TAJUK GERAK


widgets

Tuesday, 12 June 2012

BerGeLar IsTeRi di DePot TaHaNan ImiGreSen

.
Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia 

Depan surau...wah Pic aku ader masuk paper. huhuhu


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..Tanggal 1 januari 2011amat bermakna bagi mereka.Mereka pon tak sangka mereka akan sah menjadi suami isteri pada tarikh,masa dan tempat seperti ini kerana mereka merancangnya lain tetapi apa yang terjadi adalah mengikut kehendakNya...Itulah yang terjadi kepada seorang tahanan Imigresen di depot Tahanan Imigresen Machap Umboo Alor Gajah Melaka..

Siti Jawahari berusia 39 tahun ialah seorang tahanan imigresen yanga ditahan pada 22 Disember 2010 oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan tamat permit di Pusat membeli belah Mahkota Parade,Melaka.Suaminya
Nurhisham yang berasal dari Jalan Bendahara,merupakan seorang muaalaf yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya di Indonesia.Dia nekad untuk meneruskan perkahwinan seperti dirancang walaupun terpaksa dilakukan di depot tahanan itu dengan seadanya tanpa dihadiri saudara-mara dan sahabat handai.

Mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.Mereka nikah tanpa sebarang hantaran dan hanya dengan mas kahwin sebanyak RM 40.Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Melaka, Abdul Halim Tawil di surau depot berkenaan.Turut hadir bersama keluarga Hisham,Komandan depot Imigresen,Pegawai-pegawai imigresen,anggota RELA,19 tahanan wanita,wakil media, termasuk aku sekali...

Selepas nikah

Selesai nikah



KOMEN MEREKA
 
"Tidak pernah terlintas di fikiran, perkahwinan saya ini akan mendapat liputan seluruh negara," katanya yang terkejut apabila melihat beberapa wakil media cetak dan elektronik merakamkan detik manis hidupnya itu.

Menurut Siti, perasaannya gembira bercampur sedih apabila terpaksa melangsungkan perkahwinan keduanya itu sebagai seorang tahanan di depot tersebut.

Namun begitu, katanya, dia terharu dengan usaha kakitangan pihak depot terbabit yang bergotong-royong menyediakan makanan bagi meraikan majlis pernikahannya itu.

"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Imigresen yang sentiasa menjaga kebajikan tahanan di sini dan merealisasikan permintaan saya ini," katanya disertai linangan air mata.

Sementara itu, Komandan depot tersebut, Abu Bakar Sideq Hasan berkata, ini adalah kali pertama pihaknya meraikan pernikahan tahanan di depot tersebut sejak ia beroperasi 20 tahun lalu.

"Memang menjadi keutamaan kami untuk menjaga kebajikan setiap tahanan di sini apatah lagi pasangan ini mempunyai dokumen yang lengkap untuk melangsungkan pernikahan mereka," katanya.

( sumber komen mereka: utusan )

Pasangan diarak selepas nikah oleh pegawai imigresen


KOMEN AKU

Ini adalah kali pertama aku tengok majlis pernikahan orang beragama Islam.Walaupun diadakan dalam surau,aku turut dijemput untuk menyaksikannya.Pengalaman yang pertama bagi aku...

Semoga mereka kekal bahagia..

No comments:

Post a Comment