TAJUK GERAK


widgets

Sunday 7 October 2012

Perkawinan India Tamil

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Apa nk update ek...tu la ku pikir..pas tu terpikir pasal seorang student IPTA kat Bangi inbox aku tanya tentang adat perkawinan masyarakat Hindu..so aku update jela kat blog aku ni..Ader la info bagi yang tak tahu...

MERISIK

Dalam masyarakat india terbahagi kepada banyak suku bangsa..Contohnya tamil,malayalam,telugu.dan lain2..Di Malaysia yang ramai adalah Tamil.OK sekarang ambil contoh masyarakat tamil.Pada mulanya adat merisik akan dimulakan.Biasanya merisik ni hanya dihadiri ahli keluarga yang terdekat sahaja.Pihak lelaki akan pergi kerimah pihak perempuan untuk merisik.
Pihak lelaki akan bawa 1 @ 3 @5 biasanya 1 atau 3 dulang berisi sirih,pinang,buah-buahan ke rumah perempuan.Dalam majlis merisik mereka akan mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dan mereka akan membincangkan tarikh pertunangan.Apabila semua setuju maka tarikh pertunangan akan dicadangkan dan memilih tarikh yang sesuai.Biasanya mereka akan merujuk kepada sami di kuil...kalau dulu-dulu.mereka akan tengok bintang serasi antara pengantin perempuan dan lelaki..kalau ok baru mereka akan dikawinkan..Tetapi pada zaman sekarang ia dah  kurang mengamalkan amalan tu kerana ramai yang bercinta dan kurang percaya akan serasi bintang itu.

PERTUNANGAN

Pertunangan pula pihak lelaki akan mengalami perbelanjaan yang besar..Biasanya pertungangan akan dibuat di rumah pengantin perempuan atau kuil atau tmpat mengikut kehendak pihak pengantin perempuan.Dalam pertunangan,pihak lelaki akan membawa hantaran dalam dulang..biasanya mengikut bilangan ganjil seperti 1,3,5,7 dan seterusnya..Tengao kemampuan..kalau orang kaya sampai 21 dulang pon ada..Hantaran utama adalah Emas,sari tunang,bunga kalung,set kosmetik dan lain lain lagi..Yang penting kelapa,buah sirih pinang.lagi barang-barang lain seperti gula-gula,kek,dan lain-lain lagi.Emas pula tengok kemampuan pihak lelaki...pihak perempuan akan beli 1 cincin sahaja untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.Rombongan pengantin lelaki akan pergi ke rumah perempuan dengan membawa dulang-dulang hantaran.Selepas itu, mereka akan susun dan upacara akan dimukalan..Upacara biasanya dijalankan oleh sami.Jika sami tiada pon boleh..Lepas itu, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan  akan duduk bertentangan.Selepas itu bacaan pertunagan akan dibaca...Selepas itu,adik laki atau abang kepada mak pengantin perempuan akan mengambil hantaran iaitu sari,emas,kosmetik dan menunjukkan pada orang yang hadir.Ia bagi memberitahu hantaran pihak laki kepada perempuan kepada hadirin.Selepas itu, pengantin perempuan dibawa keluar dan akan mendapatkan restu kepada para hadirin iaitu menunduk kebawah.Selepas itu,set dulang sari,emas akan dberi kepada pengapit untuk dipakaikan kepada pengantin perempuan.Biasanya pengapit perempuan adalah adik atau kakak pengantin lelaki.

Selepas buat salinan denagn pakai sari tunang dan emas,pengantin perempuan akan dibawa semula keluar iaitu ke tempat pertunangan itu untuk mendapatkan persetujuan..Selepas itu pengantin lelakii pun dibawa masuk..Mereka akan ditanya persetujuan dan mereka akan menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangana..selepas itu,mereka akan mendapatkan restu dari ibu bapa.saudara mara.Selesai itu,majlis makan akan diadakan.Biasanya akan disajikan makanan vegiterian. 

