TAJUK GERAK


widgets

Tuesday, 31 July 2012

My Results 4 2nd year

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini hari yang agak penting bagi aku.Hari yang aku tunggu-tunggu.Hari ni result PJJ USM keluar.Bagi aku yang tahun ke 2,telah pon dapat mengikut apa yang aku usaha.Tapi naik lah pointer dari tahun lepas.Tapi tak pon cecah target aku 3.0.Tapi aku bangga la apa yang aku usaha aku dapat hasilnya.Tahun ni aku amik 10 subjek..may be terlampau berat kot.Nak tahu keputusan aku lihat kat bawah nie....Aku tak malu nak publish keputusan aku sebab ni adalah sebuah kejayaan aku...


Harap-harap tahun depan aku dapat kekal atau naikan pointer aku untuk keputusan yang lebih cemerlang.Walauapapun aku bangga menjadi pelajar USM kerana salah satu Universiti yang mendapat status APEC..dan memang cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran di USM,kerana dissinilah akak aku belajar dulu dan menjadi seorang pendidik.Thanks USM...

Monday, 30 July 2012

Olimpik 2012

Salam sejahtera semua..Olimpik 2012 yang berlangsung di London dibuka dengan begitu gemilang dan meriah sekali.Pembukaannya cukup menarik dengan pelbagai persembahan,bunga api dan lain-lain.Kontijen Malaysia juga kelihatan semasa acara masuk padang.Olimpik tahun nie bermula 27 Julai 2012.Time pose kan.huhuhu..nak wat macam mana..dah tu tarikh pihak penganjur.Setakat ni,China sudah pon mendahului kedudukan pingat.Wah hebat jugak mereka.Kemana hilangnya kuasa barat ek yang kaya dengan senjata dan teknologi...huhuhu


Namun,nama Malaysia belum lagi tercatat dalam list diatas.Harap-harap atlit kita dapat membuatkan lagu negaraku dimainkan di stadium Olimpik nanti.Malaysia boleh..

Wednesday, 25 July 2012

Bonus 1/2 gaji

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Syukur kerana kerajaan bersetuju memberi bonus sebanyak 1/2 gaji pokok kepada semua penjawat awam sempena hari raya ni.Selain penjawat awam,bayaran khas kepada pesara kerajaan juga diberi sebanyak RM 500.Oleh tu gunakanlah duit 2 secara berhemah dalam menguruskan perbelanjaan hari raya nanti.


Terima kasih PM..nak beli apa ek...jum bajet dulu sebelum beli..

Takdir atau Nasib?

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia.Apa yang anda tahu tentang negara SUDAN.pastinnya kemiskinan,kebuluran,kematian,kesihatan dan lain-lain lagi.Apa yang mampu kita lakukan selain menghulurkan bantuan.



Gambar diatas ini ialah gambar yang menggemparkan seluruh dunia. Kerana jurugambar ini,Kevin Carter memberitahu bahawa ketika dia melihat situasi yang mana seekor burung hering sedang menantikan makanannya( Ya betul..seorang budak yang lemah kelaparan) dan semestinya yang paling mengejutkan beliau hanya menanti budak ini mati selain dari membantu kanak-kanak malang ini. Mendapat anugerah Pulitzer Prize(anugerah dalam bidang foto). Namun yang mengejutkan, pada 27 Julai 1994 Carter membunuh diri kerana tekanan yang diberikan kerana mementingkan kerjaya dari kemanusiaan. Gambar ini diberi nama Vulture Stalking a Child – Hering yang menanti budak.
Gambar ini juga pernah menjadi topik tugasan aku semasa membuat PJJ di USM,bagi matapelajaran Psikologi.Apa yang kita boleh membuat kesimpulan dengan gambar diatas.3 poin utama iaitu burung,kanak-kanak itu dan jurugambar.agak susah jugak untuk membuat sebarang kesimpulan.
Cuba bandingkan antara yang mampu dengan yang tak mampu
Sepatutnya kita perlu berasa syukur dengan apa yang ada.cuba bayangkan mereka disana.Jika kita alami nasib yang sama,bagaimana pula kita..membawa keinsafan..Semoga dunia baru timbul bagi mereka.

Tuesday, 24 July 2012

Wujudkah si Duyung?

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Wujudkah duyung?itulah persoalan yang bermain di fikiran manusia zaman sekarang kerana kita tidak pernah melihatnya.Namun sejak kecil lagi macam-macan citer aku dengar pasal ikan duyung nie.Masa kecik2 dulu aku pon percaya la..tapi sekarang?....menjadi persoalan.Tapi pelik sekiranya ia tidak wujud,bagaimana orang boleh mengambarkan reka bentuk ikan duyung dimana separuh manusia dan separuh ikan...Adakah ia hanya rekaan semata-mata.Bagaimana dengan penemuan bangkai-bangkai ikan duyung ini.bagi aku mungkin benda ni pernah wujud pada zaman dulu-dulu..dari kewujudan ia menjadi lagenda dan menjadi mitos sebab peralihan zaman.Nak percaya pon susah tak percaya pon susah..hanya orang yang pernah melihatnya dan penciptaNya sahaja yang tahu..

Adakah ini hanya rekaan manusia...

Ikan duyung ini di temukan di pantai Balambangan di utara pulau Borneo /Sabah Sekitar akhir tahun 2009.

Ketika di temukan ikan duyung ini sudah dalam keadaan mati kering di pinggir pantai.





videonya di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=7KrYtYc3Dy8

Pertemuan bangkai duyung berhampiran laut hitam di bulgaria.

Masih tertanya-tanya di fikiran...apa pandangan anda..sila beri pandangan di ruangan komen..



