalakan di sebelah kayu itu.Kayu itu menandakan adanya majlis perkahwinan di rumah 2.Sepas itu ada upacara terhadap pengantin..Meraka akan memusingkan batu
giling,beras dan sirih,pelita dan beberapa peralatan sebagai adat.Setelah
itu maka barulah khemah akan dinaikan..Khemah utama adalah akan dibuat
dari rumah ke kayu Y tadi..Biasanya dalam 2 atau 3 meter...kayu Y akan
menjadi 1 tiang bagi khemah itu..Khemah tu dipanggil PHATTCAL PANDHAL,yang
diperbuat daripada buluh dan daun kelapa..maksudnya khemah hijau.Selepas itu
lah khemah-khemah lain dinaikan.Hari kedua upacara inai sama dijalankan,dengan pusing batu giling dan lain-lain lagi cuma kayu kuning tiada.Malam inai pertama,penagntin akan dipakaikan inai pada kaki dan tangan.Adat ini adalah adat asal kaum india.
|
Kayu kuning |
|
Kayu ditanam |
|
Atas kayu |
|
Upacara |
|
Upacara |
|
Upacara |
|
Upacara |
|
Upacara |
|
Upacara |
|
Di pihak lelaki |
|
Upacara |
HARI PERKHAWINAN
Pada hari perkhawinan, pengantin laki akan diapait adik atau abang pengantin
perempuan dan sebaliknya.Pengantin laki akan dibawa keluar dulu dan akan
ada beberapa upacara termasuk inai ke 3..Selepas itu pengantin laki akan
dibawa kedalam untuk membuat salianan pakaian kawin dan pengantin
perempuan akan dibawa keluar.Pada masa ini pengantin perempuan akan pakai
sari tunangnya.Upacara sama dilakukan dan setelah itu akan dibawa
kedalam untuk mmbuat salinan sari kawin.
Selepas itu pengantin
laki akan dibawa keluar dengan pakaian kawin.Pengantin laki akan
dipakaikan cincin kaki oleh pengapitnya.Kaki akan diletak atas batu
giling..selepas kedua-dua jari sebelah ibu jari kaki dipasang
cincin.Penganttin laki akan sarungkan cincin pada jari pengapit sebagai
tanda terima kasih..Selepas itu pengantin laki akan naik ke pelamin dan
melakukan upacara membasuh kaki ibu dan ayah dengan air,susu tanda meminta
ampun dari mereka sebelum memulakan hidup baru.Selepas itu pengantin perempuan
akan dibawa ke pelamin dan akan basuh kaki mak dan ayah sebagai meminta
ampun pada ibu bapa dan menandakan seleps ini segala dosa-dosanya akan
menjadi tanggungjawab suaminya.
Selepas itu sami akan membacakan ayat-ayat suci dalam bahasa sanskrit..Ibu bapa
kedua-diu pihak akan diminta duduk dan ditanyakan persetujuan sekali
lagi..Selepas itu THALI,rantai emas akan diletak pada kelapa dan bawah
kelapa itu ada beras kuning.Dulang yang mengandungi THALI dan beras kuning itu akan diminta restu daripada
hadirin.Thali ni ikut suku kaum jugak.Lain suku lain dia punya bentuk
dan lambang..Ianya dibeli pihak laki.Selepas itu,sami akan nikahkan
pengantin laki dan perempuan disakikan keluarga.hadirin.dewa dewi,malaikat.Selepas
nikahkan pengantin laki akaa ikat Thali itu pada leher perempuan dengan 3
simpul.Setiap simpul ada maksudnya tersendir.Hadirin yang ambil beras kuning semasa merestui Thali akan membaling
ke arah penganting ketika thali diikat sebagai tanda merestui mereka.Selepas
itu mereka akan memusing 3 kali pentas kawin.Selepas itu pengantin laki
akan memasang cincin kaki kepada pengantin perempuan pada jari kaki.
Selepas tamat majlis perkhawinan pengantin akan dibawa balik ke rumah lelaki untuk upacara minum susu dan makan
pisang sebagai adat.Selepas itu mereka akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk
tinggal selama 3 atau 5 hari di rumah perempuan.Selepas itu terpulang kepada pihak perempuan samaada hendak wat kenduri kawin atau tidak.Selepas 3 atau 5 hari,pihak laki akan datang untuk jemput anak meraka dan menantu untuk dibawa balik ke rumah mereka.Sebelum meninggalkan rumah,kedua-dua pengantin akan cabut kayu Y sebagai tanda tamatnya majlis.Kayu itu akan disimpan bagi upacara buai anak pertama meraka dimana buai akan diikat pada kayu itu dengan sari perkawinan mereka.Amalan ini dah tak diamalkan.
|
Upacara |
|
pengantin perempuan di sari tunang |
|
sarung cincin oleh pengapit |
|
pada sari kawin |
|
atas pelamin |
|
Basuh kaki ibu bapa |
|
Pernikahan |
|
Ikat THALI |
|
sarung cincin kaki |
|
makan pisang dan susu |
|
makan beradap |
Gambar diatas adalah gambar majlis kakak pemunya blog...
menarik! xpernah lagi saye tgok mjlis perkahwinan adat India. memang satu perkongsian yg menarik.
ReplyDeletethanks..t sy kawin dtg..real nyer...hehehhe
DeleteShare ya...nak jadikan video assignment adat istiadat perkahwinan kaum india.
DeleteTahniah..dan terima kasih. dapat juga akak buat tugasan adat perkahwinan kaum india. kak nak minta tolong, kalau ada videonya boleh upload tak...hehe..lebih lebih plak
ReplyDeleteVideo yg belum edit ada tak...nak jadikan 1 rakaman yg menarik...
ReplyDeletet inbox fb saya
ReplyDeleteterima kasih atas info n gambar yg dipaparkan.minta izin nak guna gambar n info ni utk siapkan tugasan perkahwinan kaum india.
ReplyDeletesaya pun sama juga nak minta izin tuan empunya blog untuk guna gambar n info dalam tugasan. sangat2 berterima kasih atas kesudian tuan empunya blog.:)
ReplyDeletepm fb sy
ReplyDeleteVideo yg belum edit ada tak...nak jadikan 1 rakaman yg menarik...
ReplyDeleteni semua nak siapkan tugasan epic ke? sama la kita..saya pun mencari bahan gak ni..20hb ni nak submit kan..info yang padat..minta share ye...
ReplyDeleteTerima Kasih atas info n gambar yg dipaparkan.
ReplyDeleteSaya nak minta izin nak guna gambar n info ni utk siapkan tugasan perkahwinan kaum india mengikut adat resam yang sebenar..
ok2 pm fb saya yer
DeleteBoleh saya minta izin untuk nengunakan semua informasi dan gambar untuk menjalan kan assignment saya tetang adat perkahwinan inda :)
ReplyDeleteMohon ambil sedikit maklumat ya..Terima kasih... banyak maklumat dan info berguna untuk saya buat assignment.. syabas atas penulisan yang baik..
ReplyDelete-yun-