TAJUK GERAK


widgets

Saturday, 18 August 2012

Tahun pertama berpuasa

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam berpuasa.Setelah 29 hari berpuasa,esok merupakan hari sambutan bagi puasa yang telah dilakukan.Hari raya aidilfitri.Dalam umat Islam menunaikan rukun Islam ke 4 itu,aku juga tak ketingalan untuk turut berpuasa.Memang seronok berpuasa ini.Dulu masa keje kat Johor,kadang-kadang ada la puasa,tapi kali ini aku berjaya berpuasa selama 28 hari.Cuma tertinggal 1 hari sahaja.memang pelabgai cabaran yang aku hadapi masa puasa ini,tapi aku lawan jugak dan tutup telinga.Banyak persoalan yang kawan-kawan tanya,yang aku boleh jawab,aku jawab

Antara persoalan yang timbul:
1) Kenapa kau puasa?
    -kerana Tuhan
2) Kau puasa dapat ke pahala kerana ini untuk Islam sahaja
    -aku puasa kerana Tuhan,dosa pahala bukan ditangan kita,biar Tuhan tentukan

Dan macam-macam lagi.terima kasih kepada kawan-kawan yang berikan aku semangat untuk berpuasa.Walaupun berbuka puasa seorang diri setiap hari,ada 1 hari kwan aku yang belanja aku berbuka di restoran Arab MITC kerana dia tertarik aku berpuasa.

Sok dah raya kan,so di kesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan aku.Semoga anda ceria ye...






SORY PIC 5 TAHUN LEPAS

Friday, 17 August 2012

Harta ke 3

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Helo semua..apa kabar..sory lama tak update sebab masalah broadband..Hari ni hari bermakna bagi aku sebab aku dapat beli harta ke 3 menggunakan gaji aku.Harta pertama sebuah motosikal yamaha lagend,harta kedua sebuah motosikal yamaha LC dan yang ke 3 sebuah rumah.Tapi aku tak da lah beli rumah besar pon.Aku beli rumah kecil je.Rumah pangsa je.Nilai Rumah tu RM 34500.00.Keluasan nya lebih kurang 715 kaki persegi dengan 3 bilik tidur,ruang tamu,dapur,bilik mandi,tandas dan balkoniKedudukannya dipekan Masjid Tanah Melaka berhampiran Kolej Komuniti Masjid Tanah.Aku pilih tingkat 3 kerana tingkat 1 dan 2 bernilai RM 42000.00 tapi full mozek.Tp 2 pon da habis jual.Dalam perancangan buat masa ini may be dapat kunci pada September 2013.So de lagi 1 tahun.Rumah ni aku beli cash dengan buat loan personel di Agro bank dengan faedah 3.85%.Pagi tadi g sain agremennt..sain je kat 127 sain..lenguh tangan.Apa-apa pun ni salah satu benda paling berharga pada aku...

SURAT AGREMENT

RESIT DOWN PAYMENT
BLOK AKU


Next harta...Kereta...

Sunday, 12 August 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ni aku dikejutkan dengan seekor tetamu yang tak diundang.Aku bangun-bangun tidur je,kuar bilik akak aku cari aku dan bagi tau ada kucing asing masuk dalam rumah dan dok kat bilik air.Aku pon cakap la kenapa tak halau memandangkan umah aku ada 2 eko kucing yang malas.Pas tu akak aku kata die garang.So aku pon pergilah tengok.Teperanjat aku pas tengok kucing tu.Memang garang sangat-sangat.Akak aku siap tunjuk ngan aku yang tangan die kena cakau.Akak aku memang minat kucing dari kecik.Sebelum ni kucing pendatang lain pon die le tangkap macam 2 je.Yang ni memang liar.Mana tak nya kucing hutan.Aku pon tangkap die guna baldi.cekup die.Pas tu masuk kandang.Tapi memang garang sangat-sangat.May be ni satu tuah yang datang kat umah aku.Tuhan hantar die kat umah aku tuk tengok apa aku buat.Aku nak try bela la..nak jumpa Perhilitan mintak lesen..






Nak bagi nama apa ek.....

Thursday, 9 August 2012

Jack & Galang

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ni aku nak citer pasal Jack dan Galang.Nak tau sapa tu..mereke adalah 2 ekor kucing peliharaan aku..ala kucing kampung je..Tu la nama kucing aku.






Yang membuta tu Galang dan yang tengok camera tu Jack.Pembierian nama Galang 2 terjadi sebab masa yu aku tengok sinetron Nada Cinta.Watak Ricky oleh Randy tu masa kat drama Cinta Kirana ialah Galang.So aku bagi la Galang.Yang Jack pula sebab mase 2 citer Titanic 3D ditayang semula.So aku letak nama hero 2 kat kucing aku.

Sejarah kucing ni,aku jumpa si Galang dulu kat area aku kerja..pas beberapa bulan aku jumpa si Jack pula.Masa awal-awal,mereke ni pantang jumpa.bergaduh je..ye la 2 2 kan jantan..pas tu lama-lama da jadi kawan baik.Dimana ada galang di sistu ada Jack.Yg pelik nya,Jack ni suke menyusu kat galang walaupun galang ni jantan.Si galang lak diam je..syok kot..hehhe

Asalkan mereka bahagia dah...