Sunday, 22 July 2012

PERSAMAAN ISLAM DAN HINDU

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua.Apa kabar.Moga-moga semua sihat yer.Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog yang berpuasa.Urm entry kali ni mungkin sensitif sikit.Maklumlah pasal agama kan,Urm kalo ada apa kesalahan,atau membuatkan kamu rasa tak puas hati saya mintak maaf dulu ye.Ok entry kali ni aku nak citer pasal persamaan yang ada dalam agama Islam dan Hindu.

KONSEP TUHAN DALAM HINDU

Menurut orang Hindu awam, Tuhan boleh terdiri sebanyak 1, 10 ,100, 1000, atau mungkin sejuta. Tapi dalam kalangan Hindu yang terpelajar (umat Hindu yang mempelajari kitab suci & sejarah Hindu) akan mengatakan bahwa ajaran Hindu hanya percaya pada satu Tuhan.

Kitab Hindu terbahagi kepada 2 kategori besar, iaitu : Sruti dan Smiriti. Sruti ialah sesuatu yang diturunkan, yang didengar, yang dirasakan, dan yang dipahami. Inilah yang diakui oleh cendekiawan Hindu sebagai wahyu Tuhan dan derajatnya lebih tinggi dari kitab2x lain yang ada pada ketika itu. Sruti terbagi dua yaitu : Weda dan Upanishad.

Veda diambil dari kata sansekerta “ved” yg ertinya : pengetahuan. Jadi Weda ertinya : pengetahuan yg sangat mulia.
Veda dibahagi menjadi :
  • Rigveda –> inti weda
  • Yajurveda –> tentang mantra
  • Samaveda –> tentang melodi
  • Atharva veda –> formula magis

Ayat2x tentang Tuhan dalam kitab Hindu

Dalam kitab Upanishad :
  • Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 menyatakan bahawa Tuhan hanya ada satu.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 6 V. 9 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak punya ibu dan bapa, Dia tidak mempunyai tuan dan pelindung.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak ada sesuatupun yg menyerupai Dia
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat. Tidak ada orang yg mampu melihat dg mata.
Dalam kitab suci Hindu yang paling sering dibaca orang iaitu Bhagavad Gita :
  • Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 menyatakan bahawa Dia tidak dilahirkan, tak ada permulaan, Tuhan seru sekalian alam.
Dalam kitab utama Hindu, Veda :
  • Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah.
  •  Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
  • Yajurveda Ch. 40 V. 9 menyatakan bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yang menyembah benda/alam spt api, air, udara, telah masuk kedalam kegelapan
  • Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar
  • Pada Rigveda yang dianggap paling suci, pada Rigveda Bk. 1 Hymn 64. V. 46 dinyatakan : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dengan perbagai nama. Dalam Islam juga ada 99 nama untuk Tuhan yang satu.
  • Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dengan nama yang bermacam-macam
  • Pada Rigveda Bk. 2 Hymn 1 menyatakan bahawa ada 33 nama yang ditujukan kepada Tuhan, diantaranya : 
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya Choliq. Umat muslim tidak keberatan kalau Allah dipanggil dengan Khalik atau Creator, atau Brahama. Tapi kalau orang menyebutkan Brahama itu adalah Tuhan yg berkepala 4 dengan mahkota, umat muslim sangat tidak setuju.
    • Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 menyatakan tidak ada satu makhlukpun yg menyerupai Tuhan.
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) ertinya Sustainer (pemelihara alam), yg memberi rizki. Bahasa arabnya adalah “Rabb”. Orang muslim tidak keberatan Allah disebut Rabb, Vishnu, Sustainer, Cheriser. Yang jadi masalah adalah Vishnu adalah Tuhan yang punya 4 tangan, tiap tangan memegang cakra, tangan kirinya memegang rumah kerang, menaiki seekor burung garuda sambil bersandar pada gulungan ular. Umat muslim tidak boleh menerima itu.
  •  Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan
  • Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
  • Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”
  • Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yang kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali.


    KEHIDUPAN DAN KEMATIAN DALAM HINDU


    Umumnya umat Hindu percaya apa yang dinamakan “Samsara”, iaitu perputaran kelahiran & kematian berulang kali, yang dikenal dengan nama “Reinkarnasi”. iaitu orang yang sudah mati rohnya akan berpindah pada tubuh lain yang akan lahir kembali di dunia. Bila amalannya baik, maka ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang lebih baik, tapi bila amalannya buruk ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang buruk atau menjadi makhluk yang lebih rendah derajatnya. Begitulah terjadi berulang kali. Mereka mengatakan konsep Samsara inilah yang dapat menjawab mengapa ada orang yang lahir cacat dan miskin. Sebab untuk apa Tuhan menciptakan orang cacat dan orang miskin di dunia ini? Begitulah kepercayaan umum kebanyakan umat Hindu.
    Akan tetapi ternyata hal ini tidak terdapat dalam Weda. Yang disebutkan Weda hanya “Punarjanam” atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati. Para cendekiawan Hindu mengatakan bahawa tidak pernah ada konsep perpindahan roh / reinkarnasi dalam Weda.
  • Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 – 5 berbicara mengenai kehidupan sesudah mati, bukan perputaran hidup-mati.
  • Dalam Weda juga terdapat konsep surga dan neraka yang mirip dengan konsep dalam Islam. Surga digambarkan sebagai tempat yang sangat indah, banyak mengalir sungai susu, buah2xan bermacam-macam, tempatnya indah, dan lain-lain. Neraka juga digambarkan mirip dengan konsep dalam Islam, dimana neraka digambarkan dengan gambaran api, dimana di neraka orang akan mengalami penderitaan.
MINUMAN KERAS DALAM HINDU