Rombongan pengantin lelaki dengan hantaran

Hantaran disusun

Hantaran utama,emas,sari

Pengantin perempuan

Persetujuan ibu bapa

Pengantin dengan sari tunang

Tukar cincin

Minta Restu

pengantin

Jamuan makan


MAJLIS INAI (MUGURTAKAL)

Sebelum majlis kawin,majlis inai akan diadakan di kedua-dua pihak.Masa ini pengantin tidak dibenarkan keluar rumah..Upacaranya sama..kadang-kadang ada yang panggil sami kadang-kadang tidak.Terpulang pada keluraga masing-masing.Hari pertama inai,,pengantin akan dibawa dengan pakai sari dan pengantin laki pakai dhoti.Sebuah kayu yang atasnya bentuk Y akan dibuang kulit..Golongan perempuan yang masih bersuami akan membasuh kayu berkenaan dan menyapukan kunyit,kum kum,abu suci.Pada kayu bentuk Y tu mereka ada ikat daun mangga dan lain-lain dan 1 bungkusan biji bijian yang dibungkus dengan kain kuning..Setelah itu kayu itu ditanam dalam 1 kali dan sejeliling kayu itu meraka akan taburkan bijirn seperti kacang hijau dan lain2 lagi.Sebuah pelita akan dinyalakan di sebelah kayu itu.Kayu itu menandakan adanya majlis perkahwinan di rumah 2.Sepas itu ada upacara terhadap pengantin..Meraka akan memusingkan batu giling,beras dan sirih,pelita dan beberapa peralatan sebagai adat.Setelah itu maka barulah khemah akan dinaikan..Khemah utama adalah akan dibuat dari rumah ke kayu Y tadi..Biasanya dalam 2 atau 3 meter...kayu Y akan menjadi 1 tiang bagi khemah itu..Khemah tu dipanggil PHATTCAL PANDHAL,yang diperbuat daripada buluh dan daun kelapa..maksudnya khemah hijau.Selepas itu lah khemah-khemah lain dinaikan.Hari kedua upacara inai sama dijalankan,dengan pusing batu giling dan lain-lain lagi cuma kayu kuning tiada.Malam inai pertama,penagntin akan dipakaikan inai pada kaki dan tangan.Adat ini adalah adat asal kaum india.

Kayu kuning

Kayu ditanam

Atas kayu

Upacara

Upacara

Upacara

Upacara

Upacara

Upacara

Di pihak lelaki

Upacara
 

HARI PERKHAWINAN

Pada hari perkhawinan, pengantin laki akan diapait adik atau abang pengantin perempuan dan sebaliknya.Pengantin laki akan dibawa keluar dulu dan akan ada beberapa upacara termasuk inai ke 3..Selepas itu pengantin laki akan dibawa kedalam untuk membuat salianan pakaian kawin dan pengantin perempuan akan dibawa keluar.Pada masa ini pengantin perempuan akan pakai sari tunangnya.Upacara sama dilakukan dan setelah itu akan dibawa kedalam untuk mmbuat salinan sari kawin.
Selepas itu pengantin laki akan dibawa keluar dengan pakaian kawin.Pengantin laki akan dipakaikan cincin kaki oleh pengapitnya.Kaki akan diletak atas batu giling..selepas kedua-dua jari sebelah ibu jari kaki dipasang cincin.Penganttin laki akan sarungkan cincin pada jari pengapit sebagai tanda terima kasih..Selepas itu pengantin laki akan naik ke pelamin dan melakukan upacara membasuh kaki ibu dan ayah dengan air,susu tanda meminta ampun dari mereka sebelum memulakan hidup baru.Selepas itu pengantin perempuan akan dibawa ke pelamin dan akan basuh kaki mak dan ayah sebagai meminta ampun pada ibu bapa dan menandakan seleps ini segala dosa-dosanya akan menjadi tanggungjawab suaminya.