Wednesday, 8 August 2012

BERBUKA PUASA DI RESTORAN ARAB

Salam sejahtera semua..Semalam aku telah diajak oleh seoarang kawan facebook aku untuk berbuka puasa bersamanya.Dia terharu tengok aku pun berpuasa.Selalunya aku berbuka seorang diri kat rumah atau kedai.Oleh tu semalam dia ajak aku berbuka bersama di restoran Arab yang baru dibuka di MITC Melaka.Lokasinya betul-betul di tingkat bawah kompleks MIBC.Kawan aku suruh oder je apa yang nak makan sebab dia yang nak belanja..so aku pon oder nasi Arab kambing,air oren dan dia pon nasi Arab kambing dan jus buah.Tambahan buah-buahan bg cuci mulut.Buah kurma juga turut disediakan.Bagi aku tu la kali pertama aku makan nasi Arab.Semuanya menelan kos RM 51.50..terperanjat gak aku tengok bil.Ye la biasa makan kedai biasa je kan...huhuhu


Terima kasih kepada beliau dan aku doakan beliau dimurahkan rezeki..

Sunday, 5 August 2012

EmAs BaDmInt0N miLik ChiNa

Salam sejahterasemua..hari ni telah berlangsung perlawanan akhir badminton perseorangan olimpik London 2012.Malaysia dan China bertanding untuk mendapatkan pingat emas.Malaysia diwakili oleh Datuk Lee Chong Wei dan China diwakili Lin Dan.keputusannya China mendapat pingat emas selepas menddapat 21 mata di pusiangan ke 2 manakaala 19 mata bagi malaysia.Apa-apa pun tahniah kepada datuk LCW atas pingat pertama kepada Malaysia.Beliau juga perna mendapatkan pingat pperak bagi acara sama semasa sukan olimpik 2008 di Beijing,China.



Sekiranya dapat emas..inilah bakal yang diterima Datuk LCW

1. RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN)..

2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings
Sdn. Bhd.

3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai lebih RM 2juta
ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk
Seri Andrew Kam dan...

4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang
emas olimpik.

* Manakala rakyat Malaysia, akan mendapat ice cream percuma
yang ditawarkan oleh Baskin Robbins pada esok hari 8 Ogos 2012
di semua outlet dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan...

* Pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan
percuma kepada pelanggan iaitu Restoran Original Kayu Nasi
Kandar Sdn Bhd, Pulau Pinang
 
 
 
Apa-apa pun kini nama Malaysia berada dalam carta pingat olimpik London 2012..Tahniah datuk...
 
 

Tuesday, 31 July 2012

My Results 4 2nd year

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Hari ini hari yang agak penting bagi aku.Hari yang aku tunggu-tunggu.Hari ni result PJJ USM keluar.Bagi aku yang tahun ke 2,telah pon dapat mengikut apa yang aku usaha.Tapi naik lah pointer dari tahun lepas.Tapi tak pon cecah target aku 3.0.Tapi aku bangga la apa yang aku usaha aku dapat hasilnya.Tahun ni aku amik 10 subjek..may be terlampau berat kot.Nak tahu keputusan aku lihat kat bawah nie....Aku tak malu nak publish keputusan aku sebab ni adalah sebuah kejayaan aku...


Harap-harap tahun depan aku dapat kekal atau naikan pointer aku untuk keputusan yang lebih cemerlang.Walauapapun aku bangga menjadi pelajar USM kerana salah satu Universiti yang mendapat status APEC..dan memang cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran di USM,kerana dissinilah akak aku belajar dulu dan menjadi seorang pendidik.Thanks USM...

Monday, 30 July 2012

Olimpik 2012

Salam sejahtera semua..Olimpik 2012 yang berlangsung di London dibuka dengan begitu gemilang dan meriah sekali.Pembukaannya cukup menarik dengan pelbagai persembahan,bunga api dan lain-lain.Kontijen Malaysia juga kelihatan semasa acara masuk padang.Olimpik tahun nie bermula 27 Julai 2012.Time pose kan.huhuhu..nak wat macam mana..dah tu tarikh pihak penganjur.Setakat ni,China sudah pon mendahului kedudukan pingat.Wah hebat jugak mereka.Kemana hilangnya kuasa barat ek yang kaya dengan senjata dan teknologi...huhuhu


Namun,nama Malaysia belum lagi tercatat dalam list diatas.Harap-harap atlit kita dapat membuatkan lagu negaraku dimainkan di stadium Olimpik nanti.Malaysia boleh..

Wednesday, 25 July 2012

Bonus 1/2 gaji

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Syukur kerana kerajaan bersetuju memberi bonus sebanyak 1/2 gaji pokok kepada semua penjawat awam sempena hari raya ni.Selain penjawat awam,bayaran khas kepada pesara kerajaan juga diberi sebanyak RM 500.Oleh tu gunakanlah duit 2 secara berhemah dalam menguruskan perbelanjaan hari raya nanti.


Terima kasih PM..nak beli apa ek...jum bajet dulu sebelum beli..

Takdir atau Nasib?

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia.Apa yang anda tahu tentang negara SUDAN.pastinnya kemiskinan,kebuluran,kematian,kesihatan dan lain-lain lagi.Apa yang mampu kita lakukan selain menghulurkan bantuan.



Gambar diatas ini ialah gambar yang menggemparkan seluruh dunia. Kerana jurugambar ini,Kevin Carter memberitahu bahawa ketika dia melihat situasi yang mana seekor burung hering sedang menantikan makanannya( Ya betul..seorang budak yang lemah kelaparan) dan semestinya yang paling mengejutkan beliau hanya menanti budak ini mati selain dari membantu kanak-kanak malang ini. Mendapat anugerah Pulitzer Prize(anugerah dalam bidang foto). Namun yang mengejutkan, pada 27 Julai 1994 Carter membunuh diri kerana tekanan yang diberikan kerana mementingkan kerjaya dari kemanusiaan. Gambar ini diberi nama Vulture Stalking a Child – Hering yang menanti budak.
Gambar ini juga pernah menjadi topik tugasan aku semasa membuat PJJ di USM,bagi matapelajaran Psikologi.Apa yang kita boleh membuat kesimpulan dengan gambar diatas.3 poin utama iaitu burung,kanak-kanak itu dan jurugambar.agak susah jugak untuk membuat sebarang kesimpulan.
Cuba bandingkan antara yang mampu dengan yang tak mampu
Sepatutnya kita perlu berasa syukur dengan apa yang ada.cuba bayangkan mereka disana.Jika kita alami nasib yang sama,bagaimana pula kita..membawa keinsafan..Semoga dunia baru timbul bagi mereka.