Minuman keras dilarang dalam kitab2x Hindu :
  •  Manusmriti Ch. 9 V. 235, Manusmriti Ch. 11 V. 55, Rigveda Bk. 8 Hymn 2 V. 12, dan banyak lagi bagian yang lain
  • Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3
  • Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13
  • Hal2x yang berhubungan dengan meramal adalah dosa, mis : Manusmriti Ch. 9 V. 258
 POLIGAMI DALAM HINDU

  • Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama mempunyai 4 isteri
  • Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 istri
  • Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai isteri berapapun yang mereka mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang2x perkawinan pada tahun 1956 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
JIHAD DALAM HINDU

  • Hindu juga mempunyai konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang/berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 50 ketika Krisna menyuruh Arjuna untuk berjihad, “Berjihadlah engkau demi memperoleh “Yoga” (syahid). Jihad itu demi kebaikan kamu, Jihadlah!
  • Kalau di Al-Qur’an terdapat kisah2x tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yg berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
  • Bhagavat Gita –> adalah berisi nasihat Sri Krisna kepada Arjuna di medan pertempuran
  • Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 –> Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa)
  • Bhagavat GitaCh. 2 : 2 –> Krisna berkata, “Oh Arjuna kenapa pikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk surga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu.”
  • Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 –> Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk surga, mereka tidak.
RUKUN DALAM HINDU DAN ISLAM

  • Syahadat –> kesaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah (konsep Tuhan yang Esa) dan Muhammad adalah utusan Allah. Di atas sudah dibuktikan bahawa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan bagi Islam
  • Sholat –> kegiatan utama dlm sholat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut “Shastang” yg ertinya menyembah dengan 8 anggota badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dg 8 anggota badan, yaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam sholat.
  • Zakat –> Rigveda Bk. 10 Hymn 117 ayat 5 menjelaskan tentang berderma.
  • Puasa –> Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 6 ayat 24 menyebutkan tentang puasa
  • Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang “Ilaspad” yg artinya adalah juga baitullah. Dan juga dikatakan berada ditengah2x dunia “prathvi”. Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah dunia pada daerah garis Katulistiwa. Hal yg sama Juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1

PERSOALAN

Kalau ternyata banyak ajaran yang sama antara Hindu dan Islam, apakah itu bererti bahawa umat Hindu juga boleh disebut Ahlul Kitab? 

 Jawaban ini mungkin boleh mewakili : “Dalam pandangan Islam, mungkin saja kitab Hindu adalah dari Tuhan dan tokoh2xnya adalah nabi utusan Tuhan. Tapi andaikata itu benar, itu hanya untuk masa lalu, setelah nabi Muhammad datang dengan ajarannya, itulah yang harus diikuti..”. Dalam ajaran Islam jelas menyatakan bahawa pada masa sebelum Al-Qur’an dan nabi Muhammad, sudah terdapat ajaran dan kitab2x suci dari Tuhan, tetapi setelah nabi Muhammad dan Al-Qur’an muncul, itulah versi terakhir dan terlengkap untuk menyempurnakan semua ajaran2x Tuhan yang telah diturunkan sebelumnya.

KESIMPULAN

Banyak persamaan yang terdapat dalam agama Hindu.Cuma ia telah ditelan zaman dan masyarakat kini sudah lupa mengikutinya.Bukan agama hindu sahaja malah agama lain juga sudah mula kurang diikuti penganut-penganutnya seperti yang perlu diamalakan.

Sekali lagi saya minta maaf jika ada pihak yang tersinggung perasaan dengan entry ini..

Rujukan:http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/10/14/hindu-dan-islam-ternyata-punya-kesamaan/


Friday, 20 July 2012

Hadirnya Ramadhan

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Hai semua...apa kabar..sihat tak..Pasti sihat kan sebab nak start puasa.Urm...esok 21 Julai 2012 bermulalah 1 bulan mulia bagi penganut agama Islam.Ramadhan...bulan yang mulia...tak sangka cepat sangat hadirnya bulan nie.rasanya baru je puasa da datang lik.Walaupun aku tak puasa tak puasa,tapi Nampak macam laju sagt.hehehehhe....Dulu masa aku kat JB ada gak puasa..sebab malas masak..dok bujang..Tapi sekarang ni banyak naw godaan.X mampu den...Tapi dari pengalaman aku berpuasa,memang seronok lebih-lebih lagi time buke..perh! lagi dekat nak buka lagi terasa lak...Memang mencabar gak..Kepada yang beragama islam,saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa.Setahun sekali je,30 hari je...aku akan try berpuasa tahun ni..tgk larat ke tak....




Tuesday, 17 July 2012

Result tak rasmi

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia 

Helow semua.,.apa kabar...hari nie,dah pon keluar keputusan exam final PJJ USM tahun ke 2 aku.Keputusan nie adalah keputusan tak rasmi,Keputusan rasmi 31 Julai baru diumumkan.Exam ni bermula pada 4 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012.Exam final 60%,Mid year 20% dan tugasan 20%.Tahun ni aku amik 10 subjek....dan ni la hasil usaha aku selama setahun nie.. 



Keputusan rasmi beserta poin akan diketahui 31 Julai nie...tak sabar lak..Arap-arap lebih dari tahun lepas...



Thursday, 12 July 2012

KarYa Aku

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Halow semua.harap-harap semua sihat yer.Baru-baru ni aku leh lak jadi kaki novel.Aku pon tak tau kenapa dan macam mana aku leh jadi kaki novel ni..Dulu masa zaman sekolah aku selalu tengok budak-budak perempuan ni asyik dok baca novel kat kelas.Tebal pulak tu.Ngeri lak aku tengok die orang baca.