Selepas itu sami akan membacakan ayat-ayat suci dalam bahasa sanskrit..Ibu bapa kedua-diu pihak akan diminta duduk dan ditanyakan persetujuan sekali lagi..Selepas itu THALI,rantai emas akan diletak pada kelapa dan bawah kelapa itu ada beras kuning.Dulang yang mengandungi THALI dan beras kuning itu akan diminta restu daripada hadirin.Thali ni ikut suku kaum jugak.Lain suku lain dia punya bentuk dan lambang..Ianya dibeli pihak laki.Selepas itu,sami akan nikahkan pengantin laki dan perempuan disakikan keluarga.hadirin.dewa dewi,malaikat.Selepas nikahkan pengantin laki akaa ikat Thali itu pada leher perempuan dengan 3 simpul.Setiap simpul ada maksudnya tersendir.Hadirin yang ambil beras kuning semasa merestui Thali akan membaling ke arah penganting ketika thali diikat sebagai tanda merestui mereka.Selepas itu mereka akan memusing 3 kali pentas kawin.Selepas itu pengantin laki akan memasang cincin kaki kepada pengantin perempuan pada jari kaki.

Selepas tamat majlis perkhawinan pengantin akan dibawa balik ke rumah lelaki untuk upacara minum susu dan makan pisang sebagai adat.Selepas itu mereka akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk tinggal selama 3 atau 5 hari di rumah perempuan.Selepas itu terpulang kepada pihak perempuan samaada hendak wat kenduri kawin atau tidak.Selepas 3 atau 5 hari,pihak laki akan datang untuk jemput anak meraka dan menantu untuk dibawa balik ke rumah mereka.Sebelum meninggalkan rumah,kedua-dua pengantin akan cabut kayu Y sebagai tanda tamatnya majlis.Kayu itu akan disimpan bagi upacara buai anak pertama meraka dimana buai akan diikat pada kayu itu dengan sari perkawinan mereka.Amalan ini dah tak diamalkan.

Upacara

pengantin perempuan di sari tunang

sarung cincin oleh pengapit

pada sari kawin

atas pelamin


Basuh kaki ibu bapa

Pernikahan

Ikat THALI

sarung cincin kaki

makan pisang dan susu

makan beradap

Gambar diatas adalah gambar majlis kakak pemunya blog...

15 comments:

  1. menarik! xpernah lagi saye tgok mjlis perkahwinan adat India. memang satu perkongsian yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..t sy kawin dtg..real nyer...hehehhe

      Delete
    2. Share ya...nak jadikan video assignment adat istiadat perkahwinan kaum india.

      Delete
  2. Tahniah..dan terima kasih. dapat juga akak buat tugasan adat perkahwinan kaum india. kak nak minta tolong, kalau ada videonya boleh upload tak...hehe..lebih lebih plak

    ReplyDelete
  3. Video yg belum edit ada tak...nak jadikan 1 rakaman yg menarik...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info n gambar yg dipaparkan.minta izin nak guna gambar n info ni utk siapkan tugasan perkahwinan kaum india.

    ReplyDelete
  5. saya pun sama juga nak minta izin tuan empunya blog untuk guna gambar n info dalam tugasan. sangat2 berterima kasih atas kesudian tuan empunya blog.:)

    ReplyDelete
  6. Video yg belum edit ada tak...nak jadikan 1 rakaman yg menarik...

    ReplyDelete
  7. ni semua nak siapkan tugasan epic ke? sama la kita..saya pun mencari bahan gak ni..20hb ni nak submit kan..info yang padat..minta share ye...

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih atas info n gambar yg dipaparkan.
    Saya nak minta izin nak guna gambar n info ni utk siapkan tugasan perkahwinan kaum india mengikut adat resam yang sebenar..


    ReplyDelete
  9. Boleh saya minta izin untuk nengunakan semua informasi dan gambar untuk menjalan kan assignment saya tetang adat perkahwinan inda :)

    ReplyDelete
  10. Mohon ambil sedikit maklumat ya..Terima kasih... banyak maklumat dan info berguna untuk saya buat assignment.. syabas atas penulisan yang baik..
    -yun-

    ReplyDelete