Tuesday, 24 July 2012

Wujudkah si Duyung?

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.Wujudkah duyung?itulah persoalan yang bermain di fikiran manusia zaman sekarang kerana kita tidak pernah melihatnya.Namun sejak kecil lagi macam-macan citer aku dengar pasal ikan duyung nie.Masa kecik2 dulu aku pon percaya la..tapi sekarang?....menjadi persoalan.Tapi pelik sekiranya ia tidak wujud,bagaimana orang boleh mengambarkan reka bentuk ikan duyung dimana separuh manusia dan separuh ikan...Adakah ia hanya rekaan semata-mata.Bagaimana dengan penemuan bangkai-bangkai ikan duyung ini.bagi aku mungkin benda ni pernah wujud pada zaman dulu-dulu..dari kewujudan ia menjadi lagenda dan menjadi mitos sebab peralihan zaman.Nak percaya pon susah tak percaya pon susah..hanya orang yang pernah melihatnya dan penciptaNya sahaja yang tahu..

Adakah ini hanya rekaan manusia...

Ikan duyung ini di temukan di pantai Balambangan di utara pulau Borneo /Sabah Sekitar akhir tahun 2009.

Ketika di temukan ikan duyung ini sudah dalam keadaan mati kering di pinggir pantai.





videonya di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=7KrYtYc3Dy8

Pertemuan bangkai duyung berhampiran laut hitam di bulgaria.

Masih tertanya-tanya di fikiran...apa pandangan anda..sila beri pandangan di ruangan komen..



Sunday, 22 July 2012

PERSAMAAN ISLAM DAN HINDU

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua.Apa kabar.Moga-moga semua sihat yer.Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog yang berpuasa.Urm entry kali ni mungkin sensitif sikit.Maklumlah pasal agama kan,Urm kalo ada apa kesalahan,atau membuatkan kamu rasa tak puas hati saya mintak maaf dulu ye.Ok entry kali ni aku nak citer pasal persamaan yang ada dalam agama Islam dan Hindu.

KONSEP TUHAN DALAM HINDU

Menurut orang Hindu awam, Tuhan boleh terdiri sebanyak 1, 10 ,100, 1000, atau mungkin sejuta. Tapi dalam kalangan Hindu yang terpelajar (umat Hindu yang mempelajari kitab suci & sejarah Hindu) akan mengatakan bahwa ajaran Hindu hanya percaya pada satu Tuhan.

Kitab Hindu terbahagi kepada 2 kategori besar, iaitu : Sruti dan Smiriti. Sruti ialah sesuatu yang diturunkan, yang didengar, yang dirasakan, dan yang dipahami. Inilah yang diakui oleh cendekiawan Hindu sebagai wahyu Tuhan dan derajatnya lebih tinggi dari kitab2x lain yang ada pada ketika itu. Sruti terbagi dua yaitu : Weda dan Upanishad.

Veda diambil dari kata sansekerta “ved” yg ertinya : pengetahuan. Jadi Weda ertinya : pengetahuan yg sangat mulia.
Veda dibahagi menjadi :
  • Rigveda –> inti weda
  • Yajurveda –> tentang mantra
  • Samaveda –> tentang melodi
  • Atharva veda –> formula magis

Ayat2x tentang Tuhan dalam kitab Hindu

Dalam kitab Upanishad :
  • Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 menyatakan bahawa Tuhan hanya ada satu.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 6 V. 9 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak punya ibu dan bapa, Dia tidak mempunyai tuan dan pelindung.
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan itu tidak ada sesuatupun yg menyerupai Dia
  • Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 19 menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat. Tidak ada orang yg mampu melihat dg mata.
Dalam kitab suci Hindu yang paling sering dibaca orang iaitu Bhagavad Gita :
  • Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 menyatakan bahawa Dia tidak dilahirkan, tak ada permulaan, Tuhan seru sekalian alam.
Dalam kitab utama Hindu, Veda :
  • Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah.
  •  Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
  • Yajurveda Ch. 40 V. 9 menyatakan bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yang menyembah benda/alam spt api, air, udara, telah masuk kedalam kegelapan
  • Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar
  • Pada Rigveda yang dianggap paling suci, pada Rigveda Bk. 1 Hymn 64. V. 46 dinyatakan : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dengan perbagai nama. Dalam Islam juga ada 99 nama untuk Tuhan yang satu.
  • Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dengan nama yang bermacam-macam
  • Pada Rigveda Bk. 2 Hymn 1 menyatakan bahawa ada 33 nama yang ditujukan kepada Tuhan, diantaranya : 
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya Choliq. Umat muslim tidak keberatan kalau Allah dipanggil dengan Khalik atau Creator, atau Brahama. Tapi kalau orang menyebutkan Brahama itu adalah Tuhan yg berkepala 4 dengan mahkota, umat muslim sangat tidak setuju.
    • Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 menyatakan tidak ada satu makhlukpun yg menyerupai Tuhan.
    • Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) ertinya Sustainer (pemelihara alam), yg memberi rizki. Bahasa arabnya adalah “Rabb”. Orang muslim tidak keberatan Allah disebut Rabb, Vishnu, Sustainer, Cheriser. Yang jadi masalah adalah Vishnu adalah Tuhan yang punya 4 tangan, tiap tangan memegang cakra, tangan kirinya memegang rumah kerang, menaiki seekor burung garuda sambil bersandar pada gulungan ular. Umat muslim tidak boleh menerima itu.
  •  Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan
  • Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
  • Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”
  • Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yang kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali.