So baru.baru ni,aku dapat baucer buku.So aku pon try la beli novel.Antara novel yang aku beli lagenda budak setan,katerina,untuk tiga hari,jodoh kau dan aku.Lepas aku baca novel-novel ni,macam bes lak nak baca novel.Macam da gian lak.Pas habis baca novel ni aku beli lak novel kasyah dan andai itu takdirnya.Serius,novel andai itu takdirnya berjaya menitiskan air mata aku.Walaupun laki,aku pon ader perasaan gak kan...So daripada pengalaman-pengalaman tak seberapa ini,aku da macam minat karang 1 cerpen sendiri.Ala saja-saja je.guna ayat,ayat kampung.

So sekarang aku da start karang sebuah cerpen.Urm tak setiap hari aku tulis.Bila ada mood abru aku tulis.X de mood x tulis kang cite tah kemana lak...setakat ini baru 4 page A4.aku juga ada rujuk seorang penulis novel.Iaitu penulis novel jodoh kau dan aku.Dia pun ada tunjuk ajar kat aku.

So aku arap,aku berjaya merialisasikan mencipta sebuah cerpen sendir untuk koleksi aku bukannya dipasarkan.Minat aku dari sekolah dalam karangan akan aku teruskan dalam penulisan cerpen ini.Setelah selesai cerpen aku,aku akan update dalam blog aku part by part.Kadang-kadang ada gak aku letak sikit ayat-ayat cerpen aku kat facebook aku..so nantikan dan doakan kejayaan aku yer.


Sunday, 8 July 2012

P3rtaNdinGaN KoiR

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Helow semue..pe kabar..arap2 semuanya sihat yew...7 julai lepas team koir aku telah join pertandinga koir.Pertandingan ini dianjurkan oleh MBSB iaitu sebuah syarikat koperasi kewangan.Pertandiangan ni diadakan di Dataran Pahlawan.Team aku dari Jabatan Imigresen.Pasukan lain yang turut sertai ialah PERZIM,SMK Bukit Baru,dan SMK Tinggi Perempuan Melaka.Agak terkejut juga kerana ingatkan antara jabatan-jabatan kerajaan tapi sekolah pon join.Yg seramnya seklolah yang join tu sekolah yang mewakili negeri Melaka.Mereka memang ada persatuan muzik sendiri dan guru yang terlatih.Yang kami ni 1 hari je latihan sebab surat lambat sampai.Tapi kami join pon sebab nak enjoy2 jer

Tepat pukul 3 pertandinagn bermula.Team aku no 2 kena wat persembahan.Lagu pilihan kami adalah lagu Nyalakan tekad dan lagu 1 Malaysia.Selepas 4 pasukan membuat persembahan,keputusan diumumkan.

1) SMK BUKIT BARU...RM 1000,TROFI,SIJIL
2) SMK TINGGI PEREMPUAN...RM 700,TROFI,SIJIL
3) PERZIM...RM 500,TROFI,SIJIL
4)JIM...BAUCER

Apa-apa pun bangga kami terlibat walaupun last minit dapat surat.Ada gak beberapa agensi yang tarik diri kerana tak sempat...

Memang enjoy.....


Wednesday, 4 July 2012

PriHatiN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helow semue...apa kabar...lama x update...maklumlah sibuk sikit...Hari nie aku nak kongsi pengalaman aku bersama kengkawan aku membantu NGO mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.Program nie diadakan pada 30 Jun 2012 jam 11 malam hinggi 3 pagi.Program nie diadakan seorang berbangsa asing bernama Peter.So kami just tolong beliau untuk mengedarkan makanan kepada gelendangan.Kawasan yang kami pergi adalah Kota Raya,masjid Negara,Masjid India dan beberapa kawasan lain.Team aku (Kelab Belia Hebat) seramai 20 orang telah menyertai program ini..

Kehadiran kami amat menggembirakan folongan gelendangan ini.mereka begitu gembira apabila kami memberi nasi,roti dan air.Ada yang terus buka dan makan.Amat sedih lihat mereka makan seperti berada dalam keadaan kelaparan yang begitu amat.Terpancar kegembiraan mereka diraut wajah masing-masing..

Kediamana mereka hanyalah di kaki lima deretan kedai,kawasan lapang,tepi jalan,dan bawah jambatan.Amat sedih melihat nasib mereka.Yang sedih sekali ada baby berusia 6 bulan berasam ibunya di bayah jambatan..pilu hati melihat keadaan..En Peter akan datang semuala pada keesokan harinya untuk menghantar ibu dan baby itu ke pusat kebajikan.Mereka menjadi seperti ini sebab banyak faktor.Antaranya diusir anak-anak,datang ke KL cari kerja tapi gaji x cukup untuk sewa rumah,dan lain-lain lagi...
TEPI KAKI LIMA


DERETAN KEDAI
KEADAAN MEREKA


Selepas pengedaran makanan selesai.kami pun bersurai pulang...

Kita disini senang dengan apa yang ada..tapi diluar sana masih ramai yang memerlukan bantuan daripada kita...ringan-ringankanlah beban mereka setakat kita mampu...



Monday, 25 June 2012

CARA POTONG IKAN PARANG YANG BERKESAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helo semue...hari nie aku nak kongsi sikit cara nak potong ikan parang ni supaya senang nak makan.Ramai yang tak suke makan ikan parang nie sebab tulang die yang banyak..Sebenarnya ada cara tersendiri untuk potong haiwan nie agar mudah untuk dimakan tanpa gangian tulang yang serabut...Care ni adalah asal dari negara India,dan dibawa oleh mendiang nenek aku...so die turunkan ilmu yu kat ayah aku...Kalo pergi sesetengah pasar mereka tau kalau kita ckp "Potong India"...Okey meh aku terangkan...