    KEHIDUPAN DAN KEMATIAN DALAM HINDU


    Umumnya umat Hindu percaya apa yang dinamakan “Samsara”, iaitu perputaran kelahiran & kematian berulang kali, yang dikenal dengan nama “Reinkarnasi”. iaitu orang yang sudah mati rohnya akan berpindah pada tubuh lain yang akan lahir kembali di dunia. Bila amalannya baik, maka ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang lebih baik, tapi bila amalannya buruk ia akan terlahir kembali dengan kehidupan yang buruk atau menjadi makhluk yang lebih rendah derajatnya. Begitulah terjadi berulang kali. Mereka mengatakan konsep Samsara inilah yang dapat menjawab mengapa ada orang yang lahir cacat dan miskin. Sebab untuk apa Tuhan menciptakan orang cacat dan orang miskin di dunia ini? Begitulah kepercayaan umum kebanyakan umat Hindu.
    Akan tetapi ternyata hal ini tidak terdapat dalam Weda. Yang disebutkan Weda hanya “Punarjanam” atau hidup berikutnya atau hidup lagi, tapi bukan perputaran hidup-mati. Para cendekiawan Hindu mengatakan bahawa tidak pernah ada konsep perpindahan roh / reinkarnasi dalam Weda.
  • Rigveda Bk. 10 Hymn 16 V. 4 – 5 berbicara mengenai kehidupan sesudah mati, bukan perputaran hidup-mati.
  • Dalam Weda juga terdapat konsep surga dan neraka yang mirip dengan konsep dalam Islam. Surga digambarkan sebagai tempat yang sangat indah, banyak mengalir sungai susu, buah2xan bermacam-macam, tempatnya indah, dan lain-lain. Neraka juga digambarkan mirip dengan konsep dalam Islam, dimana neraka digambarkan dengan gambaran api, dimana di neraka orang akan mengalami penderitaan.
MINUMAN KERAS DALAM HINDU

Minuman keras dilarang dalam kitab2x Hindu :
  •  Manusmriti Ch. 9 V. 235, Manusmriti Ch. 11 V. 55, Rigveda Bk. 8 Hymn 2 V. 12, dan banyak lagi bagian yang lain
  • Judi dilarang dalam kitab Weda, misalnya : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 3
  • Mengundi nasib dengan bermain dadu dilarang, mis : Rigveda Bk. 10 Hymn 34 V. 13
  • Hal2x yang berhubungan dengan meramal adalah dosa, mis : Manusmriti Ch. 9 V. 258
 POLIGAMI DALAM HINDU

  • Vishnusutra Ch. 24 V. 1 menyebutkan kalau ayahanda Sri Rama mempunyai 4 isteri
  • Mahabarata Anushasana Parva Sec. 15 menyebutkan Krisna punya 16100 istri
  • Jika dianalisa, orang Hindu boleh mempunyai isteri berapapun yang mereka mahu, hanya pemerintah India saja yang membatasi dengan mengeluarkan undang2x perkawinan pada tahun 1956 bahawa orang Hindu hanya boleh menikah dengan 1 isteri, sedangkan kitab sucinya membolehkan sesukanya.
JIHAD DALAM HINDU

  • Hindu juga mempunyai konsep Jihad yang sama dengan Islam iaitu berjuang/berperang melawan kebathilan, seperti pada : Bhagavat Gita 2 : 50 ketika Krisna menyuruh Arjuna untuk berjihad, “Berjihadlah engkau demi memperoleh “Yoga” (syahid). Jihad itu demi kebaikan kamu, Jihadlah!
  • Kalau di Al-Qur’an terdapat kisah2x tentang perang, Kitab Mahabarata adalah kitab yg berisi peperangan antara Pandawa dan Kurawa. Kitab setebal ribuan halaman itu isinya hanya kisah peperangan.
  • Bhagavat Gita –> adalah berisi nasihat Sri Krisna kepada Arjuna di medan pertempuran
  • Bhagavat Gita Ch.1 V. 42-46 –> Arjuna berkata pada Sri Krisna kalau ia lebih baik mati tak bersenjata tanpa perang daripada harus membunuh saudara sepupu (Kurawa)
  • Bhagavat GitaCh. 2 : 2 –> Krisna berkata, “Oh Arjuna kenapa pikiran kotor itu boleh masuk ke dalam benakmu? Kalau engkau enggan berperang, engkau tidak akan masuk surga, kenapa engkau berkata seperti itu, itu boleh melemahkan hatimu.”
  • Bhagavat Gita Ch. 2 : V.31-33 –> Hai Arjuna, kamu ini satria, kamu harus berperang. Dengan begitu engkau akan masuk surga, mereka tidak.
RUKUN DALAM HINDU DAN ISLAM

  • Syahadat –> kesaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah (konsep Tuhan yang Esa) dan Muhammad adalah utusan Allah. Di atas sudah dibuktikan bahawa konsep Tuhan yang Esa memang ada dalam Hindu. Dan tentang Muhammad adalah utusan Tuhan bagi Islam
  • Sholat –> kegiatan utama dlm sholat adalah bersujud, seperti terdapat pada : QS. Ali-Imron(3) : 43 dan QS. Al-Hajj(22) : 77. Dalam Hindu ada banyak bentuk peribadatan, salah satunya disebut “Shastang” yg ertinya menyembah dengan 8 anggota badan. Bila kita perhatikan sujud juga dilakukan dg 8 anggota badan, yaitu : dahi, hidung, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan 2 kaki. Jadi dalam Hindu juga ada konsep beribadah dengan bersujud seperti dalam sholat.
  • Zakat –> Rigveda Bk. 10 Hymn 117 ayat 5 menjelaskan tentang berderma.
  • Puasa –> Manusmriti Ch. 4 ayat 222 dan Manusmriti Ch. 6 ayat 24 menyebutkan tentang puasa
  • Rigveda Bk. 3 Hymn 29 ayat 4 menyebutkan tentang “Ilaspad” yg artinya adalah juga baitullah. Dan juga dikatakan berada ditengah2x dunia “prathvi”. Dan kita tahu letak Mekkah ada ditengah dunia pada daerah garis Katulistiwa. Hal yg sama Juga disebut pada Rigveda Bk. 1 Hymn 128 V. 1

PERSOALAN

Kalau ternyata banyak ajaran yang sama antara Hindu dan Islam, apakah itu bererti bahawa umat Hindu juga boleh disebut Ahlul Kitab? 

 Jawaban ini mungkin boleh mewakili : “Dalam pandangan Islam, mungkin saja kitab Hindu adalah dari Tuhan dan tokoh2xnya adalah nabi utusan Tuhan. Tapi andaikata itu benar, itu hanya untuk masa lalu, setelah nabi Muhammad datang dengan ajarannya, itulah yang harus diikuti..”. Dalam ajaran Islam jelas menyatakan bahawa pada masa sebelum Al-Qur’an dan nabi Muhammad, sudah terdapat ajaran dan kitab2x suci dari Tuhan, tetapi setelah nabi Muhammad dan Al-Qur’an muncul, itulah versi terakhir dan terlengkap untuk menyempurnakan semua ajaran2x Tuhan yang telah diturunkan sebelumnya.

KESIMPULAN

Banyak persamaan yang terdapat dalam agama Hindu.Cuma ia telah ditelan zaman dan masyarakat kini sudah lupa mengikutinya.Bukan agama hindu sahaja malah agama lain juga sudah mula kurang diikuti penganut-penganutnya seperti yang perlu diamalakan.

Sekali lagi saya minta maaf jika ada pihak yang tersinggung perasaan dengan entry ini..

Rujukan:http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/10/14/hindu-dan-islam-ternyata-punya-kesamaan/


Friday, 20 July 2012

Hadirnya Ramadhan

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Hai semua...apa kabar..sihat tak..Pasti sihat kan sebab nak start puasa.Urm...esok 21 Julai 2012 bermulalah 1 bulan mulia bagi penganut agama Islam.Ramadhan...bulan yang mulia...tak sangka cepat sangat hadirnya bulan nie.rasanya baru je puasa da datang lik.Walaupun aku tak puasa tak puasa,tapi Nampak macam laju sagt.hehehehhe....Dulu masa aku kat JB ada gak puasa..sebab malas masak..dok bujang..Tapi sekarang ni banyak naw godaan.X mampu den...Tapi dari pengalaman aku berpuasa,memang seronok lebih-lebih lagi time buke..perh! lagi dekat nak buka lagi terasa lak...Memang mencabar gak..Kepada yang beragama islam,saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa.Setahun sekali je,30 hari je...aku akan try berpuasa tahun ni..tgk larat ke tak....




Tuesday, 17 July 2012

Result tak rasmi

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia 

Helow semua.,.apa kabar...hari nie,dah pon keluar keputusan exam final PJJ USM tahun ke 2 aku.Keputusan nie adalah keputusan tak rasmi,Keputusan rasmi 31 Julai baru diumumkan.Exam ni bermula pada 4 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012.Exam final 60%,Mid year 20% dan tugasan 20%.Tahun ni aku amik 10 subjek....dan ni la hasil usaha aku selama setahun nie.. 



Keputusan rasmi beserta poin akan diketahui 31 Julai nie...tak sabar lak..Arap-arap lebih dari tahun lepas...



Thursday, 12 July 2012

KarYa Aku

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Halow semua.harap-harap semua sihat yer.Baru-baru ni aku leh lak jadi kaki novel.Aku pon tak tau kenapa dan macam mana aku leh jadi kaki novel ni..Dulu masa zaman sekolah aku selalu tengok budak-budak perempuan ni asyik dok baca novel kat kelas.Tebal pulak tu.Ngeri lak aku tengok die orang baca.

So baru.baru ni,aku dapat baucer buku.So aku pon try la beli novel.Antara novel yang aku beli lagenda budak setan,katerina,untuk tiga hari,jodoh kau dan aku.Lepas aku baca novel-novel ni,macam bes lak nak baca novel.Macam da gian lak.Pas habis baca novel ni aku beli lak novel kasyah dan andai itu takdirnya.Serius,novel andai itu takdirnya berjaya menitiskan air mata aku.Walaupun laki,aku pon ader perasaan gak kan...So daripada pengalaman-pengalaman tak seberapa ini,aku da macam minat karang 1 cerpen sendiri.Ala saja-saja je.guna ayat,ayat kampung.

So sekarang aku da start karang sebuah cerpen.Urm tak setiap hari aku tulis.Bila ada mood abru aku tulis.X de mood x tulis kang cite tah kemana lak...setakat ini baru 4 page A4.aku juga ada rujuk seorang penulis novel.Iaitu penulis novel jodoh kau dan aku.Dia pun ada tunjuk ajar kat aku.