Okey..mula2 mcm biasala buang sisik,usus,perut ikan...langkah ke 2,potong ikan 2 dari titik D ke C ke B ke A..mesti ikut dr arah D...Antara titik B dan C adalah laluan tengah tulang utama ikan..so potongan mesti kene kat tulang ikan tu.Langkah 3,potong ikan kecil-kecil dari titik B ke E dan seterusnya mengikut garisab yang ada..Garisan 2 adalah selari dengan tulang halus ikan tu..So tulang tu senang untuk diasingkan masa makan

Okey tu la caranya..Cuba dulu..Selamat Mencuba....


Friday, 22 June 2012

TAMATNYA FINAL EXAM PJJ USM 2011.2012 TAHUN KE 2

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 



Hai kawan-kawan..21 jun merupakan hari terakhir aku amik exam final bagi 
tahun ke2 di PJJ USM..Exam aku start 4 jun..so dalam tempaoh 2,kenelah tumpu pada pelajaran..sebab 2 la masa yang ada tok study...

Aku amik kos pengurusan..ni merupakan tahun ke dua aku..mula-mula aku 
rasa nak stop je study ni sebab x wat apa-apa persiapan nak exam...tapi 
dengan semangat yang diberikan kawan-kawan aku tempuh juga lah..Exam 
final ni aku amik kat Open Universiti Melaka..just tumpang exam...subjek 
yang aku amik tahun ni sebanyak 10 subjek...hahahha dasyat x...heheh..nak 
bawak toyol pon x le..ketat sangat lak...nak pi toilet sorang2 lak...hanpon xle 
ada dalam poket..kene letak dalam beg..so mcm ne nak bertoyol..hehehe...dah besar2 pon nak bertoyol ek..hihihihi..emergency...

Macam-macam kerenah masa exam ni..yer la ada yang x tau basic..nasib baik 
ader tips2 yang membantu...yang paling seram subjek bisnes comunication..rasenye kene repeat kot,,,hahahha..memang susah sangat....apa-apa pun aku da try kemampuan aku..21 jun aku merdeka tok 
tahun ke due...so cuti panjang sehingga tahun ke 3 ditempuhi...




keNew BanG bANg BooM

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helow semue,,,pe kabar..sory lama x update sebb sibuk dengan exam final...korang sihat x..okey hari nie aku nak citer pasal kene bang bang boom...Bukan aku yang kene tp aku yang mengenekan orang...sasaran aderlah famili aku..bukan famili kandung tp famili baru yang aku jumpa dan kenal masa himpunan jutaan belia kat Putrajaya..saper lagi member2 sukarelawan la..pelik ke aku cakap famili..tapi aku dah anggap die org famili aku sebabnye mereka nie memang baik,awesome yang penting susah senang sama-sama hadapi...

Okey..citer die bermule mcm ni..pas aku lik dari karnival futsal di Klang pada 11 Jun,aku update kat status wall group kami (kelab belia hebat) yang aku akan keluar dari group 2.Group ni ditubuhkan selepas kami jumpa kat Putrajaya..Pas aku tulis status macam 2,ramai member yang kol kau,sms aku tanya kenapa...aku pon cakapla yang ada budak x suka aku kat group ni..die orang tanya sapa...so aku cakap aku akan pendedahan pada 21 Jun..ada 11 hari la..Ader yang x sabar,kecek-kecek aku..jawapan yang akua bagi 21 Jun....Ader yang x puas hati pasal budak yang x wujud 2..hahaha..ye la sebab sayang kat aku la..

Selepas 11 hari menunggu,seperti yang dijanjikan,21 Jun jam 9 malam aku dedahkan segalanya..nak tau apa..nah tengok nie......



Okey,,pas 2 macam2 die orang komen kat wall facebook aku..antaranya

1) weh ko pilih selipar mana yang ko nak
2) ko siap kalo jumpa t aku ikat ko kat jambatan putrajaya
3) aku rase aku nak terajang ko 30 kali le x
4) jeyaaaaa geramnya aku...aku tergelak sorang-sorang
5) ader yang merajuk sebab x bg tau die yang aku wat bang bang    boom
   dan macam-macam lagi

Tapi dari ni aku dapat tau macam mana mereka sayang kat aku..x nak aku keluar dari group tu..x nk aku putus kawan dengan mereka..hebat sangat ke aku....aku sayang sangat-sangat korang

KEPADA RAKAN YANG TERKENA BBB SILA LA KOMEN PERASAAN ANDA DI RUANGAN KOMEN NI....


Wednesday, 20 June 2012

KeNangAn KurSus InDukSi ImiGreSen Di Aimm

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Helow semue..pe kabar..sory sbb lame x update
sibuk dengan exam final pjj USM thn ke 2
Okey hari ni aku nak share sikit pasal kisah2 semasa aku dalam kursus induksi umum dan khusus pegawai imigresen di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dikson selama 3 bulan bermula 4 Mac 2007 hingga 31 Mei 2007

Ok pada 4 Mac aku kene lapor diri di Aimm.Aku dan kawan2 gerak ke Aimm naik bas dr opis Kompleks Sultan Abu Bakar,Johor.Sampai Di Aimm lebih kurang jam 3 ptg.(masih ingat lagi)So pas sampai plan nak amik 1 bilik dgn member2 tp die org da setkan bilik...Dulu  Aimm ni hotel Nuri,so Imigresen da beli dan jadikan sebagai pusat latihan.Dalam 1 bilik 4 orang..perfect,ada TV,Air cond,heater,,huhu bes kan....

KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR DR KUARTES AKU


AIMM 


Hari ke 2,pg kami berkumpul di padang kawad untuk aktiviti pertama.Kami diberi gula2 yang bercampur.so amik 1 je mana pon x kisah..ingat tok cuci mulut dalm bas..ok pas 2 kami menjalani sesi latihan dalam kumpulan LDK di Dusun Eco Resort diPahang...sampai je kat sana,masuk bili n siap2 untuk berkumpul..Ok kami diberi group ikut gula2 yang kami ada..so kena cr member yg ada gula2 dalam tempot 5 minit..mcm ner nk cr dah lah 298 pegawai kursus,,,so akhirnya berjaya..dan kumpulan aku kami namakan kumpulan Parang...