So aku arap,aku berjaya merialisasikan mencipta sebuah cerpen sendir untuk koleksi aku bukannya dipasarkan.Minat aku dari sekolah dalam karangan akan aku teruskan dalam penulisan cerpen ini.Setelah selesai cerpen aku,aku akan update dalam blog aku part by part.Kadang-kadang ada gak aku letak sikit ayat-ayat cerpen aku kat facebook aku..so nantikan dan doakan kejayaan aku yer.


Sunday, 8 July 2012

P3rtaNdinGaN KoiR

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Helow semue..pe kabar..arap2 semuanya sihat yew...7 julai lepas team koir aku telah join pertandinga koir.Pertandingan ini dianjurkan oleh MBSB iaitu sebuah syarikat koperasi kewangan.Pertandiangan ni diadakan di Dataran Pahlawan.Team aku dari Jabatan Imigresen.Pasukan lain yang turut sertai ialah PERZIM,SMK Bukit Baru,dan SMK Tinggi Perempuan Melaka.Agak terkejut juga kerana ingatkan antara jabatan-jabatan kerajaan tapi sekolah pon join.Yg seramnya seklolah yang join tu sekolah yang mewakili negeri Melaka.Mereka memang ada persatuan muzik sendiri dan guru yang terlatih.Yang kami ni 1 hari je latihan sebab surat lambat sampai.Tapi kami join pon sebab nak enjoy2 jer

Tepat pukul 3 pertandinagn bermula.Team aku no 2 kena wat persembahan.Lagu pilihan kami adalah lagu Nyalakan tekad dan lagu 1 Malaysia.Selepas 4 pasukan membuat persembahan,keputusan diumumkan.

1) SMK BUKIT BARU...RM 1000,TROFI,SIJIL
2) SMK TINGGI PEREMPUAN...RM 700,TROFI,SIJIL
3) PERZIM...RM 500,TROFI,SIJIL
4)JIM...BAUCER

Apa-apa pun bangga kami terlibat walaupun last minit dapat surat.Ada gak beberapa agensi yang tarik diri kerana tak sempat...

Memang enjoy.....


Wednesday, 4 July 2012

PriHatiN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helow semue...apa kabar...lama x update...maklumlah sibuk sikit...Hari nie aku nak kongsi pengalaman aku bersama kengkawan aku membantu NGO mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.Program nie diadakan pada 30 Jun 2012 jam 11 malam hinggi 3 pagi.Program nie diadakan seorang berbangsa asing bernama Peter.So kami just tolong beliau untuk mengedarkan makanan kepada gelendangan.Kawasan yang kami pergi adalah Kota Raya,masjid Negara,Masjid India dan beberapa kawasan lain.Team aku (Kelab Belia Hebat) seramai 20 orang telah menyertai program ini..

Kehadiran kami amat menggembirakan folongan gelendangan ini.mereka begitu gembira apabila kami memberi nasi,roti dan air.Ada yang terus buka dan makan.Amat sedih lihat mereka makan seperti berada dalam keadaan kelaparan yang begitu amat.Terpancar kegembiraan mereka diraut wajah masing-masing..

Kediamana mereka hanyalah di kaki lima deretan kedai,kawasan lapang,tepi jalan,dan bawah jambatan.Amat sedih melihat nasib mereka.Yang sedih sekali ada baby berusia 6 bulan berasam ibunya di bayah jambatan..pilu hati melihat keadaan..En Peter akan datang semuala pada keesokan harinya untuk menghantar ibu dan baby itu ke pusat kebajikan.Mereka menjadi seperti ini sebab banyak faktor.Antaranya diusir anak-anak,datang ke KL cari kerja tapi gaji x cukup untuk sewa rumah,dan lain-lain lagi...
TEPI KAKI LIMA


DERETAN KEDAI
KEADAAN MEREKA


Selepas pengedaran makanan selesai.kami pun bersurai pulang...

Kita disini senang dengan apa yang ada..tapi diluar sana masih ramai yang memerlukan bantuan daripada kita...ringan-ringankanlah beban mereka setakat kita mampu...



Monday, 25 June 2012

CARA POTONG IKAN PARANG YANG BERKESAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helo semue...hari nie aku nak kongsi sikit cara nak potong ikan parang ni supaya senang nak makan.Ramai yang tak suke makan ikan parang nie sebab tulang die yang banyak..Sebenarnya ada cara tersendiri untuk potong haiwan nie agar mudah untuk dimakan tanpa gangian tulang yang serabut...Care ni adalah asal dari negara India,dan dibawa oleh mendiang nenek aku...so die turunkan ilmu yu kat ayah aku...Kalo pergi sesetengah pasar mereka tau kalau kita ckp "Potong India"...Okey meh aku terangkan...


Okey..mula2 mcm biasala buang sisik,usus,perut ikan...langkah ke 2,potong ikan 2 dari titik D ke C ke B ke A..mesti ikut dr arah D...Antara titik B dan C adalah laluan tengah tulang utama ikan..so potongan mesti kene kat tulang ikan tu.Langkah 3,potong ikan kecil-kecil dari titik B ke E dan seterusnya mengikut garisab yang ada..Garisan 2 adalah selari dengan tulang halus ikan tu..So tulang tu senang untuk diasingkan masa makan

Okey tu la caranya..Cuba dulu..Selamat Mencuba....