Aktiviti LDK
 Buat Bendera,misi,visi,lagu,logo group
jungle tracking
naik jambatan gantung tutup mata
fly over (group aku x dpt sbb x cukup masa)
balut telur gune straw

Kat sana air memang sejuk giler..air bukit..kalo pagi2 kim salam lah nak mandi..just mandi P.Ramlee...Bayangkan kepala paip leh ada wap mcm letak air kat gelas...huhu..Tp makan 1st class
Kat sana aku dan 7 org lagi kene denda..sebab ada budak bilik aku 2 masuk bilik x gune kunci..x tau mcm ne die buka..so semua kene la sbb die x ngaku..denda die berdiri dari pkl 12 mlm sampai 4 pg...Tp kenelah hadapi dgn tabah,,sbb 2 yang namakan kerjasama..Ada sekali tu kene rendam dalam kolam beramai2..kene selam lak 2..sapa x selam kene baling dengan batu...apa lagi selam la..tutup hidung kuat2...

Last day kat sana ada kejutan..Fesi kata 3 org kene singkir kerana x lepas syarat LDK..so 3 org 2 pon kedepan..menangis die org..las2 kene bang bang boom sebab hari 2 merupakan hari lahir mereka..so mereka disambut..mlm 2 diakhiri dgn salam menyalam dgn fesi kami

Lepas 2 lik semula ke Aimm..maka bermula lah segala detik2 bahagia,cemas dan happy di Aimm..ok la aku ringkaskan je k..nak citer panjang takut korang bosan..

1) Jam 8-4 ada kelas setiap hari Isnin-Jumaat..ni la time ngantok..apa lg membuta la dlm dewan..ada penceramah ok..die x kisah..ada la siap bg KAD JEMPUTAN ke padang kawad untuk kawan pkl 1ptg sampai 2.20 ptg..time rehat,,sapa nak panas2...

2) Aktiviti lain..sabtu dan ahad 8 pg sampai 1 ptg tekwondo..perg time 2 la ramai yang jadi OKU..huhuhu..panas beb..kalo ujan pon kene gak buat dalam dewan..x de excuse..ptg dlm jadual mmg free tp ader je program...Hari isnin,rabu,jumaat dr pkl 5-6.40 kawad..2 la yg paling bes dan paling sekse...sowang salah semue kene..Tp las2 aku masuk kawad hantu..nak tau apa 2 kawad hantu..g tgk kat you tube. http://www.youtube.com/watch?v=b-TEgGTJGnc .kawad hantu jabatan imigresen..2 kawad yang aku ada...tp 2 realsel nyer la...lain ader kawad senjata,tempur tanpa senjata,kawad biasa...Selasa dan khamis ptg lak riadah...Setiap pagi ader pt pagi..so kene bgn pkl 5 lebih..Yg islam sembahyang,pas 2 joging 2.4...pumping la..mcm2..tp enjoy..Mlm pkl 8 start kelas semula..kdg2 sampai pkl 12 ader je aktiviti mengejut mcm roll call..mcm2 la...

3) ader lawatan sambil belajar ke KLIA dan pelabuhan Klang..danlawatan sambil belajar ke utara,selatan,dan timur..aku dapat utara..

4) Histeria beramai2..huhu malam 2 memang kat 40 org kene histeria..tp aku nak tergelak je tgk die org..ye la 1st time tgk org histeria...sampai pkl 3 pagi..bawak dewan kene,bawak surau kene..huhu..Tp yg lawak masa dlm surau ader dak ppuan 2 histeri..diam2 sekali bgn terus tumbuk membe aku..huhuhu...

5) karnival sukan selama 2 hari.mcm2 aktiviti ader..group aku paltun 3 empire red..hehhehe...pas 2 ader malam deligasi bersama kedutaan luar,,Khidmat masyarakat dan lain2 lagi...

Selam 3 bulan mcm2 yang aku dapat rasa..kene tekan dgn kak leha(penghuni misteri)mase member2 dok tido surau sbb ada qumulai...so aku tido sorang kene hempap..pas selamat kan diri aku lari g bilik sebelah tido..membe tgk muke aku die pon takut..x tau napa..Pas 2 kene kawad 1 jam 30 min tanpa henti sebab membe wat hal..tido terlajak..mau pening kepala ..jurulatih suh pusing kiri,pusing kanan sampai ada dah x tau nk pusing mana...

Okey last day kami ada latihan tamat perbarisan..masa 2 Ketua pengarah datang dan puji kawad hantu sebab die kata mmg cantik sgt2...ramai tetamu yang hadie,,pas 2 sesi pengambaran tok gambar kenangan dan akhbar...mlam 2 jamuan malam mesra...mcm2 persembahan yang ada..aku lak kene wat persembahan india..so wat je la apa yag aku tau..menari..tp serius aku hentam je sbb x de masa nk berlatih..masa latihan 1 style,mase realsel 1 style,mase real 1 style...hihihi..Dan diakhiri dengan tangisan perpisahan..

LATIHAN MENEMBAK DI PENJARA KAJANG


Ayat paling gembira aku dengar:Diumumkan peserta kursus induksi umum dan khusus,pegawai imigresen kp 17 siri 1/2007 masuk padang...2 menandakan tama latihan dan tamat segala susah yang kami alami 


TAMAT LATIHAN


TAMAT LATIHAN>>>KAWALAN SENJATA

Ayat paling benci:Perhatian kepada semua peserta kursus induksi umum dan khusus pegawai imigresen kp 17 siri 1 2007 disini ada 1 pengumuman..menandakan ader la program time free

MLM MESRA BERSAMA TEAM TARIAN INDIA


Selama 3 bulan kami bersatu hati,Mcm2 kami tempuhi..semuanya berjaya dengan semangat bersatu...