Friday, 22 June 2012

TAMATNYA FINAL EXAM PJJ USM 2011.2012 TAHUN KE 2

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 



Hai kawan-kawan..21 jun merupakan hari terakhir aku amik exam final bagi 
tahun ke2 di PJJ USM..Exam aku start 4 jun..so dalam tempaoh 2,kenelah tumpu pada pelajaran..sebab 2 la masa yang ada tok study...

Aku amik kos pengurusan..ni merupakan tahun ke dua aku..mula-mula aku 
rasa nak stop je study ni sebab x wat apa-apa persiapan nak exam...tapi 
dengan semangat yang diberikan kawan-kawan aku tempuh juga lah..Exam 
final ni aku amik kat Open Universiti Melaka..just tumpang exam...subjek 
yang aku amik tahun ni sebanyak 10 subjek...hahahha dasyat x...heheh..nak 
bawak toyol pon x le..ketat sangat lak...nak pi toilet sorang2 lak...hanpon xle 
ada dalam poket..kene letak dalam beg..so mcm ne nak bertoyol..hehehe...dah besar2 pon nak bertoyol ek..hihihihi..emergency...

Macam-macam kerenah masa exam ni..yer la ada yang x tau basic..nasib baik 
ader tips2 yang membantu...yang paling seram subjek bisnes comunication..rasenye kene repeat kot,,,hahahha..memang susah sangat....apa-apa pun aku da try kemampuan aku..21 jun aku merdeka tok 
tahun ke due...so cuti panjang sehingga tahun ke 3 ditempuhi...




keNew BanG bANg BooM

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Helow semue,,,pe kabar..sory lama x update sebb sibuk dengan exam final...korang sihat x..okey hari nie aku nak citer pasal kene bang bang boom...Bukan aku yang kene tp aku yang mengenekan orang...sasaran aderlah famili aku..bukan famili kandung tp famili baru yang aku jumpa dan kenal masa himpunan jutaan belia kat Putrajaya..saper lagi member2 sukarelawan la..pelik ke aku cakap famili..tapi aku dah anggap die org famili aku sebabnye mereka nie memang baik,awesome yang penting susah senang sama-sama hadapi...

Okey..citer die bermule mcm ni..pas aku lik dari karnival futsal di Klang pada 11 Jun,aku update kat status wall group kami (kelab belia hebat) yang aku akan keluar dari group 2.Group ni ditubuhkan selepas kami jumpa kat Putrajaya..Pas aku tulis status macam 2,ramai member yang kol kau,sms aku tanya kenapa...aku pon cakapla yang ada budak x suka aku kat group ni..die orang tanya sapa...so aku cakap aku akan pendedahan pada 21 Jun..ada 11 hari la..Ader yang x sabar,kecek-kecek aku..jawapan yang akua bagi 21 Jun....Ader yang x puas hati pasal budak yang x wujud 2..hahaha..ye la sebab sayang kat aku la..

Selepas 11 hari menunggu,seperti yang dijanjikan,21 Jun jam 9 malam aku dedahkan segalanya..nak tau apa..nah tengok nie......



Okey,,pas 2 macam2 die orang komen kat wall facebook aku..antaranya

1) weh ko pilih selipar mana yang ko nak
2) ko siap kalo jumpa t aku ikat ko kat jambatan putrajaya
3) aku rase aku nak terajang ko 30 kali le x
4) jeyaaaaa geramnya aku...aku tergelak sorang-sorang
5) ader yang merajuk sebab x bg tau die yang aku wat bang bang    boom
   dan macam-macam lagi

Tapi dari ni aku dapat tau macam mana mereka sayang kat aku..x nak aku keluar dari group tu..x nk aku putus kawan dengan mereka..hebat sangat ke aku....aku sayang sangat-sangat korang

KEPADA RAKAN YANG TERKENA BBB SILA LA KOMEN PERASAAN ANDA DI RUANGAN KOMEN NI....


Wednesday, 20 June 2012

KeNangAn KurSus InDukSi ImiGreSen Di Aimm

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Helow semue..pe kabar..sory sbb lame x update
sibuk dengan exam final pjj USM thn ke 2
Okey hari ni aku nak share sikit pasal kisah2 semasa aku dalam kursus induksi umum dan khusus pegawai imigresen di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dikson selama 3 bulan bermula 4 Mac 2007 hingga 31 Mei 2007

Ok pada 4 Mac aku kene lapor diri di Aimm.Aku dan kawan2 gerak ke Aimm naik bas dr opis Kompleks Sultan Abu Bakar,Johor.Sampai Di Aimm lebih kurang jam 3 ptg.(masih ingat lagi)So pas sampai plan nak amik 1 bilik dgn member2 tp die org da setkan bilik...Dulu  Aimm ni hotel Nuri,so Imigresen da beli dan jadikan sebagai pusat latihan.Dalam 1 bilik 4 orang..perfect,ada TV,Air cond,heater,,huhu bes kan....

KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR DR KUARTES AKU


AIMM 


Hari ke 2,pg kami berkumpul di padang kawad untuk aktiviti pertama.Kami diberi gula2 yang bercampur.so amik 1 je mana pon x kisah..ingat tok cuci mulut dalm bas..ok pas 2 kami menjalani sesi latihan dalam kumpulan LDK di Dusun Eco Resort diPahang...sampai je kat sana,masuk bili n siap2 untuk berkumpul..Ok kami diberi group ikut gula2 yang kami ada..so kena cr member yg ada gula2 dalam tempot 5 minit..mcm ner nk cr dah lah 298 pegawai kursus,,,so akhirnya berjaya..dan kumpulan aku kami namakan kumpulan Parang...