MAKA BERAKHIRNYA KISAH DI AIMM





 

Tuesday, 12 June 2012

BerGeLar IsTeRi di DePot TaHaNan ImiGreSen

.
Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia 

Depan surau...wah Pic aku ader masuk paper. huhuhu


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..Tanggal 1 januari 2011amat bermakna bagi mereka.Mereka pon tak sangka mereka akan sah menjadi suami isteri pada tarikh,masa dan tempat seperti ini kerana mereka merancangnya lain tetapi apa yang terjadi adalah mengikut kehendakNya...Itulah yang terjadi kepada seorang tahanan Imigresen di depot Tahanan Imigresen Machap Umboo Alor Gajah Melaka..

Siti Jawahari berusia 39 tahun ialah seorang tahanan imigresen yanga ditahan pada 22 Disember 2010 oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan tamat permit di Pusat membeli belah Mahkota Parade,Melaka.Suaminya
Nurhisham yang berasal dari Jalan Bendahara,merupakan seorang muaalaf yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya di Indonesia.Dia nekad untuk meneruskan perkahwinan seperti dirancang walaupun terpaksa dilakukan di depot tahanan itu dengan seadanya tanpa dihadiri saudara-mara dan sahabat handai.

Mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.Mereka nikah tanpa sebarang hantaran dan hanya dengan mas kahwin sebanyak RM 40.Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Melaka, Abdul Halim Tawil di surau depot berkenaan.Turut hadir bersama keluarga Hisham,Komandan depot Imigresen,Pegawai-pegawai imigresen,anggota RELA,19 tahanan wanita,wakil media, termasuk aku sekali...

Selepas nikah

Selesai nikah



KOMEN MEREKA
 
"Tidak pernah terlintas di fikiran, perkahwinan saya ini akan mendapat liputan seluruh negara," katanya yang terkejut apabila melihat beberapa wakil media cetak dan elektronik merakamkan detik manis hidupnya itu.

Menurut Siti, perasaannya gembira bercampur sedih apabila terpaksa melangsungkan perkahwinan keduanya itu sebagai seorang tahanan di depot tersebut.

Namun begitu, katanya, dia terharu dengan usaha kakitangan pihak depot terbabit yang bergotong-royong menyediakan makanan bagi meraikan majlis pernikahannya itu.

"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Imigresen yang sentiasa menjaga kebajikan tahanan di sini dan merealisasikan permintaan saya ini," katanya disertai linangan air mata.

Sementara itu, Komandan depot tersebut, Abu Bakar Sideq Hasan berkata, ini adalah kali pertama pihaknya meraikan pernikahan tahanan di depot tersebut sejak ia beroperasi 20 tahun lalu.

"Memang menjadi keutamaan kami untuk menjaga kebajikan setiap tahanan di sini apatah lagi pasangan ini mempunyai dokumen yang lengkap untuk melangsungkan pernikahan mereka," katanya.

( sumber komen mereka: utusan )

Pasangan diarak selepas nikah oleh pegawai imigresen


KOMEN AKU

Ini adalah kali pertama aku tengok majlis pernikahan orang beragama Islam.Walaupun diadakan dalam surau,aku turut dijemput untuk menyaksikannya.Pengalaman yang pertama bagi aku...

Semoga mereka kekal bahagia..

Sunday, 10 June 2012

Hapening Futsal

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Ahli kelab belia hebat...memang terbaik lah u all...tabik sama lu orang...2 la kumpulan team aku yang ditubuhkan secara tidak rasmi selepas kami berkenalan di Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya Mei lepas..Selepas di HBN,inilah kali ke 2 kami bertemu kembali untuk program seterusnya iaitu Santai Futsal anjuran Kelab Kemanusiaan Belia Malaysia di arena Teluk Gadung,Klang.

Kami dikehendaki berada di Klang jam 8.30 pagi 8 jun 2012..so aku,Fairul,Mujahid,Amy,Anis,Fared,Nicole,Soib telah bercadang untuk pergi awal sehari iaitu Jumaat 7 jun..
Jumaat 2 aku ada hal kat Putrajaya berkenaal dengan kes kemalangan kereta aku dulu.Aku kene pergi Putrajaya dulu.Fairul nak teman gak..so aku gerak dari rumah aku ke terminal 1 Seremban untuk jemput Fairul g Putrajaya dengan moter LC..Pas jemput Fairul kami terus ke Putrajaya..Ke IPD trafik..Pas 2 g makan kat kafeteria KBS...huhu kenangan lama kembali semula..pas makan kami pergi jenguk tapak perkhemahan kami semasa kami dalam program Himpunan Jutaan Belia..Sedih gak rasanya bila kenangan lama kembali di ingatan..

TAPAK TIDOR AKU MASA HIMPUNAN BELIA



LOKASI KHEMAH URUSETIA MASA HIMPUNAN BELIA
Pas 2 kami gerak balik ke Seremban semula kerana Mujahid dan Amy akan tunggu kat sana.So kami memulakan perjalanan...Huhu..tersalah masuk laluan lak...kami termasuk laluan ke KL...apa lagi teruskan jela...Da sampai Kl kami amik ke arah seremban semula...Dalam perjalan kami termasuk lorong smart..naik moto lak walaupun lorong 2 hanya tok kereta...kami memang x tau sebab kali pertama..apa lagi gedah jela..mak ooi panas gak dalm 2..dah la panjang,keter lak laju2..Sampai keluar tol kami jumpa akak plazatol bertanyakan bayaran kerana x de lorong motor unutk lepasai plaza tol...die pon suh lalu jer...

Sampai sahaja di Seremban,kami jumpa Mujahid kat terminal 1.so kami pergi ke rumah Fairul untuk parking motor kami dan ke Terminal 1 semula untuk melanjutkan perjalanan kami ke Klang dengan bas.Kat terminal kami jumpa Amy..so kami berempat naik bas menuju ke kl..kami turun di pasar seni.Sampai kat pasar seni tapak kasut aku lak yang tercabut..suma lekat sikit je..huhuhu..Pas 2 kami naik KTM ke KL Central...Kat KL Central kawn kami Fared,Anis,Nicole tunggu kami..cian si Fared dok tunggu dari pukul 4 petang..kami sampai sana pon kat pukul 7...Pas 2 kami naik KTM menuju ke Klang.
DALAM KTM KE KLANG: FARED<JEYA>ANIS

DALAM KTM KE KLANG:AMY>NICOLE

DALAM KTM:ANIS>MUJAHID


Sampai di Klang dalm pkl 9 lebih,Soib menanti disana.Kami semua pergi mengalas perut kat kedai mamak depan KTM Klang..Tgh2 makan big bis kami Abg Awie call suh tunggu kat sane..Pas 10 minit die n fadzly pon sampai nak angkut kami.Kami disedikan hotel oleh Abg awie,2 bilik tok laki 1 tok ppuan..Thanks Abg Awie...susah dapat bos mcm nie...Pas siap2 makan abang awie bawak kami ke hotel tok bersihakan diri....Pas bersihkan diri kami turun lepak kat kedai mamak kat tepi hotel.Kami dok ramai-ramai lepak dengan abang awie dan jumpa lak abg ashraff kat sana..lepak sampai pkl 2 pagi..

KAT KEDAI MAKAN MAMAK LEPAS TURN KTM KLANG

MAKAN RAMAI-RAMAI DI KEDAI MAMAK BERHAMPITAN HOTEL KAMI

MAKAN RAMAI-RAMAI DI KEDAI MAMAK BERHAMPITAN HOTEL KAMI


Sampai bilik kami borak2 dulu..Abg Zul lak kol..die tgh cari no bilk hotel sebab baru sampai...Aku dan fairul cepat2 lari masuk almari pakaian tok bagi suuprise..Pas abag zul masuk bilik,member2 lain ckap yang aku dan fairul dah balik rumah..Kami dengar je perbualan mereka..Abg zul sangup keluarkan duit sendiri RM 80 naik teksi ke hotel kami semata-mata nak join program ni dan jumpa kami..Mana nak jumpa ornag macam ni kan,,susah sangat..Pas 2 Fairul masage abg Zul tok periksa almari sama ada barang kami ada atau x..Abg Zul pon p buka almari..apa lagi kami sergah la...terperanjat die...nasib baik x jadi apa-apa..dah la die ada masalah jantung..Rasanya masa die kene bang bang boom dari kami,bilik kami lah yang pangg meriah sekali kat otel 2 dengan suara kami....So kami borak2 sampai pukul 5 pagi.Pas 2 Mujahid,abz Zul,Fared, g minum kat kedai mamak..aku,Fairul dan soib tido sbb ngantuk sangat...

Pagi sabtu,kami da siap2 g Futsal.Team kami ada 5 orang yang akan main futsal walaupun secara tiba-tiba je tanpa sebarang latihan.Kami g sarapan dulu dan baru gerak ke lokasi dengan naik kete abang Awie dan isteri Die yang jemput...Sampai kat sana kamio siap2 kan semua yang patut.Haslina dgn abg darus pon sampai kat sana....ada 3 team dan 6 group..JKR group A dan B,LKIM group A dan B,dan team kami MYHC group A dan B dimana group a team kami adalah peserta dari MYHC dan kami group B dari sukarelawan..aku x main..just tgk jer n jadi urusetia...

ENGAT UNTUK PEMENANG

HAMPER UNTUK PEMENANG

Hasil perlawanan,Johan HYMC A,LKIM, LKIM,HYMC,JKR,JKR...pas 2 kami sempat bergambar untuk edisi kosmo..Pas 2 planing seterusnya,member2 mintak nak stay 1malam lagi kat abang Awie..Abg awie pon on je..Aku lak x le sebab sok nya kene keje.Planing die orang malam ni g karok..sedih x dapat join...Aku kene lik rumah Fairul tok amik motor dan pulang ke Melaka..Aku,Fairul dan Mujahid dihantar ke KTM Shah Alam tok g Seremban,,3.45 keretapi pon sampai..kami gerak ke Kl central tok tukar laluan..Sampaui di Kl central,kami tukat train ke Seremban.Memang lambat giler sebab banyak kali berhenti kat tengah2 jalan selain stesen kerana masalah teknikal dan laluan train lain...Train 2 sampai Bangi je lak..so tukar klagi Train lain..Naik Ktm lain dan terus ke Seremban..Sampai Seremban kami amik teksi dan ke rumah Fairul tok amik moter..Pas amik Motor aku Greka pulang ke Melaka,manakala Mujahid dan Fairul patah balik semula ke Klang tok join aktiviti malam.Aku betul2 terharu ada sahabat macamdie orang yang sanggup keluarkan masa,tenaga,wang,semata2 hantar aku kat Seremban..

Kamu bukan kawan aku..tapi kamu SAHABAT aku..susah senaang sentiasa ada...U all special for me guys..See u in next program on 30 jun 2012...

Thanks abg Awie denag kongsi 1 prinsip..IKHLAS--TENANG--KASIH SAYANG-- dan saya dak dapat semua nie...saya x kan lupa memori daun pisang nie..