Aktiviti LDK
 Buat Bendera,misi,visi,lagu,logo group
jungle tracking
naik jambatan gantung tutup mata
fly over (group aku x dpt sbb x cukup masa)
balut telur gune straw

Kat sana air memang sejuk giler..air bukit..kalo pagi2 kim salam lah nak mandi..just mandi P.Ramlee...Bayangkan kepala paip leh ada wap mcm letak air kat gelas...huhu..Tp makan 1st class
Kat sana aku dan 7 org lagi kene denda..sebab ada budak bilik aku 2 masuk bilik x gune kunci..x tau mcm ne die buka..so semua kene la sbb die x ngaku..denda die berdiri dari pkl 12 mlm sampai 4 pg...Tp kenelah hadapi dgn tabah,,sbb 2 yang namakan kerjasama..Ada sekali tu kene rendam dalam kolam beramai2..kene selam lak 2..sapa x selam kene baling dengan batu...apa lagi selam la..tutup hidung kuat2...

Last day kat sana ada kejutan..Fesi kata 3 org kene singkir kerana x lepas syarat LDK..so 3 org 2 pon kedepan..menangis die org..las2 kene bang bang boom sebab hari 2 merupakan hari lahir mereka..so mereka disambut..mlm 2 diakhiri dgn salam menyalam dgn fesi kami

Lepas 2 lik semula ke Aimm..maka bermula lah segala detik2 bahagia,cemas dan happy di Aimm..ok la aku ringkaskan je k..nak citer panjang takut korang bosan..

1) Jam 8-4 ada kelas setiap hari Isnin-Jumaat..ni la time ngantok..apa lg membuta la dlm dewan..ada penceramah ok..die x kisah..ada la siap bg KAD JEMPUTAN ke padang kawad untuk kawan pkl 1ptg sampai 2.20 ptg..time rehat,,sapa nak panas2...

2) Aktiviti lain..sabtu dan ahad 8 pg sampai 1 ptg tekwondo..perg time 2 la ramai yang jadi OKU..huhuhu..panas beb..kalo ujan pon kene gak buat dalam dewan..x de excuse..ptg dlm jadual mmg free tp ader je program...Hari isnin,rabu,jumaat dr pkl 5-6.40 kawad..2 la yg paling bes dan paling sekse...sowang salah semue kene..Tp las2 aku masuk kawad hantu..nak tau apa 2 kawad hantu..g tgk kat you tube. http://www.youtube.com/watch?v=b-TEgGTJGnc .kawad hantu jabatan imigresen..2 kawad yang aku ada...tp 2 realsel nyer la...lain ader kawad senjata,tempur tanpa senjata,kawad biasa...Selasa dan khamis ptg lak riadah...Setiap pagi ader pt pagi..so kene bgn pkl 5 lebih..Yg islam sembahyang,pas 2 joging 2.4...pumping la..mcm2..tp enjoy..Mlm pkl 8 start kelas semula..kdg2 sampai pkl 12 ader je aktiviti mengejut mcm roll call..mcm2 la...

3) ader lawatan sambil belajar ke KLIA dan pelabuhan Klang..danlawatan sambil belajar ke utara,selatan,dan timur..aku dapat utara..

4) Histeria beramai2..huhu malam 2 memang kat 40 org kene histeria..tp aku nak tergelak je tgk die org..ye la 1st time tgk org histeria...sampai pkl 3 pagi..bawak dewan kene,bawak surau kene..huhu..Tp yg lawak masa dlm surau ader dak ppuan 2 histeri..diam2 sekali bgn terus tumbuk membe aku..huhuhu...

5) karnival sukan selama 2 hari.mcm2 aktiviti ader..group aku paltun 3 empire red..hehhehe...pas 2 ader malam deligasi bersama kedutaan luar,,Khidmat masyarakat dan lain2 lagi...

Selam 3 bulan mcm2 yang aku dapat rasa..kene tekan dgn kak leha(penghuni misteri)mase member2 dok tido surau sbb ada qumulai...so aku tido sorang kene hempap..pas selamat kan diri aku lari g bilik sebelah tido..membe tgk muke aku die pon takut..x tau napa..Pas 2 kene kawad 1 jam 30 min tanpa henti sebab membe wat hal..tido terlajak..mau pening kepala ..jurulatih suh pusing kiri,pusing kanan sampai ada dah x tau nk pusing mana...

Okey last day kami ada latihan tamat perbarisan..masa 2 Ketua pengarah datang dan puji kawad hantu sebab die kata mmg cantik sgt2...ramai tetamu yang hadie,,pas 2 sesi pengambaran tok gambar kenangan dan akhbar...mlam 2 jamuan malam mesra...mcm2 persembahan yang ada..aku lak kene wat persembahan india..so wat je la apa yag aku tau..menari..tp serius aku hentam je sbb x de masa nk berlatih..masa latihan 1 style,mase realsel 1 style,mase real 1 style...hihihi..Dan diakhiri dengan tangisan perpisahan..

LATIHAN MENEMBAK DI PENJARA KAJANG


Ayat paling gembira aku dengar:Diumumkan peserta kursus induksi umum dan khusus,pegawai imigresen kp 17 siri 1/2007 masuk padang...2 menandakan tama latihan dan tamat segala susah yang kami alami 


TAMAT LATIHAN


TAMAT LATIHAN>>>KAWALAN SENJATA

Ayat paling benci:Perhatian kepada semua peserta kursus induksi umum dan khusus pegawai imigresen kp 17 siri 1 2007 disini ada 1 pengumuman..menandakan ader la program time free

MLM MESRA BERSAMA TEAM TARIAN INDIA


Selama 3 bulan kami bersatu hati,Mcm2 kami tempuhi..semuanya berjaya dengan semangat bersatu...

MAKA BERAKHIRNYA KISAH DI AIMM